Thursday, July 30, 2009

AKHLAK

Akhlak yang baik

Boleh juga disebut beradab, berakhlak mulia, berbudi mulia, berbudi pekerti yang baik. Akhlak yang baik adalah ajaran Islam, bahkan antara sebab Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan sebahagian tugas baginda ialah untuk memuliakan akhlak umat sebagaimana hadis yang termaklum dan terkenal ialah:

انما بعثت لاتمم مكارم الأخلاق

Yang bermaksud: Sesungguhnya aku dibangkitkan sebahagian tugasku ialah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

Sifat Malu

Sifat malu adalah salah satu sifat mulia yang termasuk dalam Akhlak yang baik. Manusia akan hidup dalam kebaikan selama rasa malu itu masih terpelihara, sebagaimana dahan kayu akan tetap segar selama masih terbungkus kulitnya. Secara amnya kaum wanita sangat beruntung, kerana dianugrahi fitrah penciptaannya dengan rasa malu yang lebih dominan dibandingkan dengan kau lelaki. Namun rasionalnya, kini banyak wanita yang terasa malu mempunyai sifat malu lalu berusaha mencampakkan jauh-jauh sifat tersebut sehingga didapati banyak kita jumpai saat ini kaum wanita yang lebih tidak tahu malu berbanding lelaki.

CIRI-CIRI

Budi pekerti dan tutur kata yang mulia, bersopan-santun, lemah-lembut, tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. Budi pekerti bermaksud perangai yang baik, berbudi bahasa, pertuturan yang lemah lembut, membantu golongan yang memerlukan bantuan,
menjaga nama baik diri, agama, masyarakat, bangsa dan negara, mengakui kesalahan dan kelemahan diri, berterus-terang dalam sesuatu kebaikan
menginsafi dan bersedia membetulkan kesilapan.
Dengan mengamalkan nilai hemah yang tinggi ini kita dapat melahirkan masyarakat penyayang, harmoni, toleransi, bertolak ansur, saling menghormati dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment