Thursday, July 30, 2009

SUNNAH DAN SYIAH

PERBEZAAN MAKNA SYIAH DAN SUNAH

Perkataan Syiah ialah satu perkataan baru di kalangan masyarakat pada zaman sahabat dan ramai menyebut perkataan itu setelah berlaku perbalahan di antara saiyidina Ali Karamallahuwajha dan Muawiyah. Rahimakumullah.

1) Kumpulan sayidina Ali k,r.w ( Syiah Ali)

2) Kumpulan Muawiyah (Syiah Muawiyah)

Setiap kumpulan ini mempunyai pengikut. Pepecahan pada zaman ini tidak sedikitpun melibatkan pepecahan mengenai akidah dan perkara pokok dalam agama dan tidak timbul perselisishan pandangan tentang sunah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. malah kumpulan Sayidina Ali k.r.w. merekalah yang benar melaksanakan syariat Allah, menurut sunah Rasullulah dalam perbalahan di antara Ali dan Muawiyah itu semua pengikut Ali k.r.w. mengatakan beliaulah yang berada di sebelah kebenaran dan mengikut sunnah rasul manakala Muawiyah bersama pengikutnya dianggap pihak yang salah dan penderhaka kepada Sayidina Ali sebagai Khalifah. Ketika itu umat Islam bersama sayidina Ali telah bersempendapat bahawa mereka yang terbunuh dalam mempertahankan Saydina Ali, mereka dianggap mati syahid dan mereka yang menentang sayidina Ali, berada di kalangan yang menyalahi apa yang dinyatakan oleh Rasullullah s.a.w.

SYIAH HARI INI

Setelah diteliti kepada Syiah hari ini, didapati majoritinya terdapat di timor tengah atau di asia barat. Kalau pada zaman sahabat dulu tidak didapati Syiah atau kumpulan orang Islam yang mengutuk, mencaci, mencela para sahabat secara terbuka atau mencela Sayidina Ali k.r.w. Tetapi malangnya pada masa ini ada pengikut yang kononnya dianggap penyokong sayidina Ali k.r.w. selepas berlaku peristi ”TAHKIM” tidak segan malu mencaci dan mencela sayidina Ali hingga kepada para sahabat yang lain seperti Abu Bakar, Omar dan Uthman. Kata-kata cacian dan kejian ini tertera dalam buku-buku Syiah sejak dahulu dan diedarkan di bandar Kufah Iraq. Antara kata-kata penghinaan terhadap Saydina Ali seperti berikut :

“Aku minta kamu berjihad (menentang Muawiyah) maka kamu tidak mahu berjihad. Aku minta kamu dengar pandangan, kamu tidak mengendah pandangan kami. Aku suka untuk tidak melihat kamu dan untuk tidak mengenali kamu, semoga Allah memusuhi kamu. Sesungguhnya dadaku telah dihalang untuk tidak bersamamu. Aku lebih suka agar Allah memisahkan aku dengan kamu dan menempatkan aku dengan mereka yang lebih benar daripada kamu. Aku mohon kepada Allah agar ia menukar kebaikkan mereka kepada kami dan keburukan kami kepada mereka.

SUNNI

Perkataan sunah ialah pegangan yang berpandukan kepada ajaran sunnah Rasulullah s.a.w. mengatasi panduan yang melibatkan adat kebudayaan mana-mana kaum atau kumpulan tertentu. Malah sunnah merupakan satu pegangan yang semata-mata berpandukan cara hidup Rasulullah s.a.w. Oleh itu mungkin ada orang menamakan dirinya Ahli Sunnah tetapi tidak sembahyang, tidak berpuasa dan tidak melaksanakan amalannya menurut sunnah maka amalannya bukan amalan sunah Rasulullah dan mereka bukan dikalangan Ahli Sunnah sekalipun dalam kad pengenalannya diperkenalkan sebagai seorang muslim ahli sunnah.

AQIDAH AHLI SUNNAH

Aqidah Ahli Sunnah berbeza dengan aqidah–aqidah yang terdapat dalam berbagai-bagai kumpulan atau mazhab hari ini. Ahli Sunnah berpegang teguh dengan al-Quran al-Karim sebagai hidayah hujah dalil-dalil dan sumber pandangan hidup manusia dan yakin bahawa al-Quran tetap sempurna tidak kurang, tidak cacat, tidak ada kesilapan ataupun salah. Manakala sunnah Rasulullah s.a.w. sebagi sumber kedua selepas al-Quran. Keimanan kepada kedua-dua sumber ini diambil, difahami secara mendalam, sederhana dan tidak melampaui batas kebenaran.

AQIDAH SYIAH (SYIE)

Berlainan pula dengan aqidah syie dalam kitab-kitab yang ditulis oleh beberapa orang guru Syiah mereka tidak mengambil al-Quran sebagai sumber hidayah mereka. Mereka melihat al-Quran yang ada di tangan orang Islam hari ini tidak cukup dan tidak sempurna seperti yang dibaca oleh Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w. diantara guru-guru syiah ini ialah seperti:

1) Said Hasyim Al-Bahrani – Beliau selaku guru tafsir penganut Syiah dalam mukadimah bukunya, Al-Burhan Fi Tafsiri al-Quran.

2) Mula Baqir At-Majlisi dalam kitabnya Miraat Aluqul.

3) As-Shikh Annuri Attabrasi dan Nikmatullah Al Jazairi dalam bukunya Al-Anwar Anukmani dan lain ulamak Syiah.

Mereka ini sepakat mengatakan atau menuduh bahawa al-Quran yang ada sekarang telah ditambah, dikurangkan, diubah dan ditukar oleh beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. malah mengikut Annuri Attabrasi disampaikan oleh Nukman Al-Jazairi, katanya bahawa berlaku penyelewengan, pengubahan terhadap al-Quran al-Karim. Pendapat ini disokong oleh salah seorang ulamak Syiah AlKilani dalam kitabnya Al-Kafi katannya, bahawa ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah 17000 ayat sedangkan ayat-ayat yang terdapat dalam mashaf di tangan umat Islam hari ini hanya 16000 ayat sahaja.

SUMBER USUL SYARIAH BAGI AHLI SUNNAH

Sumber hukum syariat pada sisi ahli sunah ialah al-Quran, sunnah, itifak ulamak, dan Qias. Sunnah yang dimaksudkan di sini ialah kata-kata Nabi, perbuatannya, dan perakuan Nnabi terhadap perbuatan para sahabat sebagai rujukan kitab-kitab hadis ialah Bukhari dan Muslim yang isi kandungannya dipenuhi dengan hadis-hadis yang sahih. Di antara kitab-kitab dan hadis yang menjadi rujukan ahli sunah ialah seperti kitab Hadis Masnad Abu Daud, Tarmizi, Attabrani, Ibnu Habban, Ibnu Majah, dan Muattak. Hadis-hadis dalam kitab lainnya telah dikenalpasti terdapat hadis-hadis dhaip.

SUMBER USUL SYIAH

Ajaran Syiah tidak berpandu kepada kitab-kitab hadis dan sunnah yang diguna pakai oleh ahli sunnah seperti hadis Bukhari dan Muslim dan seterusnya. Malah mereka menguna pakai hadis-hadis riwayat daripada kalangan perawi tertentu sahaja yang terdiri daripada orang-orang kepercayaan mereka sahaja. Perawi hadis yang dipakai oleh Syii hanya daripada perawi-perawi alil bait dalam senarai mereka sahaja. Syarat-syarat perawi hadis mereka hanya di kalangan:

1) Terdiri daripada imam yang dipercayai baik, adil dan kuat ingatan.

2) Semua riwayat hadis hendaklah sampai kepada imam maksom (imam Mahdi) yang ditunggu-tunggu.

No comments:

Post a Comment