Thursday, July 30, 2009

PERKAHWINAN

Perkahwinan merupakan salah satu sunnah Allah yang berlaku kepada seluruh makhluk baik manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Perkahwinan adalah satu cara atau satu sebab bagi makhluk itu membiak dan berkembang dari permulaan dunia hinggalah tamat dunia ini Insya-Allah. Kita hendaklah menginsafi bahawa dengan takdir Allah, setiap orang sama ada lelaki atau perempuan, apabila bertambah dewasa maka bertambah kuat keinginannya hendak mempunyai teman hidup, apabila syahwat masing-masing tumbuh segar megar maka di antara satu sama lain merupakan magnet. Jikalau syahwat bertambah hebat maka tuntutan perkelaminannya akan bertindak lebih tajam tanpa peduli apa-apa rintangan yang ada di hadapan mereka.

Yang bermaksud: Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada

kamu dari benda-benda yang baik lagi halal, maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? (Ayat 72 surah an-Nahl)

Oleh kerana perkahwinan merupakan tabiat semula jadi manusia yang jikalau Allah tidak mengatur hukum-hukum-Nya pun dilakukan juga oleh manusia, demi menyesuaikan taraf manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian dan juga sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, lalu Allah mengatur sistem perkahwinan, guna menyatukan konsep bagi seluruh umat manusia sebagai menjadi sebab untuk menyelamatkan manusia. Sesiapa yang menolak hukum perkahwinan ini adalah dikira orang yang tidak berakal, selain daripada menyanggah sunnah Allah maka ia boleh dianggap sebagai pasif terhadap nikmat Allah swt kepada manusia.

Allah tidak mahu manusia sama seperti makhluk-makhluk lain yang hidup bebas mengikut tabiat biasa mengadakan hubungan jenis tanpa kawalan dan aturan, lalu Allah mengatur sistem perkahwinan dengan lengkapnya. Seandainya manusia mengikuti jalan-jalan itu, akan terselamatlah ia. Allah menghendaki supaya manusia melakukan hubungan jenis berdasarkan reda meredai antara lelaki dan perempuan melalui ijab Qabul, saksi-saksi, dan sebagainya.

Sengaja Allah membuka jalan yang aman kepada kita melalui perkahwinan. Selain daripada ia memberi kenikmatan hidup, ia juga boleh memelihara keturunan dengan baik dan menolong menjaga kaum wanita agar tidak seperti rumput rampai di tepi jalan yang boleh dimakan bebas oleh binatang-binatang mana pun yang suka.

Allah menganjurkan supaya bernikah. Pernikahan merupakan salah satu daripada sunnah nabi-nabi dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri membuat arahan supaya kita bernikah. Seseorang yang tidak bernikah setelah mencukupi syarat-syaratnya, Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengiktiraf seseorang itu sebagai ummat yang mengikuti sunnahnya.

Tidak boleh dinafikan pengaruh seks atas diri manusia itu terlalu hebat dan dengannyalah juga boleh menjaga dan mengekalkan keturunan manusia, semuanya tidak akan terjadi tanpa persetubuhan. Seseorang anak mesti terang siapakah bapanya, sebab itu pernikahan adalah perlu. Di negara komunis sendiri yang tidak percaya adanya Tuhan pun perkahwinan diatur supaya jelas seseorang anak itu siapa bapanya. Mereka memandang tidak wajar tanpa pernikahan dan mereka memuji mana-mana keluarga yang hidup berumah tangga yang baik dan sempurna. Sebaliknya agama Kristian, mereka memandang persetubuhan itu adalah dosa semata-mata, hidup yang lebih bersih adalah tidak berkahwin tanpa menyedari hakikat syahwat yang dimilikinya.

Pakar-pakar ilmu jiwa mengatakan tekanan jiwa pemuda-pemudi Kristian adalah lebih hebat daripada muda mudi Islam, disebabkan sejak daripada kecil lagi orang-orang Kristian mendidik anak-anak mereka supaya membenci persetubuhan, hidup berseorangan adalah lebih suci dan beristeri lebih daripada satu adalah suatu perbuatan jahat semata-mata. Pada hakikatnya tidak kira pemuda Islam atau Kristian, apabila melihat si perempuan, tetap tergiur lalu tuntutan syahwatnya membara, oleh itu jikalau agama membuat peraturan bahawa persetubuhan itu adalah najis dan bernikah bukanlah suatu cara hidup terpuji, sudah tentu akan timbul suatu gejala tidak sihat di dalam jiwa mereka.

TUJUAN BERKAHWINAN

 Bagi menjaga keturunan (nasab) manusia dengan cara yang sah

 Menyempurnakan tuntutan hawa nafsu seks mengikut cara-cara yang ditetapkan oleh

Allah swt

 Untuk menjaga atau menjauhi penyakit yang berpunca daripada hubungan seks

 Bagi mewujudkan sebuah keluarga yang hidup aman, bahagia, dan harmoni melalui kasih

sayang d iantara satu sama lain.

 Membangun masyarakat insan bersesuai dengan fitrah manusia itu sendiri

 Mempraktik ajaran Sunnah Nabi s.a.w. dan syariat Islam

Kebaikan hasil daripada perkahwinan ini akan kembali kepada pelakunya sendiri, kepada masyarakatnya dan kepada seluruh ummat, melaluinya manusia akan hidup lebih selesa, menghilangkan apa-apa kesulitan seperti kesulitan kewangan dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang ragu untuk berkahwin kerana dibimbangkan menghadapi kesulitan perbelanjaan adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pengakuan Allah Taala sendiri yang akan memberi kelegaan hidup kepada yang berkahwin, sebagaimana Firman-Nya:

Yang bermaksud: Sekiranya kamu miskin sebelum kahwin nescaya Aku akan memperkayakan kamu setelah kamu kahwin . (Ayat 32 surah an-Nur)

Tugas Umat Muslimin

Sesungguhnya tugas memperjodohkan mereka yang belum bersuami atau belum beristeri atau yang bujang, janda dan duda itu bukanlah urusan peribadi orang-orang yang bersangkutan atau urusan ibu bapanya sahaja, malah menjadi urusan jemaah muslimin atau masyarakat Islam itu sendiri. Mereka hendaklah sama-sama mengambil daya inisiatif melaksanakannya sama seperti perintah-perintah Allah yang lain jua .

Cuba kita perhatikan ayat al-Quran surah an-Nur Ayat 32

Yang bermaksud: Dan hendaklah kamu semua kahwinkan atau perjodohkan orang-orang yang belum bersuami atau yang belum beristeri daripada kalangan kamu, dan orang-orang soleh daripada hamba-hamba kamu baik lelaki maupun perempuan. Jikalau kamu miskin Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah maha luas Rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui.(Surah an-Nur: 32)

Ayat di atas ini secara jelas memerintah melaksanakan tugas memperjodohkan baik lelaki maupun perempuan. Perintah ini termasuk berbentuk individu, jamaah atau kumpulan. Badan-badan atau kumpulan hendaklah bertanggungjawab sama seperti tuntutan Islam yang lain. Jikalau dalam sudut-sudut yang lain boleh mengadakan minggu bahasa, minggu kebersihan dan apa-apa minggu lagi, kenapakah kita tidak pernah mendengar ada minggu mencari jodoh atau dengan mengadakan poster-poster, kempen penerangan tentang kepentingan perkahwinan dan sebagainya.

Perbuatan Zina

Apabila disebut sahaja zina, membuang bayi dalam tong sampah, dan ditangkap basah, maka semua orang merasa jijik mendengarnya, tetapi dukacita bertambah malang dalam waktu yang sama usaha ke arah menyekat ketumbuhan berzina tidak dipraktikan. Walaupun semua orang tahu dan mengakui bahawa sesungguhnya berzina itu termasuk salah satu dosa-dosa besar dan sangat-sangat ‘aib pada pandangan umum, tetapi kita lupa bahawa kehendak jantina adalah termasuk dalam keperluan hidup sama seperti perut perlu kepada makanan. Kenapakah pintu zina ditutup rapat dan pintu bernikah tidak dibuka lebar?

Malu Menghadapi Perkahwinan

Masyarakat Islam kini wajib menginsafi tentang suatu hakikat bahawa tidak boleh segan atau malu menghadapi masalah perkahwinan ini. Pepatah melayu yang mengatakan “Perigi mencari timba” itu hendaklah dikikis habis-habisan dan diganti dengan Firman Allah swt. dan Sabda Nabi s.a.w. yang bersangkutan.

Hadis Nabi yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w. seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk meyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhati dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w. diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang Sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah s.a.w. segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan maskahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan maskahwin. Lantas Sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan maskahwin. Maka Rasulullah s.a.w. berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. Lalu Sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut. Rasulullah s.a.w. berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai. Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila Sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w. bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermaskahwinkan ayat atau surah al-Quran yang engkau hafaz.

Sukar Bertemu Jodoh

Kita sering mendengar sungutan tentang sukar mencari pasangan hidup disebabkan belanja maskahwinnya terlalu tinggi, di samping menghadkan berbagai-bagai peraturan tambahan yang menyusahkan baik dihari perkahwinan maupun selepasnya. Seandainya di sebelah pihak perempuan menuntut perkara-perkara yang di luar kehendak syarak, jelaslah bahawa mereka belum faham hakikat perkahwinan, maka berkewajipan kepada para orang yang mengetahui menerangkan, orang seperti ini kita menganjurkan agar mereka mempelajarinya dengan mendalam baik dari segi konsep dan matlamatnya.

Adalah terlalu bahaya membiarkan si lelaki dan si perempuan tidak berkahwin atau menyebabkan kesukaran yang menjadi penghalang bagi kelancaran perkahwinan. Di dalam kajian ahli-ahli ilmu jiwa sekarang agak ramai orang yang sakit jiwa berpunca daripada keadaan yang sepatutnya ia telah berkahwin tetapi tidak dikahwinkan atau berkahwin, lebih-lebih lagi di dalam masyarakat moden sekarang yang pergaulan lelaki dan perempuan begitu bebas, filem-filem seks bermaharajalela, buku-buku mendedahkan seks secara terbuka dan jelas dipamerkan begitu meluas, pakaian-pakaian yang mendedahkan aurat serta menjolok mata menjadi kebanggaan muda-mudi, semuanya memberangsangkan seks bertambah buas yang menyebabkan penyakit zina atau kerosakan akhlak bertambah berleluasa, semuanya ini memerlukan perkahwinan disegerakan.

Kemampuan Berkahwin

Bagi yang sudah mampu berkahwin, nafsunya telah mendesak dan dibimbangkan terjerumus ke dalam perzinaan maka wajiblah baginya berkahwin, tetapi jikalau ia sanggup menahan nafsunya maka berkahwin adalah sunat untuknya.

Seseorang yang berkemampuan kahwin tetapi masih dapat mengawal nafsu seksnya maka sunat baginya berkahwin.

Seseorang yang benar-benar tidak mampu sama ada dari segi nafkah zahir atau batin atau berkahwin dengan tujuan yang tidak jujur maka haramlah baginya berkahwin. Sekira ia mengalami apa-apa kecacatan batinnya maka ia wajib menyatakan secara terus-terang kepada orang yang melamarnya, semoga orang ramai tidak tertipu dan tidak syak wasangka kepadanya. Hukum seperti ini juga terkena kepada wanita-wanita yang cacat, yang tidak mampu memenuhi ciri-ciri perkahwinan seperti ia berpenyakit yang luar biasa sama ada dikemaluannya atau ia pesakit kusta, pesakit aids, berpenyakit ketumbuhan dan seumpamanya. Perkahwinan yang dijalankan tanpa memberitahu kecacatan peribadi tiba-tiba terkesan selepasnya maka perkahwinan yang sebegitu boleh dibatalkan. Pembatalan boleh berlaku sama ada kecacatan itu berlaku daripada pihak perempuan atau pihak lelaki.

Makruh berkahwin bagi seseorang yang lemah syahwatnya dan yang kurang mampu memberi nafkah zahir atau nafkah batin kepada isteri. Kepada mana-mana lelaki yang tidak terdesak oleh alasan-alasan yang mewajibkan ia segera berkahwin atau tiada sebab-sebab yang mengharamkan ia berkahwin maka hukumnya mubah (harus) ia berkahwin.

Bagi orang-orang yang belum menunaikan fardhu haji sedangkan ia termasuk dalam kategori wajib berkahwin, maka hendaklah ia mendahulukan kahwin daripada menunaikan fardhu haji. Kesimpulan yang didapati daripada dalil naqli (al Quran dan al-Hadith): hidup membujang adalah dilarang oleh Islam kecuali ada alasan-alasan syari’e untuknya. Alasan tidak mahu kahwin kononnya untuk senang beribadat kepada Allah adalah tidak tepat, kerana alasan tersebut hanya datang daripada paderi-paderi Kristian semata-mata.

Dengan demikian jelaslah bahawa berkahwin itu merupakan perkara yang penting dan perlu, boleh dikatakan tidak ada manusia yang menolaknya kecuali mereka yang jiwanya lemah atau yang derhaka kepada Allah sahaja atau yang mencari jalan hidup seperti pendita/paderi yang melakukan ibadat tanpa berkahwin.

Hadis Nabi yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya beberapa orang Sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka (sahabat) yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w. memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.

Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Rasulullah s.a.w. melarang Othman bin Maz'un untuk membujang. Seandainya baginda merestuinya, pasti kami akan membujang.

Memilih Isteri

Isteri ialah penenang bagi suaminya, tempat menyemaikan benih keturunannya, mengatur rumah tangganya, ibu kepada anak-anaknya, tempat tambatan hatinya, tempat menumpahkan rahsia-rahsianya dan tempat mengadukan nasibnya. Oleh itu Islam menganjurkan agar memilih isteri yang solehah demi menyemadikan ditubuhnya perhiasan yang paling istimewa bermula dari alam dunia ini sampailah ke syurga sekiranya mengikuti jalan-jalan lurus yang telah ditetapkan oleh Islam.

Orang lelaki yang hendak berkahwin seboleh-bolehnya hendaklah mencari wanita yang mempunyai latar belakang Islam yang baik dan berpegang teguh dengan ajaran Islam, yang dara, yang ramai adik beradik sebagai tanda jenis beranak ramai, berketurunan yang baik-baik seperti keturunan ‘Ulama pewaris nabi-nabi(bukan ulama mencari makan atau mencari populariti) atau orang-orang yang soleh, yang berkedudukan kukuh dari segi mata-benda dan bukan keluarganya yang hampir seperti sepupu. Di antara kesemua ciri-ciri pilihan ini hendaklah didahului yang kuat pegangan agamanya.

Hadis Nabi yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w. telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia.

Isteri yang bakal dijodohkan itu juga merupakan sawah tempat kita bercucuk tanam, benih yang akan kita tanam itu amatlah tidak munasabah jikalau dicambahkan di tempat-tempat yang tidak subur atau tidak sesuai dengannya. Demikianlah air mani yang akan menjadi baka generasi manusia itu mestilah juga ditanam di tempat-tempat yang dikira takwa, jangan sekali-kali dijadikan persetubuhan itu hanya seperti meminum air sejuk atau seperti membuang air kecil sahaja tanpa dibuat kajian dan penyelidikan terlebih dahulu. Jagalah baka atau benih itu jangan sampai tertanam ke dalam rahim perempuan lacur kerana benih yang ditanam itu akan dipertanggungjawab ke atas diri kita semua, iaitu tentang keadaan kamu membangun rumah tangga adakah berdasarkan kepada hawa nafsu semata-mata atau atas dasar hendak menegakkan kebahagiaan dan ketaatan kepada Allah Jalla Wa Jalaaluh.

Firman Allah:

Yang bermaksud: Isteri-isteri kamu diibaratkan sebagai kebun tanam-tanaman, iaitu tempat kamu menyemai benih, oleh itu semailah benih di ladang itu mengikut cara yang kamu sukai, sama ada menyemai secara berdiri tegak, berbaring atau apa sahaja yang kamu suka asalkan di tempat yang benar-benar sesuai untuk menyemai benih. Melalui proses persetubuhan ini diharap dapat kamu menyediakan amal-amal yang baik, seperti niat perkahwinan dan persetubuhan kamu itu bukanlah kerana memuskan hawa nafsu semata-mata, malah memohon restu semoga Allah menganugerah anak-anak yang soleh dan sebagainya, di samping itu bertakwalah kamu kepada Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui-Nya pada hari akhirat kelak, dan kamu akan disoal satu persatu tentang perkahwinan dan pengabaian kamu dalam rumah tangga. Wahai Muhammad! Berilah khabar gembira kepada orang yang beriman akan dimasukkan ke dalam syurga yang nikmatnya berkekalan. ( Ayat 223 al-Baqarah)

Untuk mencari jodoh, Islam telah menetapkan bahawa bukanlah untung rugi dari segi kebendaan yang menjadi matlamat perkahwinan tetapi yang dikehendaki ialah untung rugi kejiwaan dan itulah ghayah (objektif) yang patut dititik beratkan.

Oleh itu perempuan penzina jangan sekali-kali dijodohkan dengan lelaki yang bertaqwa kerana Islam melarang dan menganggap perkahwinan seperti itu tidak sekufu atau sepadan, kecuali perempuan itu benar-benar bertaubat nasuha kepada Allah swt. dan telah diketahui umum. Biasanya bekas-bekas pelacur itu sukar untuk mendapatkan anak kerana benihnya telah diracuni dengan berbagai-bagai usaha penyekatan hamil dan sekiranya mendapat anak pun menyebabkan anak itu akan diserang penyakit jiwa terutama apabila anaknya sedar bahawa ibunya itu bekas pelacur.

Firman Allah:

Yang bermaksud: Lelaki yang berzina lazimnya tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula lazimnya tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.

Yakni selagi orang itu tidak benar-benar bertaubat dan berhenti daripada melakukan perbuatan yang keji itu maka dilaranglah berkahwin dengannya.

Hadith Rasulullah Bersetubuh mengikut kesukaan hati

Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Orang-orang Yahudi telah mendakwa apabila seseorang lelaki bersetubuh dengan isterinya melalui farajnya dari arah belakang akan menyebabkan anak yang dilahirkan akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat:

Yang bermaksud: Perempuan-perempuan iaitu isteri kamu merupakan tempat kamu bercucuk tanam, buatlah apa yang kamu suka mengikut selera terhadap ladang kamu itu.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w. telah bersabda maksudnya: Apabila seorang isteri tidur dengan keadaan lari dari katil suaminya iaitu tidak mahu disetubuhi, para malaikat melaknatinya sehingga dia bangkit dari tidurnya pada waktu pagi.

Merancang melalui uzlah (buang mani keluar Rahim)

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Kami pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Bani Mustaliq dan kami berjaya menawan beberapa orang perempuan Arab yang sangat cantik. Sebenarnya kami ingin bersetubuh dengan mereka tetapi kami bimbang mereka hamil, jadi kami melakukan A'zal dalam persetubuhan itu. Kami lakukan itu di saat Rasulullah s.a.w. masih ada. Kami takut untuk bertanya masalah itu kepada baginda s.a.w.. Tetapi akhirnya kami bertanya juga masalah itu kepada baginda. Baginda bersabda: Tidak perlu kamu lakukan itu kerana segala sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah pasti akan wujud. Perkara sebegitu akan berlaku hingga Hari Kiamat.

Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Kami melakukan A'zal ketika mana Al-Quran diturunkan.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sunat bagi orang yang mengahwini seorang gadis supaya tinggal bersama isterinya selama tujuh hari dan apabila dia mengahwini seorang janda, maka dia harus tinggal bersamanya selama tiga hari.

Isteri barang Seni

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesungguhnya wanita itu seperti tulang rusuk. Jikalau kamu cuba untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi jikalau kamu biarkan sahaja, maka kamu akan dapat menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok.

MENCERAI ISTERI DI WAKTU HAID

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya yang bermaksud: Sesungguhnya dia telah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Perkara itu terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w.. Maka masalah itu ditanya oleh Umar bin al-Khattab kepada Rasulullah s.a.w.. Lalu baginda bersabda: Perintahkan supaya dia merujuk kembali kepada isterinya. Kemudian biarkanlah sampai isterinya suci, kemudian haid lagi, kemudian suci sekali lagi. Setelah itu terpulanglah kepadanya sama ada mahu terus kekal ataupun mencerainya, tetapi itu semua sebelum terjadi persetubuhan. Itulah tempoh edah yang diperintahkan oleh Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung untuk wanita yang diceraikan.

MESTI KAHWIN

Hadis Ummu Salamah r.a. Diriwayatkan daripada Abu Salamah r.a katanya: Ummu Salamah telah berkata: Suwaibah al-Aslamiyah telah mengalami nifas beberapa malam setelah kematian suaminya. Ketika perkara itu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w., baginda mengesyorkan supaya dia berkahwin lagi.

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda¿ Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu *

MEMINANG ATAS PINANGAN ORANG LAIN

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w. pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang orang bandar menjual kepada orang desa iaitu seperti orang badwi, mereka menjual secara menipu iaitu supaya nilai barang menjadi tinggi atau seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya, juga seseorang itu menjual atas jualan saudaranya. Jangan sekali-kali seorang perempuan berusaha melakukan sesuatu supaya saudara perempuannya diceraikan oleh suaminya supaya dia dapat menggantikan tempat saudaranya itu atau merosakkan kehidupan suami isteri.

BERKAHWIN TANPA MASKAHWIN

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. menegah daripada melaksanakan perkahwinan tanpa maskahwin.

PERSETUJUAN DARIPADA WANITA

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Jangan mengahwinkan seorang perempuan janda sehinggalah diminta persetujuan serta mengadakan perbincangan dan jangan mengahwinkan seorang gadis sehinggalah diminta persetujuannya. Para Sahabat bertanya: Bagaimana hendak mengetahui persetujuan seorang gadis. Baginda menjawab: Dia diam.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang seorang jariah yang akan dikahwinkan oleh keluarganya adakah perlu meminta keizinan serta persetujuan atau tidak perlu¿ Lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada Aisyah: Ya! Hendaklah diminta persetujuannya. Saidatina Aisyah menyambung lagi: Aku memberitahu lagi kepada Baginda bahawa jariah itu seorang pemalu. Rasulullah s.a.w. memberitahu persetujuannya sekarang ialah diam.

AISYAH TAK TAHU DIA DIKAHWINKAN DENGAN NABI S.A.W.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah mengahwini aku semasa aku berumur enam tahun dan tinggal bersamaku semasa aku gadis berusia sembilan tahun. Aisyah menyambung lagi: Kami telah berhijrah ke Madinah dan aku demam panas selama sebulan sehinggalah rambut aku mencecah hingga paras bahu. Ketika itu ibu kandungku Ummu Rumaan datang berjumpa aku yang sedang berada atas buaian bermain bersama teman-temanku lalu dia memanggilku dan aku segera berjumpa dengannya iaitu dalam keadaan aku tidak mengetahui apa yang hendak dia lakukan terhadapku. Ibuku memegang tanganku iaitu membawa aku untuk masuk ke dalam rumah sehinggalah dia memberhentikan aku di pintu dan aku melepaskan lelahku sehingga keadaanku menjadi tenang. Selepas itu ibuku membawa aku masuk ke dalam rumah. Aku dapati ramai wanita Ansar, mereka menyambut kami dengan mesra serta mendoakan untuk pengantin supaya diberi kesenangan dan keberkatan. Ibuku menyerahkan aku kepada mereka lalu mereka membasuh kepalaku dan menghiaskan diriku secantik mungkin. Rasulullah s.a.w. tidak mendatangiku secara tiba-tiba tetapi mereka iaitu perempuan-perempuan Ansar menyerahku kepada baginda ketika waktu Dhuha.

BUAT KENDURI KAHWIN

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: Kesan apakah ini¿ Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Rasulullah mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.

JANGAN TINGGAL LAMA DI RUMAH ORANG BARU KAHWIN

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Aku telah menghadiri majlis kenduri sempena perkahwinan Zainab. Rasulullah s.a.w. telah menghidang kepada orang ramai, roti dan daging. Rasulullah s.a.w. menyuruh aku menjemput mereka, apabila mereka selesai makan. Rasulullah s.a.w. bangun lalu beredar dan aku mengekori baginda. Ketika itu aku dapati masih ada dua orang lelaki sedang asyik berbual dan masih belum keluar. Ketika Rasulullah s.a.w. mula masuk berjumpa dengan isteri-isterinya, baginda mengucapkan salam kepada setiap seorang daripada mereka: Assalamualaikum! Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: Baik! Wahai Rasulullah dan bertanya: Bagaimana isterimu? Rasulullah s.a.w. menjawab: Baik! Setelah selesai, baginda kembali bersamaku. Ketika sampai di pintu didapati dua lelaki itu masih lagi asyik berbual. Apabila keduanya melihat Rasulullah s.a.w. pulang, kedua-duanya bangkit dan keluar dari rumah Rasulullah s.a.w.. Aku tidak pasti mengapa mereka keluar. Adakah aku telah menyuruh mereka supaya keluar atau wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. menyuruh mereka keluar. Ketika baginda meletakkan kaki di ambang pintu setelah pulang bersamaku, baginda melabuhkan tirai antaraku dengan baginda dan ketika itu turunlah firman Allah:

Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk untuk berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik takbir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.(Surah al-Ahzab:53)

Jemputan kenduri

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Makanan yang buruk ialah makanan di majlis kenduri yang mana jemputannya ialah orang-orang kaya sahaja dan orang-orang miskin tidak dijemput. Orang yang tidak memenuhi jemputan sesungguhnya dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Isteri Tidak Mahu bersetubuh

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya yang bermaksud: Nabi s.a.w. telah bersabda: Apabila seorang isteri tidur dengan keadaan lari dari katil suaminya iaitu tidak mahu disetubuhi, para Malaikat melaknatinya sehingga dia bangkit dari tidurnya di waktu pagi

Merancang Keluarga

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Kami pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Bani Mustaliq dan kami berjaya menawan beberapa orang perempuan Arab yang sangat cantik. Sebenarnya kami ingin bersetubuh dengan mereka tetapi kami bimbang mereka hamil, jadi kami melakukan A'zal dalam persetubuhan itu. Kami lakukan itu di saat Rasulullah s.a.w. masih ada. Kami takut untuk bertanya masalah itu kepada baginda s.a.w.. Tetapi akhirnya kami bertanya juga masalah itu kepada baginda. Baginda bersabda: Tidak perlu kamu lakukan itu kerana segala sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah pasti akan wujud. Perkara sebegitu akan berlaku hingga Hari Kiamat.

Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Kami melakukan A'zal ketika mana Al-Quran diturunkan .

HADITH-HADITH YANG LAIN

“Dunia ini adalah perhiasan hidup dan kemuncak perhiasan hidup ialah perempuan yang solehah”.

“Mendirikan sesebuah rumah tangga bukanlah cinta suami isteri yang menjadi asasnya, tetapi taqwa kepada Allah atau melaksanakan amanat Allah yang menjadi asasnya, sebab itu setiap kali mengadakan persetubuhan hendaklah dilakukan atas dasar kalimah Allah”.

“Kamu mengambil perempuan menjadi isteri kamu sebagai menyempurnakan amanat Allah dan di halalkan kehormatannya kepada kamu dengan kalimat Allah”.

Kekuatan nafsu kelamin akan menurun apabila usia masing-masing telah lanjut, tetapi telah banyak terbukti bahawa rumah tangga yang didirikan atas dasar amanat Allah makin lama mereka bersuami isteri maka makin bertambah mesra dan itulah tanda-tanda nikmat hidup dan ketenangan di dalam rumah tangga.

Memilih Suami

Kepada wali-wali atau mana-mana wanita yang ingin memilih bakal suaminya, hendaklah dipilih lelaki yang berakhlak mulia dan yang baik keturunannya, atau lebih tegas lagi lelaki yang soleh agar nanti akan dapat bergaul dengannya secara baik kerana suaminyalah yang akan mencorakkan secara lahir keadaan hidup rumah tangganya dan jikalau ditakdirkan hendak berpisah pun dilakukan penceraian dengan baik mengikut batas-batas hukum islam. Demi menjaga kerukunan rumahtangga pilihlah suami yang tidak terlalu cemburu(walaupun sifat cemburu merupakan lumrah manusia, tetapi jikalau melampau menyebabkan isteri berada dalam keadaan bingung dan tidak tenteram).

Sekiranya wali-wali atau wanita itu memilih bakal suaminya orang yang zalim, fasik, pelaku maksiat atau kaki mabuk arak atau dadah dan yang mendurhaka kepada Allah kerana dengan rela hatinya secara langsung membenarkan orang-orang yang jahat menguasi kehidupannya, kehidupan rumah tangganya dan kehidupan anak-anaknya yang bakal dilahirkan nanti Insya-Allah.

Peminangan Dalam Islam

Islam membenarkan pihak lelaki membuat pinangan mana-mana perempuan yang ia suka dan perempuan itu suka kepadanya, dengan syarat pada ketika itu tidak ada ikatan dengan orang lain. Mana-mana perempuan yang di dalam iddah raj’iyyah (iddah yang suami asal masih boleh mengambil balik bekas isterinya tanpa nikah baru) tidak boleh dibuat pinangan, begitu juga perempuan yang masih di dalam pinangan atau kiraan orang lain haram dibuat pinangan baru kecuali salah seorang(sama ada pihak lelaki atau perempuan) melucutkan perjanjian asal secara rasmi. Perjanjian boleh dirombak pada bila-bila masa jua sama ada daripada pihak lelaki atau daripada pihak perempuan dan segala habuan yang berupa benda atau wang yang telah diberi oleh pihak lelaki kepada perempuan itu hendaklah dikembalikan balik sekiranya pemberian itu atas nama peminangan.

Di dalam masa pertunangan iaitu sebelum diijab-qabulkan diharam sama sekali mereka berdua-duaan ke sana ke mari atau berada di mana-mana tempat sunyi tanpa ada mahram bersama-sama mereka, sekiranya keadaan tersebut berlaku di hadapan mana-mana seorang mahram di sebelah perempuan adalah dimaafkan, begitu juga dalam masa sebelum akad nikah dimeterikan, si lelaki dan si perempuan dibenarkan oleh Islam berbincang, bertukar-tukar fikiran dan mencurahkan perasaan hati masing-masing guna membuat penilaian yang jelas. Segala keadaan perbincangan ini juga mestilah dilakukan di hadapan mahram perempuan. Boleh dilakukan melalui perantaraan surat, e-mel, telefon atau sesuatu yang tidak boleh membawa kepada sebarang fitnah.

Disunatkan kedua-dua bakal mempelai itu melihat wajah masing-masing sebelum berkahwin, kebenaran hanya pada tempat-tempat zahir sahaja iaitu yang bukan aurat, tujuan melihat muka ialah untuk menentukan rupa paras, dan tujuan melihat tangan pula supaya dapat menentukan badannya sama ada kurus atau gemuk, manakala yang lain-lainnya dapat dikesan hanya melalui tangan sahaja. Di sebelah perempuan wajib menyatakan segala keaiban lain yang tersembunyi jikalau ada seperti kudung jari kaki, jari kaki lebih dan sebagainya dan harus dibuat ulangan perhatian atau mengenal pasti peribadi masing-masing sebelum bernikah demi mengelakkan penyesalan dikemudian hari.

Sekiranya peminangan itu dilakukan dalam suatu upacara khas, maka sunat dibuat bacaan khutbah atau kursus perkahwinan terlebih dahulu. Butir-butir ucapan ialah mengenai kebaikan berkahwin, kepentingan, tuntutan dan larangan-larangannya, seeloknya ucapan itu dimulakan dengan pujian kepada Allah. Gunakanlah bahasa-bahasa yang senang difahami oleh kedua-dua pihak. Pada akhirnya hendaklah berdoa kepada Allah SWT semoga perkahwinan yang akan dijalankan tak lama lagi itu diberkati oleh Allah, diberi hidayah oleh-Nya dan beranak cucu yang solihin. Amin.

Maskahwin

Disebabkan kemampuan yang ada pada diri seseorang itu berbeza, maka Islam tidak menetapkan jumlahnya, sama ada banyak atau sedikit. Bagi orang yang mampu atau yang kaya bolehlah ia memberikan belanja yang agak banyak dan dikurangkan kepada yang miskin. Yang pentingnya maskahwin wajib diberikan.

Sebanyak-banyak maskahwin tidak dihadkan dan sekurang-kurangnya ialah sebentuk cincin besi, segantang kurma atau mengajar ayat-ayat al-Quran dan lain-lain ilmu agama yang memberi faedah kepada si perempuan itu, dengan syarat mendapat persetujuan daripada pihak perempuan.

Islam sangat-sangat menghendaki supaya orang lelaki mendapat peluang hidup beristeri yang sah dan halal. Mereka diberi peluang untuk mencapai nikmat perhubungan ini, sebab itu jalan yang mudah dan ringkas hendaklah dipraktikkan dalam melaksanakan ibadat perkahwinan ini agar orang-orang miskin pun boleh turut sama meneroka alam bahagia seperti ini.

Sebagaimana yang termaklum, golongan yang miskin adalah lebih ramai daripada yang kaya. Oleh sebab itu, kita dapati ramai orang-orang Islam yang miskin tidak sanggup menghadapi maskahwin yang besar menyebabkan mereka hidup membujang. Islam menghendaki agar perkahwinan ini bergerak lancar mengikut tabi’i, maka Islam menganjur dengan memberi keberkatan kepada mana-mana perkahwinan yang dilalui dengan jalan yang mudah dan murah sebagaimana hadith yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.a “Sesungguhnya perkahwinan yang banyak berkat ialah yang paling murah maskahwinnya, sebaik-baik perempuan ialah yang meminimakan maskahwin, memudahkan dalam melaksanakan urusan perkahwinan, dan yang baik budi pekertinya. Sedangkan perempuan yang celaka ialah yang mahal maskahwinnya, menyulitkan perlaksanaan perkahwinan dan yang buruk budi pekertinya.”

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w. seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk meyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhati dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w. diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang Sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah s.a.w. segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan maskahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan maskahwin. Lantas Sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan maskahwin. Maka Rasulullah s.a.w. berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. Lalu Sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut. Rasulullah s.a.w. berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai. Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila Sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w. bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermaskahwinkan ayat atau surah al-Quran yang engkau hafaz.

Memang terdapat daripada kalangan manusia muslim yang tidak mengetahui atau tidak mempraktik ajaran ini, malah ada yang menyanggahi peraturan ini. Mereka lebih banyak berpegang kepada adat resam jahiliah yang ditinggal oleh datuk nenek mereka yang tidak berpengetahuan Islam, iaitu dengan menetapkan harga maskahwin berlebih-lebihan, malah ada yang menolak untuk dikahwini anaknya kecuali mendapat maskahwin yang mahal, seolah-olah perempuan itu barang dagangan yang telah ditetapkan harganya dipasaran dagangan. Perbuatan seperti ini menimbulkan banyak kegelisahan baik di sebelah lelaki maupun perempuan, yang pada akhirnya boleh menimbulkan kemaksiatan dan kerosakan, atau terjerumus ke dalam lembah perzinaan.

Nafkah Atau Perbelanjaan

Yang dikatakan nafkah kepada isteri ialah memenuhi keperluan makan minum, tempat tinggal, menyediakan pembantu rumah, mengubati isteri jikalau ia sakit dan keperluan jantina. Nafkah kepada isteri adalah wajib.

Adapun sebab-sebab diwajibkan suami memberi nafkah kepada isterinya kerana adanya ikatan isteri semata-mata terhadap suaminya, suami berhak menikmati isterinya secara terus-menerus, kerana ketaatan isteri kepada suaminya, kerana ia mengatur rumah tangga dan kerana isteri mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

Selama mana isteri memenuhi ciri-ciri perkahwinan ini, ia tidaklah boleh dianggap sebagai penderhaka, maka selama itulah juga suami wajib memberi nafkah kepada isterinya, kerana jikalau didasarkan kepada kaedah umum atau logik pun iaitu orang yang menahan hak atau kemunafaatan orang lain maka ia mestilah bertanggungjawab membelanjakannya.

Sebab-Sebab Yang Menggugurkan Nafkah Suami Terhadap Isterinya ialah.

 Kerana ikatan suami isteri telah terputus disebabkan perceraian dan sebagainya.

 Isteri tidak mahu menyerahkan tubuh badannya untuk dinikmati oleh suami, atau enggan berpindah ke mana-mana tempat yang disuruh oleh suami pada hal tempat itu harus mengikut syara’.

Secara logik bolehlah difahami, iaitu setiap pembelian apa-apa barang sekali pun jikalau tuan punya barang itu tidak ingin menyerahkan barangnya maka amatlah tidak munasabah pembeli wajib membayar harganya atau pun si penjual itu menentukan tempat-tempat tertentu sahaja baru ia ingin menyerahkan barang-barangnya.

Jikalau seseorang isteri yang masih kecil yang belum boleh disetubuhi lagi dan tidak tinggal bersama suami maka tidak diwajibkan memberi nafkah lagi kerana suami tidak dapat menikmati dengan sempurna, tetapi jikalau suami berada di dalam satu rumah dengan isterinya dan dapat si suami menikmati secara lahiriah sementara menunggu yang batinnya maka nafkah wajib juga diberikan.

Jikalau isteri sakit yang menghalang daripada pergaulan dengan suaminya maka ia wajib juga mendapat nafkah walaupun suaminya tidak dapat menikmati pergaulan yang normal. Islam menetapkan juga memberi nafkah kepada isterinya berdasarkan istilah agama “Menjalankan Maaruf’kepada isterinya.

Demikian juga halnya jikalau ditakdirkan suami bertabiat kasar atau kemaluannya luar biasa atau sakit berat yang menyebabkan tidak boleh melakukan persetubuhan atau suaminya dipenjara disebabkan hutang kerana kemewahan atau kesalahan-kesalahan berpunca daripada kejahatannya maka isteri berhak menerima nafkah kerana pihak isteri tiada melakukan apa-apa kecacatan atau kesalahan yang menghalangnya daripada menerima nafkah suami.

Isteri tidak berhak menerima nafkah jikalau ia berpindah dari rumah yang telah ditetapkan oleh suaminya tanpa izin suami sedangkan tempat duduknya itu tidak bermaksiat, atau isteri keluar rumah tanpa izin suami, atau melakukan ibadat haji tanpa izin suami.

Maksud Hadith.

“Wahai orang-orang muda, sekiranya kamu mampu kahwin hendaklah segera berkahwin kerana mata akan lebih terjamin dan kemaluan akan lebih terjaga daripada yang tidak berkahwin, jikalau kamu tidak mampu berkahwin berpuasalah.”

“Kahwinlah kalian, kerana aku akan membanggakan banyak jumlah ummat aku daripada yang lain-lainnya dan janganlah kalian hidup membujang seperti pendita-pendita Keristian. (Pendita tidak berkahwin).

“Seorang lelaki bertanya Rasulullah, “Bolehkah saya hidup membujang tanpa kahwin? Jawab Rasululah s.a.w., “ Orang yang tidak berkahwin bukan daripada ummatku “.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Rasulullah mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Aku telah menghadiri majlis kenduri sempena perkahwinan Zainab. Rasulullah s.a.w. telah menghidang kepada orang ramai, roti dan daging. Rasulullah s.a.w. menyuruh aku menjemput mereka, apabila mereka selesai makan. Rasulullah s.a.w. bangun lalu beredar dan aku mengekori baginda. Ketika itu aku dapati masih ada dua orang lelaki sedang asyik berbual dan masih belum keluar. Ketika Rasulullah s.a.w. mula masuk berjumpa dengan isteri-isterinya, baginda mengucapkan salam kepada setiap seorang dari mereka: Assalamualaikum! Apa khabar kamu semua? Mereka menjawab: Baik! Wahai Rasulullah dan bertanya: Bagaimana isterimu? Rasulullah s.a.w. menjawab: Baik! Setelah selesai, baginda kembali bersamaku. Ketika sampai di pintu didapati dua lelaki itu masih lagi asyik berbual. Apabila keduanya melihat Rasulullah s.a.w. pulang, kedua-duanya bangkit dan keluar dari rumah Rasulullah s.a.w.. Aku tidak pasti mengapa mereka keluar. Adakah aku telah menyuruh mereka supaya keluar atau wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. menyuruh mereka keluar. Ketika baginda meletakkan kaki di ambang pintu setelah pulang bersamaku, baginda melabuhkan tirai antaraku dengan baginda.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Makanan yang buruk ialah makanan di majlis kenduri yang mana jemputannya ialah orang-orang kaya sahaja dan orang-orang miskin tidak dijemput. Orang yang tidak memenuhi jemputan sesungguhnya dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Isteri Rifaah telah datang menemui Nabi s.a.w. seraya berkata: Aku pernah menjadi isteri kepada Rifaah tetapi dia telah mencerai aku sebanyak tiga kali kemudian aku telah berkahwin dengan Abdul Rahman bin Az-Zubair. Tetapi apa yang aku rasai bersamanya seperti bulu-bulu kain iaitu tidak bahagia bersamanya. Rasulullah tersenyum dan berkata: Adakah kamu ingin kembali semula bersama Rifaah, tetapi kamu tidak boleh bersamanya sehinggalah kamu merasai kenikmatan berjimak dengannya dan dia merasai kelazatan jimak bersama kamu. Aisyah menyambung lagi: Ketika itu Abu Bakar bersama baginda dan Khalid berada di pintu menunggu keizinan untuk masuk, lalu Khalid memanggil Abu Bakar dan bertanya: Wahai Abu Bakar! Adakah kamu dengar apa yang dia nyatakan kepada Rasulullah s.a.w..

JANGAN MINTA PERHIASAN DARI SUAMI

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. pernah memberikan pilihan kepada kami dan kami tidak menganggap itu sebagai talak.

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w. menjauhi isteri-isteri baginda, aku masuk ke dalam masjid. Aku melihat orang ramai menghentak-hentakkan kaki ke tanah sambil berkata: Rasulullah s.a.w. telah menceraikan isteri-isterinya. Itu terjadi sebelum isteri-isteri Nabi diperintah supaya memakai hijab. Umar berkata: Aku yakin ada kejadian penting pada hari itu. Aku terus menemui Aisyah r.a dan bertanya: Wahai puteri Abu Bakar! Apakah perbuatan yang telah kamu lakukan sehingga menyakiti Rasulullah s.a.w.? Aisyah r.a menjawab: Apa urusanmu denganku, wahai putera al-Khattab¿ Kamu nasihatilah sahaja puterimu sendiri. Aku segera menemui Hafsah r.a dan aku berkata kepadanya: Wahai Hafsah! Apakah perbuatan yang telah kamu lakukan sehingga menyakiti Rasulullah s.a.w.? Demi Allah, aku tahu bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak menyukaimu. Seandainya tidak ada aku, pasti Rasulullah s.a.w. telah menceraikan kamu. Mendengar ucapan itu lalu Hafshah menangis tersedu-sedu. Aku bertanyakan kepadanya: Di mana Rasulullah s.a.w. berada¿ Dia menjawab: Di tempat pengasingannya. Aku terus menuju ke sana. Di situ aku bertemu dengan Rabah pelayan Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk berhampiran dengan pintu sambil melunjurkan kedua kakinya pada sekeping papan. Untuk menemui Rasulullah s.a.w. mesti melalui tangga. Dari jauh aku memanggil Rabah: Wahai Rabah! Izinkan aku untuk menemui Rasulullah s.a.w.. Rabah memandang ke arah kamar Rasulullah s.a.w. lalu beralih pula memandang aku tanpa berkata apa-apa. Aku mendekatinya dan berkata: Wahai Rabah! Izinkan aku untuk menemui Rasulullah s.a.w.. Sekali lagi Rabah hanya diam sambil matanya memandang ke arah kamar Rasulullah s.a.w. kemudian beralih memandangku tanpa berkata apa-apa. Kemudian dengan suara yang agak kuat aku berkata kepadanya: Wahai Rabah! Izinkan aku untuk menemui Rasulullah. Katakan kepada Rasulullah, bahawa kedatanganku adalah untuk membicarakan tentang Hafshah. Demi Allah! Jika baginda memerintahkan aku supaya memukul tengkuknya akan aku laksanakan perintah baginda itu. Akhirnya Rabah memberikan isyarat kepadaku supaya menaiki tangga. Aku segera masuk menemui Rasulullah s.a.w. aku melihat baginda sedang berbaring di atas sebidang tikar. Lalu aku duduk berhampiran dengan baginda. Aku lihat baginda menurunkan kain yang satu-satunya digunanya oleh baginda. Ketika itu aku melihat kesan tikar pada pinggang baginda. Kemudian aku layangkan pandanganku ke sekitar kamar. Tidak banyak barang yang ada di situ kecuali hanya segantang biji gandum terletak di sudut kamar, sebidang kulit iaitu belulang binatang yang belum sempurna disamak dan beberapa barang lain yang tidak berharga sehinggalah aku menitiskan air mata. Melihat keadaan itu Rasulullah bertanya: Kenapa kamu menangis, wahai putera al-Khattab¿ Dengan suara tersedu-sedu aku menjawab: Wahai Nabi Allah! Bagaimana aku tidak menangis melihat keadaan kamu yang sangat menyedihkan ini dan tikar yang memberi kesan padamu¿ Jauh sekali dengan apa yang dinikmati oleh Kaisar dan Raja-raja di sana, sedangkan kamu wahai Rasulullah s.a.w. hanya memiliki ini. Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai putera al-Khattab! Mahukah kamu sekiranya akhirat menjadi bahagian kita dan dunia menjadi bahagian mereka? Aku menjawab: Sudah tentu aku mahu. Setelah melihat wajah Rasulullah s.a.w. sudah mulai kelihatan berseri-seri tidak seperti waktu pertama kali aku masuk, aku memberanikan diri untuk bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah yang memberatkan kamu tentang wanita-wanita iaitu isteri-isteri¿ Jika kamu ceraikan isteri-isteri kamu sekalipun maka Allah serta seluruh Malaikat-Nya, Jibril, Mikail, aku, Abu Bakar dan seluruh orang mukmin akan tetap bersama kamu. Aku berharap mudah-mudahan perkataanku itu dibenarkan oleh Allah. Kemudian turunlah ayat takhyir yang menyuruh untuk memilih: (Ayat 28 surah al-Ahzab)

Yang bermaksud: Jikalau Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu. Jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah pelindungnya dan begitu pula Jibril dan orang-orang mukmin yang baik serta selain dari itu Malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Pada saat itu Aisyah binti Abu Bakar dan Hafshah memang bersepakat untuk mempengaruhi isteri Nabi s.a.w. yang lain. Aku berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah! Adakah kamu akan menceraikan mereka¿ Baginda menjawab: Tidak! Kemudian aku jelaskan kepada baginda, bahawa sewaktu aku sedang berada di masjid, aku melihat orang ramai masih lagi menghentakkan kaki ke tanah sambil berkata: Rasulullah s.a.w. telah menceraikan isteri-isterinya. Kemudian aku berkata kepada baginda: Adakah perlu aku memberitahu mereka bahawa sebenarnya kamu tidak menceraikan isteri-isteri kamu¿ Baginda bersabda: Baiklah, jika kamu mahu. Lalu aku berbicara dengan baginda tentang berbagai perkara, akhirnya aku lihat baginda benar-benar reda dari kemarahannya. Bahkan baginda sudah mampu tersenyum dan tertawa. Kemudian kami sama-sama turun dari kamar melalui tangga. Aku berhati-hati semasa menuruni tangga itu, tidak seperti Rasulullah yang kelihatan seperti berjalan di atas tanah dan tangannya tidak berpegang pada apa-apapun. Sebaik saja sampai di bawah. Aku berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungghnya kamu berada di dalam kamar itu selama dua puluh sembilan hari. Baginda bersabda: Sesungguhnya satu bulan itu memang ada dua puluh sembilan hari. Aku terus menuju ke masjid dan berdiri di pintunya dan dengan suara yang kuat aku melaungkan: Rasulullah s.a.w. tidak menceraikan isteri-isteri baginda. Kemudian turunlah ayat:

Yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya (kepada musuh); padahal jikalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jikalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu. (Surah an-Nisa’ ayat 83)

Poligami.

Berpoligami ini bukannya wajib dan bukannya sunat tetapi dibolehkan oleh Islam. Ia merupakan anugerah Allah dan rahmat-Nya kepada manusia. Orang lelaki boleh beristeri tidak melebihi empat orang dalam satu masa yang sama dengan syarat sanggup berbuat adil terhadap isteri-isteri mereka sama ada dalam urusan makan, tempat tinggal, pakaian dan segala yang bersifat kebendaan tanpa membezakan antara isteri yang kaya, cantik, cerdik, muda dengan yang miskin, kurang cantik, kurang bijak dan tua, juga antara isteri yang berasal daripada keturunan yang tinggi dengan yang bawah. Apabila suami khuatir tidak dapat berlaku adil dan tidak dapat memenuhi hak-hak mereka semua, maka jangan berpoligami.

Sebagaimana yang telah maklum Islam bukanlah agama ibadat semata-mata tetapi kesempurnaannya mencakupi seluruh aspek kehidupan masyarakat atau mengatur sistem masyarakat, maka sebab itu Allah mengatur peraturannya sesuai dengan fitrah naluri manusia dan sesuai juga dengan keadaan masyarakat yang sebenarnya. Seandainya undang-undang itu tidak sesuai dengan jiwa orang ramai maka sudah pasti peraturan itu menjadi sia-sia dan akan dilanggar oleh manusia, dan jadilah peraturan tersebut sesuatu yang tiada nilai.

Islam sebagai agama kemanusiaan yang luhur mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin untuk melaksanakan pembangunan tersebut dan menyampaikannya kepada seluruh manusia. Untuk menyempurnakan tugas ini maka diperlukan negara yang kuat yang mempunyai peralatannya seperti tentera, ilmu pengetahuan, teknik pertanian, perdagangan dan lain-lainnya yang sekira-kira dihargai oleh negara lain. Semuanya ini tidak mungkin dilaksanakan jikalau ahli penduduknya tidak ramai, dan jalan untuk mencapai jumlah yang besar ini hanyalah dengan adanya realiti perkahwinan yang masih muda, mudah dan dilakukan poligami.

Negara-negara dewasa ini benar-benar telah menyedari hakikat nilai jumlah penduduk yang besar, pengaruhnya terhadap industri dan perang serta pemesatan pembangunan. Oleh itu untuk menambahkan jumlah penduduk maka perkahwinan adalah digalakkan. Bagi yang memperolehi anak yang ramai hendaklah diberi imbalan dan sanjungan.

Seorang penyelidik bangsa Jerman telah membahas dengan panjang lebar dan praktik tentang suburnya keturunan di kalangan masyarakat Islam yang menurutnya dipandang sebagai salah satu unsur daripada kekuatan masyarakat Islam. Mengikut penyelidikannya;

 Kekuatan Islam sebagai suatu agama, baik dari segi iktiqad, aqidah, pedoman hidup yang baik, persaudaraan antara bangsa, warna kulit dan kebudayaan.

 Memiliki sumber-sumber kekayaan alam yang besar di dunia gambaran tentang sumber-sumber kekayaan alam yang besar ini dapat membentuk kesatuan ekonomi yang sihat, kuat dan mencukupi dirinya sendiri tanpa apa-apa bantuan negara-negara lain iaitu apabila sesama Islam seluruh dunia mengadakan wahdatul-fikri serta bekerjasama antara satu sama lain.

 Suburnya keturunan orang-orang Islam berpunca dengan praktiknya hukum-hukum poligami mengikut yang semestinya.

Apabila kesemua faktor kekuatan tersebut menjadi satu, iaitu kaum muslimin bersaudara dalam satu aqidah yang hakiki serta kekayaan sumber alam yang besar itu boleh menolong memperteguhkan kesatuan ummat Islam maka orang kaum musliminlah yang akan menjadi tuan di muka bumi ini insya-Allah.

Apa yang kita mengharapkan bahawa hukum poligami ini hendaklah ia jangan dipandang rendah dan dipersenda-sendakan kerana melaluinyalah merupakan suatu sebab serta usaha bagi membangunkan ummah.

Keinginan berkahwin tambahan.

Lelaki mana pun mempunyai syahwat anugerahan Allah itu pasti akan tergiur melihat perempuan. Untuk menyalurkan syahwatnya itu Islam membenarkan ia berkahwin dari satu sehinggalah empat di samping mengurniakan akal fikiran, sebab syahwat itu adalah gelora atau gejala seks sahaja sedangkan fikiranlah yang akan mentadbirkan segala-galanya. Sekiranya akal merasai tidak akan berlaku adil maka lebih baik berkahwin satu sahaja, supaya aman kedudukannya. Jika syahwatnya masih bergelora pada masa lain akal boleh buat pertimbangannya semula kerana pintu perkahwinan tidak tertutup, masih terbuka asalkan mengikut syarat-syaratnya. Jika perlu dan keadilan boleh dijaga silalah sampai empat. Inilah Islam yang kita anuti dan marilah kita sama-sama bersyukur kehadrat Allah kerana kita berada di dalam agama yang diredhainya.

Seandainya perkahwinan dihadkan hanya satu sahaja maka dua implikasi akan timbul:

Pertama: Penyakit dalam jiwa yang berbekas kepada kehidupan.

Kedua: Perlanggaran yang hebat sebagaimana yang terjadi di nengeri-negeri barat sekarang ini iaitu perzinaan terjadi merata-rata, anak lahir tanpa bapa merata ceruk tanpa pengawasan dan sebagainya.

Memang diakui sebelum Nabi Isa a.s. diangkat oleh Allah ke langit beliau ada berpesan supaya ummatnya berhati-hati menjaga diri agar jangan terjatuh kelembah perzinaan, malah jikalau mata sendiri berzina, maka koreklah mata, kerana cara itu lebih baik daripada kamu menderita dosa zina. Tetapi perintah itu disambung lagi dengan mengatakan; ”..bahawa selepas aku ini ada lagi Nabi akhir zaman yang akan menyempurnakan syariat aku iaitu Nabi Muhammad s.a.w..”

Di dalam dunia Kristian barat tentangan jiwa yang amat hebat dan dahsyat kepada ajaran Kristiannya sendiri berhubung dengan persetubuhan, sehingga zina yang amat dibenci oleh Nabi Isa a.s. itu, dan juga dengan didikan ibu bapa mereka sejak kecil lagi menentang persetubuhan ini sekarang sudah bertukar menjadikan zina itu suatu perkara biasa seperti meminum segelas air sahaja, tetapi yang menghairankan cacian mereka kepada Islam yang mengharuskan poligami diteruskan juga tanpa memikirkan masyarakatnya sudah terlepas daripada pimpinan agamanya sendiri.

Natijah yang berkesan dari keadaan tersebutlah membolehkan beristeri lebih daripada satu dan sehinggalah sampai kepada empat orang, mudah-mudahan terlepaslah dari tekanan jiwa yang selalu diperbincangkan oleh pakar-pakar jiwa

Anda Sekalian!

Di dalam masyarakat mana sekalipun akan berkemungkinan terjadi tiga perkara seperti berikut:

1. Lelaki lebih ramai daripada perempuan.

2. Perempuan lebih ramai daripada lelaki.

3. Lelaki sama ramai dengan perempuan.

Sekiranya berlaku lelaki lebih ramai di dalam masyarakat ini alamat teruklah di dunia ini kerana kehausan kaum lelaki terhadap seks itu lebih daripada perempuan. Syukurlah kita kepada Allah kerana belum terjadi lagi keadaan seperti itu dan tidak perlulah difikir-fikirkan keadaan tersebut.

Yang jelas dan dalam realiti telah terbukti di seluruh dunia, bahawa perempuan lebih ramai daripada lelaki, ini disebabkan dari berbagai-bagai punca berlaku kepada kaum lelaki, baik risiko kecederaan disebabkan pekerjaan, peperangan, kemalangan dan sebagainya. Oleh sebab itu ahli-ahli jiwa telah sependapat membuat kesimpulan bahawa persetubuhan itu adalah suatu perkara yang tidak boleh dielakkan, sama seperti keperluan-keperluan lain juga.

Wanita lebih ramai

Sekiranya berlaku perempuan lebih ramai daripada kaum lelaki maka bagaimanakah penyelesaian yang dapat dilakukan bagi mengatasi kehausan seks kaum perempuan itu. Jalan-jalan yang akan dilalui oleh mereka adalah seperti berikut:

 Perempuan yang lebih itu dibiarkan begitu sahaja tanpa menikmati kepuasan seks yang dicipta oleh Allah sejak zaman berzaman lagi.

 Lelaki diberi kebebasan menyimpan perempuan lain selain daripada isterinya yang sah seperti yang dilakukan oleh orang-orang Eropah yang mereka gelarkan “mistress”. Jikalau beranak, boleh dibunuh atau diserahkan kepada rumah-rumah kebajikan sahaja.

 Dibolehkan lelaki menambahkan isterinya daripada satu kepada dua, tiga atau empat mengikut kemampuan masing-masing dengan cara semua isterinya mendapat hak yang sama serta beranak pinak hasil dari hubungan secara sah.

Cubalah sama-sama kita membuat pertimbangan secara jujur tanpa melahirkan perasaan sentimen dan imosional, baik lelaki maupun perempuan di samping menambahkan satu lagi f1kiran; ditakdirkan akulah manusia yang termasuk menerima nasib malang tanpa suami seperti itu, apakah perasaan aku pada ketika itu?.

Akhir sekali jikalau lelaki sama ramainya dengan perempuan, maka tidak akan timbul apa-apa masalah, ambil seorang satu tutup cerita.

Kajian Dari Segi Logik

Jikalau dibiarkan perempuan tanpa diberi apa-apa kepuasan seks maka cara ini telahpun dipraktik oleh orang-orang Kristian Katholik, dan bertanyalah mereka apakah natijah yang sebenar di seballik keadaan tersebut kerana merekalah yang lebih arif dalam perlaksanaan sistem tersebut.

Mengikut apa yang diketahui, masyarakat umumnya telah memberi fatwa cara-cara tersebut adalah tidak tepat dan zalim kerana perempuan juga adalah manusia bukannya malaikat. Ditakdirkan juga kamu menjadi perempuan adakah kamu bersetuju dibiarkan begitu? Telah dibuktikan perempuan-perempuan yang tak ingin bersuami hanya seorang sahaja dalam sepuluh ribu orang, adapun yang lainnya adalah haus akan persetubuhan belaka.

Jikalau diikuti cara membenarkan perempuan itu menjadi simpanan lelaki maka cara tersebut adalah bercanggah dengan fitrah naluri manusia itu sendiri, kerana setiap anak yang lahir ke dunia ini semuanya ingin kenal bapanya dan ingin tahu usul asal nasabnya, kehidupan yang seperti ini dirasakan seperti kehidupa haiwan.

Plato pernah mengemukakan teori republiknya membuat ramalan berkemungkinan cara ini boleh dipraktik di dalam negaranya tetapi teori itu hanya tinggal di atas kertas sahaja tiada siapa yang mahu mempraktikkannya, bahkan negara-negara yang dipaksa hidup cara begini pun masing-masing mengeluh, mereka menerima keadaan itu atas dasar kerana terdesak semata-mata. Berlaku hal-hal paksaan seperti ini di negara Eropah dan Amerika.

Di dalam kajian terhadap wanita-wanita yang normal akalnya diseluruh dunia didapati mereka mengeluh dan amat membimbangkan tentang nasib wanita yang tidak dibela. Mereka tidak bersetuju menjadi perempuan-perempuan simpanan, mereka telah melahirkan teori, iaitu di suatu masa nanti wanita-wanita yang tak bersuami sedangkan mereka layak bersuami akan berdemonstrasi menuntut supaya mereka diperjodohkan, dan akan meminta supaya wanita-wanita yang mempunyai suami itu membenarkan beristeri lain lagi.

Apabila difikir secara logik dan cara yang sesuai dengan tabiat semula jadi manusia maka jelaslah cara Islam yang paling sesuai dan konkrit diamalkan. Melalui kertas ini kita menganjurkan supaya sama-sama mempraktik tuntutan ini. Mulai sekarang kita tidak ingin mendengar lagi ada orang-orang Islam sendiri yang menentang zat poligami ini. Kerana sesiapa yang menentang zat poligami ini dengan ikhlas serta mengetahui bahawa hukum-hukumnya telah ditetapkan oleh Islam maka terbatallah Islamnya.

Giliran Kepada Isteri-Isteri

Bagi lelaki yang beristeri lebih daripada satu, maka wajiblah baginya melakukan giliran yang adil kepada semua isteri-isterinya termasuk di waktu isterinya sedang uzur disebabkan kedatangan haid, nifas, sakit dan sebagainya. Yang dikehendaki dengan adil ialah menyamakan masa bermalam atau hadir ke rumah-rumah isterinya. Adapun tentang melaksanakan tugas istimta’ (bergurau senda) atau kasih sayang dan persetubuhan dengan isteri-isterinya tidak termasuk dalam perkara yang wajib disamakan

Perlaksanaan keadilan ini hendaklah dilakukan kepada isteri-isteri yang taat kepada suami sahaja. Sekiranya isteri menderhaka maka haruslah bagi suami tidak mengadili giliran kepada isteri yang derhaka itu, walau bagaimana pun sekiranya si suami melakukan giliran sama seperti isteri-isteri yang lain pun ia mendapat sunat.

Suami tidak dibenarkan menghimpun isteri-isterinya dalam satu rumah kecuali setelah mendapat persetujuan bersama antara isteri-isterinya atau atas sebab-sebab musyaqah (darurat) yang tidak dapat dielakkan.

Giliran boleh ditetapkan sama ada pada waktu siang atau waktu malam bergantung kepada keadaan, masa dan pekerjaan seseorang. Sekiranya ada di antara isteri-isterinya yang mengalami keadaan darurat seperti sakit, sebab-sebab keselamatan, kawasan rumah tidak terjamin daripada gangguan perompak, kebakaran dan sebagainya maka perkara tersebut dikira sebagai darurat, oleh itu si suami bolehlah bermalam atau membuat giliran khas bagi tujuan tersebut di mana-mana rumah isterinya yang mengalami keadaan darurat itu tanpa membuat ganti (Qadha) pada malam-malam lain.

Suami harus membuat lawatan mengejut ke rumah isteri-isteri yang bukan dalam gilirannya dengan tujuan-tujuan khas seperti mengambil barang, menyimpan barang atau yang seumpamanya dengan syarat si suami tidak boleh tinggal lama di rumah tersebut. Diharam melakukan persetubuhan di waktu kedatangan tersebut tetapi ia dibolehkan sekadar istimta’ (bercumbuan zahir) sahaja. Sekiranya suami berada lama di rumah tersebut ia hendaklah mengganti di hari-hari yang lain untuk tuan punya giliran itu. Semua syarat-syarat ini terbatal sekiranya mendapat keizinan daripa isteri tuan punya giliran tersebut.

Kedatangan suami ke rumah isteri yang bukan dalam gilirannya tanpa sebab-sebab yang diharuskan atau sebab-sebab yang munasabah adalah diharamkan sama sekali kecuali mendapat kebenaran daripada tuan punya giliran.

Sebaik-baik giliran ialah satu malam atau satu hari bagi seorang isterinya. Diharamkan membuat giliran lebih dari tiga hari atau tiga malam bagi seseorang isterinya melainkan mendapat persetujuan hasil daripada perbincangan bersama, atau kerana sebab-sebab berjauhan.

Suami tidak dibenarkan mengosong tanpa bermalam di mana-mana rumah isterinya kecuali ada perkara-perkara darurat.

Bagi seseorang suami yang baru berkahwin tambahan, maka sekiranya isteri yang baru itu dara maka dibenarkan pada peringkat permulaan kahwin itu si suami membuat giliran selama tujuh malam berturut-turut, dan sekiranya isteri itu janda dibenarkan tiga malam berturut-turut tanpa diganti pada malam-malam lain bagi isteri-isteri yang lainnya.

Giliran Dalam Masa Musafir

Mana-mana isteri yang bermusafir atau meninggal rumah walaupun musafirnya itu dipersetujui atau disuruh oleh suaminya atas sesuatu hajat yang tertentu maka giliran untuk isteri yang musafir itu gugur tanpa dibuat gantian selepasnya.

Bagi suami yang hendak berpindah jauh sama ada pindah tempat duduk atau kerana bekerja tetap dan lain-lainnya adalah tidak dibenarkan oleh Islam membawa bersama-samanya sebahagian daripada isterinya dan meninggalkan sebahagian yang lain. Suami boleh memilih jalan-jalan seperti berikut:

 Meninggalkan semua isteri-isterinya.

 Pindahkan semua isteri-isterinya.

 Ceraikan semua isteri-isterinya.

 Pindahkan separuh yang mana ia kehendaki dan yang bakinya diceraikan.

Seseorang suami yang bermusafir yang musafirnya itu diharuskan oleh Islam seperti menunaikan Haji, menjalankan urusan perniagaan atau melancung mencari pandangan dan beristirehat, harus membawa salah seorang isterinya dengan cara mengundi.

Apabila sampai ke tempat urusan maka ditakdirkan si suami tidur bersaama-sama isteri yang dibawa itu, maka si suami hendaklah membuat gantian kepada isteri-isteri yang ditinggalkan apabila ia pulang nanti, tetapi jikalau si suami tidak bersekedudukan apabila sampa ke destenasi maka tidaklah perlu diganti. Di dalam masa perjalanan pergi dan balik semasa bermusafir tidak termasuk dalam kiraan giliran, suami tidak payah menggantikan untuk hari-hari atau malam-malam perjalanan tersebut.

Seseorang suami harus melakukan giliran yang lebih kepada mana-mana isterinya, atau langsung tidak membuat giliran kepada isterinya yang tidak berkehendakkan giliran atau yang tidak perlu kepada sek dengan syarat si suami mendapat keredhaan dari[ada isteri tuan punya giliran itu. Kepada isteri-isteri yang suka bertolak ansur membenarkan gilirannya kepada isteri lain ia akan mendapat ganjaran pahala yang berasingan oleh Allah swt Insyaallah.

Nasihat Untuk Wanita

Kepada seluruh Muslimat hendaklah mengambil kira perkara-perkara seperti:

- Ditakdirkan ia bersuamikan seorang suami yang mampu beristeri lebih dari satu, tunjukkanlah sifat yang baik dan positif terhadap kemampuan suaminya itu.

- Ditakdirkan aku belum bersuami aku juga perlu seorang suami, pada masa itu tentu aku juga bersetuju jikalau ada wanita yang membenarkan suaminya mengahwini diriku.

Seandainya hujah ini tidak dapat diterima oleh kaum wanita cubalah datangkan suatu hujah baru yang membenarkan hujah mereka.

Menurut penyelidikan di negeri-negeri barat sesudah perang dunia kedua terutama di Jerman, fikiran kaum wanita yang umumnya terpelajar sudah jauh lebih maju, mereka merelakan diri dimadu berdasarkan unsur-unsur bahawa wanita lebih ramai daripada kaum lelaki. Setelah dimadukan didapati mereka hidup aman damai, sama-sama mendidik anak, menjaga kerukunan rumah tangga dan sebagainya.

Suatu hal yang tidak dapat dinafikan iaitu memang terdapat kepada kaum lelaki suatu sifat yang jikalau tidak dibenarkan mereka berkahwin tambahan, sedangkan ia mahu dan mampu, dilakukannya juga secara senyap-senyap. Oleh itu kita sebagai seorang muslimah yang salihah tentu lebih baik merelakan diri agar suami kita perkahwinan tambahan secara ikhlas, mudah-mudahan kita akan memperolehi pahala yang melimpah ruah daripada Allah swt

Kaum Lelaki mengambil kesempatan

Memang tidak boleh dinafikan ada juga kaum lelaki yang mencari kesempatan dan menyalahgunakan hukum poligami ini dengan berkahwin hanya untuk mencari keseronokan semata-mata, apabila rasa jemu ceraikan sahaja kemudian cari yang lain pula. Lelaki seperti ini kita peringatkan dengan ayat al-Quran seperti berikut:

Kefahaman ayat: Dan jikalau orang yang di bawah jagaan kamu itu wanita, sedangkan kamu ingin berkahwin dengannya, tetapi kamu bimbang tidak dapat membayar maskahwin yang munasabah dengannya, maka hendaklah kamu jangan berkahwin dengannya, dan jikalau kamu hendak berkahwin juga dengannya, tetapi bimbang tidak dapat melakukan adil terhadap wanita yatim yang kamu kahwin itu, maka berkahwinlah dengan orang lain, carilah mana-mana wanita yang kamu berkenan selain daripada wanita yatim itu, kerana wanita lain pun masih ramai lagi, kahawinlah; sama ada dua, tiga atau empat orang. Sebaliknya jikalau kamu bimbang tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu itu, maka hendaklah kamu berkahwin dengan seorang wanita sahaja, atau pakailah hamba sahaya yang tidak mempunyai hak terhadap suami seperti yang dimiliki oleh wanita biasa. Yang demikian itu cukup memada, bahkan lebih hampir untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman atau penyelewengan. (Ayat 3 an-Nisa’)

Selain daripada ayat-ayat yang memerintahkan berkahwin satu bagi mereka yang bimbang tidak berlaku adil maka ayat 21 Surah ar-Rum

Yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.

Di dalam menentukan ketenangan hidup berumah tangga kita hendaklah membuat analisa sendiri. Andainya ketenangan tidak dapat dirasai oleh kerana terlalu sibuk menyelesaikan urusan-urusan isteri yang ramai. Masing-masing membuat tuntutan dengan cara yang tersendiri, meminta supaya ia dikasihi, dilayani dan diperhatikan, meminta disamakan giliran walaupun telah disamakan, hari-hari diganggu dengan berbagai-bagai tuntutan, ditambah pula jikalau dianugerahkan pula anak pinak yang ramai menyebabkan bertambah risau keadan ayah, anak-anak yang berlainan ibu itu pula asyik bermusuh musuhan antara satu sama lain maka kahwin satu sahaja lebih baik kepada mereka seperti ini.

Kajian telah dibuat kepada manusia yang berkahwin lebih daripada satu, didapati hanya sedikit sahaja yang berkahwin ramai itu memperolehi ketenangan dalam kehidupan seharian mereka, bahkan didapati mereka ini berada dalam kemelaratan dan kesusahan kerana selain daripada angkara yang dilakukan oleh para isteri, didapati juga untuk menyelenggara dan mengasuh anak-anak agar menjadi anak yang terpelajar dan berguna amat sukar.

Kebanyakan orang yang telah berpoligami masing-masing merungut dan menasihati kepada mana-mana individu yang belum berpoligami agar memikir secara mendalam dari berbagai-bagai sudut sebelum meneroka alam poligami ini, kerana apabila sahaja ia terjebak dengan beristeri ramai walaupun mengalami getir hidup mereka lalui juga kerana untuk menceraikan isteri dirasakan sayang. Janganlah jadikan wanita-wanita itu sebagai bahan kajian atau cubaan kerana dengan cara kamu berkahwin dan kamu menceraikannya bererti menambahkan lagi janda-janda ke dalam masyarakat.

Wanita juga mempunyai hak, mereka mempunyai perasaan dan tuntutan-tuntutan sama seperti orang lelaki juga. Kasihanilah mereka sama seperti kamu mengasihani diri kamu sendiri, sekiranya beristeri satu merupakan jalan bagi memungkinkan kamu terhindar daripada kesusahan tanggungan yang berat maka kahwinlah satu sahaja.

Kesimpulan di dalam mencari ketenangan adalah:

 Supaya kamu jangan terlalu berat menanggung beban keluarga yang besar maka kahwinlah satu sahaja.

 Supaya jangan kamu terlalu berat sebelah di antara isteri-isteri kamu maka kahwinlah satu sahaja.

 Supaya menghilangkan kesibukan yang bertompok-tompok, pekerjaan harian yang tidak dapat diselesaikan, sibuk ke sana ke mari mengejar nafkah untuk perbelanjaan hidup, menjadi lemah tenaga kerana banyak tanggungan, dan terlalu sukar mengawasi keluarga apabila jadi besar maka kahwinlah satu sahaja.

Penutup Bab Poligami

Bagi menutup perbincangan ini marilah kita membuat kesimpulan. Terdapat dua jalan terbentang di hadapan kita, jalan kahwin satu dan jalan kahwin ramai.

Bagi orang yang berpendapat berpoligami menyebabkan ia tidak boleh menjamin ketenangan jiwa menghadapi rumah tangga, ia juga mestilah berfikir bahawa membiarkan masyarakat wanita terjerumus ke lembah zina atau membiarkan wanita tanpa pengawas adalah salah. Menolong memperjodohkan wanita adalah wajib, tepuk dada tanyalah iman! Yang paling penting ialah jangan sekali-kali hidup berseorangan tanpa berkahwin sedangkan anda mampu berbuat demikian.

Menjaga Aurat

Islam telah menetapkan hukum kepada lelaki yang beriman agar menjaga matanya jangan liar memandang perempuan yang ajnabi (asing) dan melarang melihat bentuk badan yang menggiurkan syahawat dan ia hendaklah memelihara juga kemaluannya atau tenaga kelakiannya supaya jangan digunakan kecuali kepada yang diharuskan oleh islam, seseorang yang tidak kendalikan matanya, menyebabkan perangsang kepada syahwatnya dan jikalau syahwatnya menguasai diri seseorang itu maka kelamin pun menuntut kepuasannya dan akhirnya jatuh kepada zina(jika tidak kahwin). Biasanya kejahatan zina ini apabila dilakukan pertama kali sebagai percubaan maka akan diikuti pula pada hari-hari yang kemudiannya yang pada akhirnya berkemungkinan terjerumus ke lembah penzina yang aktif.

Kepada seluruh wanita dilarang memandang kaum lelaki yang asing dan yang baligh, ia hendaklah menjaga kemaluannya daripada digunakan kepada yang tidak sepatutnya. Perhiasan badannya tidak diizinkan oleh Islam mendedahkannya. Hendaklah ditudung kepalanya dengan penutup sehingga ke dadanya, kakinya juga tidak boleh ditunjukkan. Hanya muka dan tangan sahaja yang dibenarkan membukanya.

Seseorang wanita yang membuka auratnya, selain daripada menzalimi dirinya dan berdosa. Dia akan memperolehi dosa-dosa tambahan lagi, kerana perbuatan membuka aurat itu menyebabkan orang menarik minat melakukan dosa disebabkannya, dan ia bolehlah dianggap sebagai pembawa riak dan pembawa lalai kepada orang lain.

Wanita tidak dibolehkan keluar dari rumah tanpa kebenaran suaminya, semasa ia keluar berseorangan dilarang memakai pakaian yang cerah yang boleh memberangsang atau membuahkan perasaan berahi orang ramai apabila melihat kepadanya, demikian juga bau-bauan tidak diharuskan memakainya kecuali di dalam rumahnya dan untuk mengenakkan suaminya sahaja. Pakaian wanita Islam apabila keluar dari rumah mestilah jenis yang besar (lega) yang boleh menjemukan orang lelaki ajnabi apabila memandang kepadanya.

Selain daripada menunaikan tuntutan Islam mengenai aurat ini maka kaum muslimat boleh menolong membangun masyarakat Islam supaya jadi bersih secara psikologi yang jikalau tidak diawasi keburukan dan kekotoran, maka dalam masyarakat akan terus berlaku dan amat sukar untuk dihapuskan atau diselesaikan. Marilah kita kembali kepada norma-norma Islam tentang bagaimana harus mengajar dan mendidik anak-anak perempuan dan membesarkannya dengan sifat-sifat taqwa, tahu rasa malu, pandai menghormati orang lain dan pandai mengelak supaya orang lain tidak melakukan dosa berpunca daripada kelakuan buruknya.

Usaha Mencari Ketenangan

Sebagai usaha untuk mendapatkan ketenangan di dalam sesebuah rumah-tangga. Si suami hendaklah sedar dan bertindak sebagai suis besar bagi seluruh alat-alat jentera rumah tangganya manakala isteri dan anak-anaknya pula sebagai komponen kecil. Seseorang yang sanggup beristeri ia pasti kenal tanggungjawab dan tuntutan perkahwinan. Seandainya tugas ini dilaksanakan maka si suami akan memperolehi dua kenikmatan, di dunia ia boleh mencapai kenikmatan hidup dalam rumah tangga dan di akhirat pula mendapat keredhaan Allah swt Insyaallah.

Matlamat jelas yang pasti dicapai oleh para suami ialah ketenangan, kebahagiaan, keamanan dan kasih mesra antara suami isteri serta anak-anaknya. Formula bagi terlaksana cita-cita ini telah banyak diketengahkan, dan kejayaan telah banyak dicapai. Anda dinasihatkan supaya mengamalkannya di samping berusaha mencipta teknik dan tektik baru jikalau ada, yang penting hendaklah mengikut Rabbaani bagi menentukan dasarnya. Di antara langkah-langkah panduan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan diikuti oleh generasi mukmin yang pertama dulu ialah:-

 Isteri hendaklah menolong suami dengan memimpin keluarga ke arah keejehteraan dan keselamatan.

 Isteri hendaklah hirmat dan taat kepada suami dalam batas-batas agama dengan ikhlas dan jujur

 Isteri mestilah sentiasa manis muka ketika bercakap atau berahadapan dengan suami

 Isteri mestilah menghargai pemberian suami walaupun sedikit nilainya

 Isteri hedndkalah berjimat dalam mengendalikan kewangan rumahtangga

 Isteri mestilah sentiasa berada dalam kesabaran dan tenang. Oleh itu ia berusaha agar jangan menyusahkan suaminya.

 Isteri hendaklah memeloihara diri serta menjaga kehormatan diri dan menjaga harta benda suami ketika suami tiada dirumah.

 Isteri hendaklah memlihara dan amendidik anak-anak sebagai amanah Allah dan nikmat-Nya yang tidak aternilai.

 Suami/Isteri tidak boleh melahirkan sifat cemburu yang melampau, kerana sifat tersebut boleh mengeruhkan suasana rumahtangga mereka atau melibatkan sakit jiwa.

 Walaupun dalam keadaan dan suasana apa sekali pun si suami hendaklah melayakkan diri dan berusaha memusatkan pandangan dan perhatian seluruh ahli komponen rumah tangganya kepada dirinya, oleh itu isteri jangan sesekali melakukan sesuatu yang dikira menyinggung perasaan suami kecuali mendapat izin atau telah ada mandat daripada suami, biasakan dengan kata-kata; Tanyalah suami saya, dengan tujuan semua hal dipusatkan kepada suami sebagai ketua dalam rumah tangga. Segala kecacatan atau kegelisahan jikalau ada selepas itu senanglah bagi si suami bertanggungjawab dan menangani.

 Si suami yang satusnya sebagai orang yang terbesar di dalam rumah tangga, jangan cepat bertindak tanpa membuat rundingan terlebih dahulu dengan ahli komponen rumahnya. Di dalam apa-apa rundingan, si suami hendaklah jadikan dirinya sebagai pengerusi, oleh itu jangan cuba mempengaruhi sesuatu keputusan melalui perasaan yang ada di sebalik hatinya, semoga rundingan itu mencapai matlamat yang dikehendaki.

 Suami jangan sekali-kali berdusta atau boleh ditafsirkan oleh ahli komponen sebagai berdusta, kerana hal ini akan menyebabkan kewibawaan suami sebagai pentadbir rumah tangga itu akan pudar dan luntur yang menyebabkan kata-kata suami tidak dihormati dan ditaati oleh keluarganya.

 Suami jangan sekali-kali cepat menghukum. Sesuatu hukuman yang diputuskan hendaklah melalui proses penyiasatan yang rapi dan mempunyai hujah Qat’ie yang tidak boleh dipertikaikan lagi, segala hukuman itu hendaklah si suami bertanggungjawab sepenuhnya sehingga keakhirnya. Perkataan meminta maaf di sebalik hukumannya jangan selalu digunakan kerana dengan cara itu menjatuhkan kewibawaannya sebagai seorang suami atau hakim dalam rumah tangga, dan teknik seperti itu bukannya sifat sebagai seorang mukmin, iaitu mudah menuduh tanpa bukti atau buruk sangka.

 Jangan membenarkan orang lain mencampuri urusan rumah tangganya termasuk ibu bapanya kecuali menghadapi jalan buntu yang terpaksa diminta flkiran daripada orang-orang yang berpengalaman atau orang-orang alim.

 Jangan sakali-kali membiarkan orang luar mengetahui perselisihan di antara ahli komponen. Perselisihan di antara suami isteri jangan lakukan berhadapan dengan anak-anak, demikian juga apabila hendak memberi apa-apa nasihat kepada isteri, kecuali nasihat umum hendaklah dilakukan tanpa berdepan dengan anak-anak. Apabila si bapa menasihati amak-anak maka isteri jangan membuat apa-apa komen sama ada bersetuju atau membangkang dan jikalau ada komen yang hendak dimajukan hendaklah dilakukan secara berasingan.

 Ada juga didapati isteri-isteri suka membanding-banding kenikmatan yang ada pada dirinya dengan kenikmatan yang ada pada rumah tangga orang lain, sedangkan kemampuan seseorang suami sudah pasti tidak sama di antara satu sama lain, sifat yang seperti ini dilarang. Ada suami yang sanggup menghadapi hutang-hutang di sekeliling pinggang dan ada pula suami yang tidak mahu dibebani apa-apa hutang lalu tindakannya berlainan. Seseorang isteri wajib sabar menghadapunya serta bertawakallah kepada Allah dalam semua hal dan kita hendaklah menerima takdir Allah atas sesuatu.

 Si isteri tidak dibenarkan oleh Islam meminta secara langsung supaya suaminya membeli apa-apa perhiasan emas untuk pakaiannya kerana dengan cara itu boleh menyinggung perasaan suami. Sebenarnya tiada suami yang hendak melihat isterinya tak cantik atau tak menarik tetapi apakan daya tenaga tak sampai. Sekiranya perhiasan itu dirasakan benar-benar mustahak dan kebetulan suaminya memang termasuk orang yang mampu, maka lahirkanlah kata-kata simbolik atau gunakanlah daya inisiatif sehingga suaminya memahami kehendak mereka. Permintaan isteri untuk membeli barang-barang kemas atau perhiasan untuk anak-anak mereka tidak termasuk dalam larangan ini. Bagi si suami pula hendaklah menyedari dan memahami bahawa orang perempuan sangat suka kepada perhiasan, oleh itu jikalau ia mampu berbuat demikian hendaklah segera lakukan pembeliannya tanpa menunggu-nunggu permintaan daripada isteri.

 Bagi isteri yang hendak mengemukakan sesuatu persoalan baik untuk penjelasan atau tindakan suami, si isteri hendaklah menggunakan bahasa yang paling lembut dan bersopan serta penuh tawadhu’, di waktu suami sedang susah, bermasalah atau suami sedang lapar jangan mengaju atau kemukakan apa-apa masalah kepadanya, carilah masa yang sesuai untuknya.

 Isteri dilarang mengungkit atau meraba-raba mencari rahsia yang disembunyikan oleh suami, si isteri hendaklah sedar sesuatu rahsia yang tidak diberitahu oleh suami itu menandakan yang isteri tidak perlu masuk campur. Tetapi jikalau si isteri sudah mengenal pasti bahawa si suaminya itu jenis pasif yang memerlukan digerak dan diingatkan selalu maka dimaafkan kepada isteri menggerakkannya demi menjadikan suaminya normal seperti biasa.

 Suami tidak dibenarkan membuat apa-apa komen tentang tidak sedap masakan isterinya, kerana tiada isteri yang tidak mahu suaminya enak menikmati masakan, tetapi apakan daya, penghalangnya mungkin ada pada setiap ketika, tambahan pula isteri kita juga terdedah kepada kelemahan.

 Suami hendaklah berusaha sedaya mungkin menunjuk sikap gemar kepada masakan yang dihidangkan oleh isterinya dan ditakdirkan si suami benar-benar tidak berselera terhadap masakan itu, cubalah atasi perasaan isteri dengan melahirkan alasan-alasan yang menasabah menyebabkan ia tidak berselera, jagalah hati isteri kerana hati wanita mudah tergores dan terlalu sensitif menghadapi masalah seperti ini. Alasan seperti abang sakit perut, abang sakit mulut dan lain-lain boleh digunakan. Islam membenarkan dan menyetujui cara tersebut. Kajian pakar-pakar jiwa didapati banyak perasaan isteri terguris disebabkan sikap suami tidak mengambil selera masakan isteri dan memang telah menjadi tabiat orang lelaki suka makan di luar rumah serta suka memarkahkan tinggi masakan orang lain yang secara langsung menjatuhkan mutu masakan isteri.

 Isteri mestilah menyedari yang ia adalah hak kepunyaan suami dan suami hanyalah menjadi pasangannya sahaja bukanlah menjadi hak kepunyaan si isteri yang boleh dikongkong mengikut kesukaannya, isteri memang berhak memberi pendapat atau nasihat tetapi si suami tidak wajib mematuhi pendapat itu.

 Di dalam realiti yang berlaku dalam masyarakat kini, kebanyakan isteri menganggap suami itu hak kepunyaannya, lalu ia menguasai dan memerintah suami mengikut kesukaanya, bukan setakat menasihati atau mengeluarkan pendapatnya sahaja. Si isteri hendaklah sedar dan menginsafi segala nasihat tidak semestinya dipatuhi oleh suami, kerana kadang-kadang tindakan yang dilakukan oleh suami di luar kefahaman isteri, oleh itu si isteri janganlah mudah merajuk atau memberontak seandainya nasihat tidak dipakai oleh suami.

 Si isteri wajib sedar sekiranya dibenarkan pemujaan atau penyembahan selain daripada Allah maka suamilah orang yang kedua wajib disembah selain daripada Allah, yang bererti taraf suami lebih besar daripada segala-galanya selain daripada Allah dan Rasul-Nya, sebab itu apa sahaja bentuk yang boleh dikira menderhaka kepada suami tidak boleh dilakukan.

 Isteri merupakan bintang atau sebaik-baik perhiasan untuk suami, sebab itu isteri hendaklah menghiasi dirinya secantik mungkin dan seharum rasa. Carilah apa jalanpun asalkan suaminya mendapat kepuasan apabila berhadapan dengan isteri. Kini didapati sang isteri sanggup menghiasi diri berjam-jam lamanya apabila hendak menghadiri sesuatu majlis di luar rumah, tetapi tidak dilakukan sebegitu apabila berada di hadapan suami.

 Seseorang isteri dilarang bertutur kata atau bercakap dangan orang luar selain daripada mahramnya dangan nada suara yang lemah gemalai, gerlip-gerlip mata semacam berasmara, dangan laguan kata, lenggang-lenggok atau seumpamanya. Apabila ia bercakap dengan orang luar hendaklah menggunakan bahasa yang tegas, padat dan seringkas-ringkas yang boleh. Perkataan yang banyak atau berbelit-belit itu menyebabkan orang luar timbul rasa berahi kepadanya dan boleh menimbulkan fitnah yang besar.

 Sikap yang tidak bertanggungjawab suami atau isteri yang tidak memahami hakikat sebenar perkahwinan menyebabkan keruntuhan rumah tangga akhirnya. Hanya suami isteri yang tahu memainkan peranan masing-masing sahaja akan manjaminkan kesejahteraan sesebuah rumah-tangga.

 Tidak ada sikap saling hormat-menghormati dan percaya mempercayai antara suami dan isteri menyebabkan kebahagian sesebuah rumah tangga akan tergugat.

 Sikap suami dan isteri dalam membentuk sesebuah rumah tangga mengikut ajaran Islam yang sebenarnya yang telah menjanjikan kerukunan hidup berkeluarga.

 Ketidak pandaian suami membendung sikap semula jadi sekiranya ada seperti suka berpoya-poya dan menghabiskan waktu di luar rumah, sementara sikap isteri (sekiranya ada) yang terlalu memandang kepada kebendaan dan memegahkan diri dengan tidak mahu menyesuaikan kedudukan si suami menyebabkan rumah tanggan poroparanda.

 Sikap suami atau isteri yang tidak tahu menjaga rahsia rumah tangga dan gemar menceritakan keburukan masing-masing kepada orang lain. Ini akan memalukan antara si suami atau si isteri.

 Tidak ada perasaan saling bertolak ansur dan mengalah (ego) antara suami isteri akan menyebabkan keretakan menjadi belah dalam sesebuah rumahtangga.

 Tiada mendapat restu dari ibu bapa kedua-dua belah pihak sama ada sebelum atau sesudah perkahwinan, isteri atau suami tidak menghurmati mertua juga akan menyebabkan salah seorang daripadanya akan merasa tersinggung dan seterusnya akan membuahkan bibit-bibit perlselisihan.

 Sikap si suami atau si isteri yang terlalu mengongkong antara satu sama lain akan menimbulkan rasa tidak,puasan antara kedua-dua belah pihak.

Semua korinah ini akan menjadikan sebab-sebab kecil yang sekiranya dicampur dengan masalah-masalah lain akan menimbulkan krisis di dalam sesebuah rumah tangga.

I.

Kesimpulan

Manusia adalah dilantik menjadi khalifah di bumi Allah ini, segala sesuatu yang kita laksanakan hendaklah melalui petunjuk Ilahi, kita tidak dibenarkan mencipta peraturan- peraturan baik yang besar atau yang kecil sekiranya telah sedia ada peraturan Allah. Selain daripada kewajipan membentuk negara Islam dan masyarakat Islam maka rumah tangga Islam hendaklah didahului pembentukakannya. Bapa adalah menjadi ketua pemerintah di dalam sesebuah rumah tangga atau disebut Khalifah dalam rumah tangga. Ia mestilah menegakkan keadilan, kemakmuran, keamanan dan kedamaian di dalam rumah tangga berdasarkan petunjuk Ilahi, selain daripada mempastikan semua ahli keluarga yang di bawah tanggungannya itu mengerjakan amal ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya, ia juga hendaklah melaksanakan hukum-hukum Allah yang umum seperti bermasyarakat secara Islam, berpolitik mengikut Islam, dan sebagainya.

Orang-orang yang beriman memang sudah menjadi tanggungjawabnya memerhati dan mempraktik sopan santun yang mulia dalam rumah tangganya sendiri. Rumah tangga orang beriman itu merupakan tempat ia beristirehat, tempat ia mengembeling kehidupan beragama Islam yang sempurna sesuai dengan sifat-sifat orang-orang mukmin.

Rumah tangga adalah benteng tempat mempertahankan budi dan harga diri. Rumah tangga orang beriman bukanlah rumah tangga yang kucar kacir. Sebagai usaha untuk mendapatkan rumah tangga yang bersinar dengan sinar Nur Ilahi maka hendaklah didaulatkan ayah sebagai nakhoda kapal, ibu sebagai juru bantu dan anak-anak sebagai anggota kapal yang setia. Untuk memperoleh keberkatan serta hidayah daripada Allah, jangan lupa setiap hari pastikan ada orang membaca al-Quran di dalam rumahnya Insyaa-Allah kita akan menerima hidayah Allah.

Arahan Khas Dalam Rumah tangga

Yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu sama lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. ( Surah An-Nur Ayat 58)

Dalam tiga masa yang tersebut - semasa bangun pada waktu pagi, semasa berehat pada tengahari, dan semasa tidur pada waktu malam, biasanya penduduk sesebuah rumah atau sesebuah bilik tidak memakai pakaian yang cukup untuk menutup auratnya. Oleh itu tidak seharusnya sesiapa dari kaum kerabat atau hamba abdi, atau orang gaji menerpa masuk sebelum meminta izin.

Yang bermaksud: Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.( Surah An-Nur Ayat 59)

Di dalam ketiga-tiga waktu yang tersebut itu adalah dikira waktu-waktu sekatan dari kebebasan keluar masuk tanpa izin di waktu-waktu tersebut maka setiap orang gaji jikalau ada, anak-anak yang belum dewasa sama ada anak tuan rumah itu, cucu-cucunya atau anak-anak lain yang dipelihara di dalam rumah itu hendaklah diajar supaya meminta izin terlebih dahulu untuk menemui nakhoda atau pembantu nakhoda (ibu-bapa).

Di dalam tiga waktu tersebut adalah dikira waktu peribadi yang mungkin ibu atau bapa sedang bebas daripada ikatan berpakaian yang dimestikan atau pakaian yang tidak senonoh, jikalau terserempak, mungkin boleh menimbulkan kesan yang buruk kepada kedua-dua pihak. Kesan-kesan negatif akan terlekat kepada jiwa anak-anak kecil kerana bagi kanak-kanak ini jikalau dilihat sesuatu yang ganjil akan berkesan kepada jiwanya dan berpanjangan sehingga ke zaman dewasa yang menyebabkan menjadi tekanan jiwa yang sukar dihapuskannya, dan kadang-kadang menjadi pangkal penyakit yang mengganggu rohani dan jasmani. Bagi kanak-kanak yang di bawah umur, menganggap ayahnya seorang yang dijunjung tinggi, puncak penghormatannya dan yang tidak bersalah, yang dicintai dan dikagumi, apakah jadi sekiranya ia melihat sesuatu yang di luar anggapan umum, oleh itu janganlah sesuatu perkara yang kecil dan boleh diatasi itu menyebabkan penghargaan anak-anak kepada ibu bapanya berkurang.

Ditulis oleh: Firqah Rabbaniah

No comments:

Post a Comment