Thursday, July 30, 2009

KEPIMPINAN ISLAM

Salah satu daripada elemen penting dalam kehidupan seorang manusia adalah memimpin. Bila kita mampu memimpin diri kita ke arah syakhsiah cemerlang maka ia merupakan kejayaan bagi kita. Di samping itu, kita mesti memimpin diri orang lain agar kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah kebaikan berpandukan Islam.

Manusia sebagai Khalifah.

Setiap manusia di muka bumi ini dijadikan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah. Sama ada dia memimpin diri sendiri atau orang lain, ia dinamakan sebagai khalifah. Sila lihat al-Quran ayat 30 surah al-Baqarah.

Ayat di atas jelas menunjukan bahawa Allah SWT telah menjadikan kita sebagai khalifah atau pemimpin. Namun begitu, tidak semua mampu mentadbir dirinya dan orang lain dengan baik mengikut landasan Islam yang sebenarnya. Dunia akan kucar-kacir jika semua manusia mahu menjadi pemimpin dan enggan menjadi orang yang dipimpin atau lebih dikenali sebagai "orang bawahan". Oleh kerana itu, Allah SWT dengan sifat bijaksanaNya telah mengatur dan menentukan kehidupan manusia mengikut acuan keperibadian yang asal sejak daripada azali lagi. Ada
segolongan manusia yang dilantik menjadi pemimpin, golongan lain sebagai yang dipimpin dan golongan yang mengadu-domba enggan menjadi pemimpin dan enggan dipimpin.

Persediaan Sebelum Menjadi Pemimpin

Perkara utama yang perlu ditekankan sebelum melangkah memikul jawatan pemimpin ialah persediaan kita sebelum menjawatnya supaya terlaksana proses pembentukan Syahsiah yang baik.

Kita wajib membuat persediaan awal di samping menempuh berbagai ujian sebelum layak digelar pemimpin dunia sehingga berjaya ke negeri akhirat. Dalam dunia hari ini, majoriti pemimpin tidak layak digelar pemimpin menuiju akhirat lantaran diri mereka sendiri tidak terpimpin dengan pimpinan daripada al-Quran dan As-Sunnah. Kebanyakan mereka merupakan pemimpin dunia semata, bahkan mengejar kemewahan dunia, menindas orang bawahan, bertopengkan syaitan dalam menentukan hukum-hakam Islam mengikut selera mereka dan seribu satu macam keburukan berupa keduniaan. Oleh itu nampak bahawa pemimpin yang zalim termasuk di dalam keburukan agama. Sedangkan pemimpin akhirat tidak ramai dan boleh dikira dengan jari.

Terdapat banyak syarat yang menyumbang ke arah melahirkan seorang pemimpin dunia dan akhirat. Untuk memenuhi syarat-syarat ini ramai yang tewas dan kecundang kecuali beberapa orang yang sememangnya telah dipilih oleh hakim yang agung iaitu Allah S.W.T.

Pemimpin Berilmu

Ilmu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pemimpin yang unggul. Tanpa ilmu, pemimpin akan menjadi "lembu dicucuk hidung", hanya memimpin setelah diarah-arahkan oleh orang lain. Berapa ramai Perdana Menteri di serata dunia yang menjadi boneka. Menjadi pemimpin tetapi tidak memimpin. Warisan ilmu pengecut yang dimiliki oleh para pemimpin menyebabkan mereka rela menjual maruah agama demi sesuap nasi?.

Maksud firman Allah SWT: "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?". Ilmu di sini merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Seorang pemimpin yang berilmu pasti mendapat kepercayaan masyarakat untuk menangani sebarang masalah yang menimpa negara berbanding pemimpin yang tidak berilmu. Ini adalah satu hakikat yang nyata. Sepatutnya pemimpin-pemimpin masa kini dalam menyelesaikan masalah dalam negara jangan menerima campur tangan kuasa asing yang sewenang-wenangnya mengubah dasar negara termasuk agama.

Pemimpin Sebagai Idola

Di kalangan masyarakat pertengahan, mereka lebih mementingkan seorang pemimpin yang peka dengan isu-isu dunia dan bijak bercakap hal-hal keduniaan.Tanpa disedari, kita sepatutnya "dahagakan"seorang pemimpin yang bersifat universal. Seimbang antara dunia dan akhirat. Contoh tanpa bandingan tetapi patut dijadikan ikutan, Rasulullah SAW mampu menjadi pemimpin dalam masa yang sama berada di tempat yang teratas dalam pemikiran dan penampilannya kepada masyarakat dan yang paling utama kepada Penciptanya. Pemimpin adalah salah seorang idola yang selalunya diikuti jejak langkahnya oleh masyarakat bawahan.

Sebagai seorang pemimpin yang menjadi idola kepada masyarakat, pemimpin seharusnya memiliki akhlak yang terpuji mengikut adab-adab kemanusiaan sejagat dan lunas-lunas islami yang tulin. Oleh itu hanya bijak bercakap tidak semestinya boleh melakukannya secara praktikal, seorang pemimpin harus mengamalkan apa yang dikata, jangan hanya pandai berkata. Seperti kata-kata 'cakap serupa bikin'.

Contoh melalui tauladan lebih merujuk kepada keperibadian seorang pemimpin dalam membentuk masyarakat pimpinannya. Jika elok acuan maka eloklah kuihnya, jika rosak acuan kuih maka tidak terbentuklah kuih seperti yang diingini.

Pemimpin Sanggup Menghadapi Permasalahan

Ujian adalah satu perkara tabi'i yang pasti 'memburu' kehidupan seorang manusia. Semakin tinggi darjatnya di sisi Allah SWT dan di sisi masyarakat, maka semakin besar cubaan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi. Berjaya atau gagal menghadapi mehnah(ujian) perjuangan ditentukan oleh kekuatan asas yang terpasak dalam diri seseorang. Mereka yang lemah dari sudut material dan rohani terutamanya pasti akan tewas dengan mudah dan jatuh tersungkur di tengah-tengah medan perjuangan. Hanya pemimpin yang mempunyai kekuatan jiwa dan semangat sahaja yang tetap kekal dengan matlamat yang satu walaupun tanpa kekuatan material. Maksud firman Allah: “Demi sesungguh-Nya akan Kami uji kamu dengan satu cubaan, iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar atas cubaan itu”. (Al-Baqarah ayat 155).

Seperti yang telah dinyatakan, setiap manusia akan diuji. Tatkala Malaysia diuji dengan kejatuhan nilai RM, kita turut juga teruji. Bagi yang di luar kemampuan (kekurangan harta), pulang ke tanah air adalah langkah terakhir sebagai jalan penyelesain tanpa menamatkan pengajian tentunya.

Kita juga diuji dengan rasa ketakutan hidup di negara asing. Ketakutan yang menghantui akhawat maupun ikhwah. Azhari/ah adalah pemimpin yang bakal mencorak sebuah keluarga Islami. Di peringkat awal lagi Azhari/ah telah diuji. Belum lagi masuk ke medan masyarakat....medan politik dan umpamanya. Dasar demokrasi pilihan masyarakat majoriti sebagai pilihan yang akan diangkat sebagai pemimpin. Di serata dunia menyaksikan parti islam atau separa islami telah diuji dengan kekurangan manusia atau dikenali sebagai kekurangan 'pengundi'. Seorang pemimpin Islam yang kuat, pasti menghadapi krisis kekurangan penyokong yang bijaksana, manakala pemimpin Islam yang 'hangat-hangat tahi ayam' akan “gulung tikar” sebelum pilihanraya lagi.

Ketiga-tiga faktor di atas bakal melayakkan kita menerajui negara bahkan dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti kita bakal menjadi polis dunia menggantikan Amerika yang mengaku berjaya memimpin dunia ke arah keamanan tetapi sebenarnya ke arah kemusnahan. Pemimpin dunia abad akan datang wajar diwarisi oleh pemimpin islam untuk 'meneutralkan' dunia sebelum menjadi padang jarak padang terkukur. Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu untuk mencipta seorang pemimpin Islam yang tulin sebagaimana yang pernah diciptakan oleh ulama'-ulama' yang terdahulu.

Pemimpin Islam menegak yang maaruf dan mencegah yang mungkar

Perkara yang maaruf merangkumi semua perkara yang dituntut dan yang diharuskan oleh syara' meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Perkara yang "mungkar" ialah semua perkara yang bertentangan dengan akidah, dengan syariah, akhlak dan kemanusiaan seluruhnya zahir dan batin.

Selanjutnya kadi Al Khudah Abdul Jabar bin Ahmad menjelaskan bahawa
"yang maaruf" itu terbahagi kepada apa yang wajib dan kepada apa yang sunat. Menyuruh yang wajib adalah wajib , dan menyuruh yang sunat adalah sunat. Kerana keadaan perintah tidak akan menambakan ; atas hal-perbuatan yang disuruh, pada-wajib. Adapun kemungkaran itu semuanya merupakan satu jenis sahaja di mana semua ianya wajib ditegah. Oleh itu pimpinan Islam dalam mana peringkat dan bahagian pun haruslah menjadi matlamat utamanya menegakkan kemaarufan dan mencegah kemunkaran di mana dan bila-bila masa sekalipun jika berbeza pada cara dan tindakan.

Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh

Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal saleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.

Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.

Pimpinan berkesan dapat dilihat bilamana bertambah yang maaruf dan semakin berkurangan mungkar

Itulah tanda-tanda dan kesan-kesan yang menunjukkan sesuatu kejayaan dalam mana-mana pimpinan pada mana-mana peringkat dan bahagian. Keseluruhan kesan-kesan tersebut hanya akan tercapai bilamana terlebih dahulu dapat dicapai pada bahagian-bahagian tertentu samada dalam bentuk peribadi atau jamaah. Umpamanya kesan sembahyang ialah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kesan puasa menimbulkan ketakwaan. Kesan tauhid menimbulkan kesabaran dan keberanian. Kesan jemaah merapatkan persaudaraan dan seterusnya. Di dalam keadaan kesan- kesan tersebut tidak dapat dirasakan oleh pemimpin, apatah lagi oleh yang dipimpin maka hendaklah masing-masing mengkoreksi dan merenungi dimanakah kecacatan yang ada dalam pimpinan tersebut. Kerana yang maaruf akan menerbitkan yang maaruf dan yang mungkar menimbulkan yang munkar.

Ambillah contoh mendirikan rumahtangga berdasarkan kepada firman Allah:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri, dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir."

(Surah Al-Rum ayat 21).

Suami sebagai pemimpin rumahtangga haruslah memerhatikan samada tujuan perkahwinan itu telah berhasil denqan tercapai ketiga-tiga perkara tadi atau belum mengikut cara-cara yang dikehendaki oleh Islam. Jika belum berhasil tentulah ada kecacatan di dalam pimpinan tersebut.

Contoh yang lain Allah berfirman

Maksudnya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang husyu' dalam sembahyangnya dan orang-orang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, Kecuali terhadap isteri- isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki maka sesungguhnya dalam hal itu tiada tercela. Maka barang siapa yang mensari yang dibalik itu mereka itulah orang yang melampaui batas, Dan orang-orang yang memelihara amanah, (yang dipikulnya) dan janjinya: Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang yang mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya,'

(surah al-Mu'minun ayat 1 - 11)

Contoh yang lain Allah berfirman: " Dan (hamba hamba yang baik dari Tuhan) yang maha penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka (dengan kata- kata yang tidak sopan) mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan, Dan orang yang melalui malam hari denqan bersujud dan berdiri kerana Tuhan mereke. Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhanku! kami jauhkan azab jahanam dari kami (kerana) sesungguhnya azabnya itu ialah kebinasaan yang kekal." Sesungguhnya jahanam itu seburuk tempat menetap dan tempat kediaman.

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, tetapi adalah (perbelanjaan) itu di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diiaaramkan Allah (membunuhnya) kecuali yang hak dan tidak berzina. Barang siapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat pembalasan (dosanya). (Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka itu, kejahatan mereka diqanti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang) yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah,mereka, lalui )sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. Dan orang-orang yang bilamana diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, meraka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

Dan orang-orang yang berkata: `Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai biji mata (kami), dan jadikan kami pemuka bagi, (orany-orang yang bertakwa). Mereka itulah yang dibalas dengan mertabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya."

(Surah al-Furqan ayat 63-75)

Contoh-contoh itu adalah kesan-kesan yang maaruf dari pimpinan iman yang seharusnya meresap ke dalam jiwa, rumahtangga, pertubuhan dan sebagainya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tanpa ujud kesan-kesan yang seumpama ini keseluruhan atau sebahagian darinya adalah menunjukkan kegagalan pimpinan tersebut. Dari aspek itu, kejayaan kebendaan sahaja, sudah pasti tidak mencerminkan kejayaan sebenarnya menurut pandangan Islam dalam satu- satu pimpinan.

Syarat-syarat menjadi seorang pemimpin

Samada seorang itu menjadi amir, mufti, kadi (hakim) dikenal da'i atau seorang yang pada hari itu sebagai mehteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat asas lainnya daripada syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masingmasing boleh dikatakan syarat-syarat asas itu telah ijma' ulama' al-wmcrah nengenainya. Diantaranya ialah:

  1. Muslim,'akil baligh dan laki-laki
  2. Adil
    Ertinya ia tidak fasik seumpama tidak meninggalkan salat beramal apa yang ia ketahui. Tidak menyalahi katanya akan perbuatannya. Tidak menyalahi akan kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
  3. Berilmu
    Ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardhu ai'n dan fardhu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang maaruf dan yang,munkar. Mengetahui perkara-perkara'yang berkaitan dengan pimpinan.
  4. Mempunyai kudrat, kemampuan.
    Ertinya boleh bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada menggunakan tenaga; perkataan, tulisan atau flkiran di dalam apa suasana pun.
  5. Beradab mengikut akhlak Islam,
    Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi cantoh tauladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang di bawah pimpinannya. Selain itu di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur tidak angkuh, ria' dan sebagainya. Ringkasnya terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh dari sifat-sifat terkeji.
  6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Memahami Al-Quran dan Al-Sunnah

Ciri terpenting dalam perjuagan dan pimpinan Islam Bagi meluaskan sedikit huraian syarat ketiga di atas maka seorang pemimpin yang menamakan dirinya sebagai barisan pemimpin Islam, tahap yang paling minima haruslah ia mampu membaca ayat al-Quran dan petikan-petikan hadith serta memahami maksudnya. Lebih jauh dapat menghafal ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut.

Lebih jauh lagi memahami (ilmu Al-Quran) dan ."Mustalihul Hadith". Membaca Siratul Rasul, sahabat-sahabat, salaful salihan,dan riwayat hidup ulama-ulama. Membaca dan mengenali kitab-kitab yang Muktabar di bidang Tauhid, Fikah, Tasauf, Tafsir, Hadith. Dapat memahami mana yang ijmak dan mana yang ikhtilaf, mana yang usul dam mana yang furu'. Berkaatan dengan ini sedapat mungkin haruslah seseorang pemimpin itu mengetahui bahasa arab, Kerana kitab-kitab yanq original yang berkaitan dengan perkara tersebut kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Akibat daripada tidak memahami dan mengetahui hal-hal tersebut, kadang-kadang boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan yang tidak baik dalam pimpinan, hingga merebak kepada masysrakat yang lebih besar, yang boleh mencacatkan kesempurnaan Islam.

Kewajipan dan hak-hak pemimpin dalam neqara Islam

Al-Farra' Rahimahallah menyebutkan beberapa kewajipan dan hak hak pemimpin di antaranya:

  1. Menjaga agama mengikut usul-usul yang telah disepakati ulama-ulama
  2. Memutuskan hukum ke atas dua pihak yang bertelingkah
  3. Menjaga kesejahteraan umat
  4. Melaksanakan hudud bagi menjaga berlakunya perkara yang diharamkan Allah
  5. Mengawal kampung negeri dari dicerobohi musuh
  6. Melakukan jihad ke atas penentang Islam selepas diajak kepada Islam samada masuk Islam atau berlindung di bawah negara Islam.
  7. Memungut cukai dan zakat seperti yang diwajibkan oleh syara'.
  8. Membelanjakan harta baitulmal mengikut yang seperlunya tanpa membazir atau mengikat dan membayar pada waktu yang ditetapkan.
  9. Menyerahkan tanggungjawab kepada orang-orang yang amanah dan ikhlas bagi melaksanakan tugas-tugas negara supaya segala kerja boleh dibuat dengan sempurna dan harta terpelihara.
  10. Melibatkan dirinya melihat keadaan umat dan keperluan mereka.

Jika sepuluh kewajipan ini dilaksanakan oleh pemimpin maka wajiblah bagi umat taat dan menyokong pemimpin tersebut.

Pimpinan dalam rumahtangga

Pimpinan di dalam Islam bermula daripada rumahtangga. Masyarakat yang sejahtera bermula daripada rumahtangga yang sejahtera. Kesejahteraan suami isteri hanya tercapai bilamana kehendak Islam itu terlaksana di dalam rumahtangga tersebut.

Di antara hak-hak suami yang harus ditaati oleh isteri ialah:

  1. Mentaati suaminya bilamana diajak ke tempat tidur.
  2. Tidak harus menunaikan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami.
  3. Tidak harus membelanjakan harta suami kecuali dengan izinnya.
  4. Tidak harus keluar rumah kecuali dengan keizinan suami.
  5. Hendaklah isteri beradab kepada suaminya di antaranya jangan mengumpat dan memaki suaminya. Di antaranya jangan bermegah dengan kecantikannya kepada suaminya. Dan jika suaminya huduh jangan pula merendahkannya. Di antaranya sentiasa bertakwa dan'menjaga diri di waktu ketiadaan suami di rumah dan melaksanakan tugas tumahtangga sebaik baiknya.

Di antara hak-hak isteri yang harus dilaksanakan oleh suami nya ialah:

  1. Hendaklah suami menghormati isterinya dan hidup bersamanya dengan "maaruf" dan "ikhsan".
  2. Hendaklah suami sentiasa berada di dalam keadaan yang mengembirakan isterinya.
  3. Hendaklah suami sentiasa berlapang dada jika berlaku sesuatu perselisihan dengan isterinya.
  4. Hendaklah suami menjadi ikutan yang baik kepada isteri dan keluarganya.
  5. Melaksanakan tanggungjawab rumahtangga dengan sebaik baiknya.

Pimpinan ibu bapa terhadap anak-anak

Hak anak-anak yang harus dihormati oleh ibu-bapa seperti yang diterangkan oleh Al-Imam Ghazali di dalam kitab "Ikhya' ulu muddin" seketika lahirnya di antaranya ialah:

  1. Janganlah seseorang itu terlalu bergembira mendapat anak lelaki dan merasa dukacita mendapat anak perempuan.
  2. Setelah anak itu lahir hendaklah diazankan di telinga kanannya dan dikamatkan di teli.nga kirinya. Bilamana anak tersebut pandai bercakap sunat di ajarkan "La ilaha illallah".
  3. Hendaklah diberi nama yang baik. Sabda rasulullah s.aow. yang inermaksud: "Sesungguhnya kamu akan dipanggil nama kamu dan nama bapa kamu pada hari kiamat. Sebab itu bagusilah nama-nama kamu".
    Sebab itu sesiapa yang mempunyai nama-nama yang tidak baik digalak menukarkannya kepada nama-nama yang baik.
  4. Melakukan akikah pada hari ke tujuh kelahiran anak.

Hendaklah ibu-bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak mereka. Ajarlah mereka bersembahyang ketika berumur tujuh tahun. Pukullah secara mengajar jika mereka malas ketika berumur sepuluh tahun, marah dan berilah amaran jika mereka tidak menurut selepas itu. Tunjuklah kepada mereka contoh tauladan yang baik di dalam pergaulan sehari-hari, supaya mereka menjadi insan yang baik di masa hadapan.

Kewajapan ini tersimpul di dalam Firman Allah bermaksud "Selamatkanlah diri kamu dan kaum keluargamu dari api neraka."

Pimpinan ketua terhadap orang-orang di bawahnya

Di antaranya:

  1. Hendaklah memulakan "kebaikan" maaruf daripada dirinya sendiri.
  2. Tidak bersikap angkuh dan sombong. Boleh jadi ada orang-orang lain yang lebih baik daripadanya di bidang ilmu dan pimpinan.
  3. Bersikap adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu di tempatnya.
  4. Bersimpati dengan masaalah-masaalah yang dihadapi oleh orang-orang di bawah jagaannya dan menyelesaikannya dengan cara yang baik.
  5. Dan bagi seseorang majikan hendaklah "membayar upah sebelum kering keringat pekerjanya."

Piminan ketua tentera

Seperti yang dipesankan oleh Saidina Abu Bakar r.a.

  1. Bilamana kamu datang kepada perajurit kamu janjilah kepada mereka dengan kebaikan. Bila kamu berjanji penuhilah janji tersebut.
  2. Perbaikilah dirimu nescaya orang-orang di bawahmu menjadi baik:
  3. Jika datang kepada kamu utusan musuh muliakanlah , kedudukan mereka, janganlah mereka itu terlalu dikawal biarlah mereka bebas sedang mereka tidak mengetahui rahsia kedudukanmu.
  4. Jangan biarkan orang lain bercakap dengan utusan musuhmu kamu sendirilah yang bertutur dengan mereka.
  5. Jangan jadikan rahsiamu sama dengan perkara yang tidak rahsia nescaya gagal tugasmu.
  6. Sekiranya kamu bermesyuarat selidiki lah berita nescaya berhasillah mesyuaratmu.
  7. Sekiranya sampai sesuatu berita musuh kepadamu hendaklah kamu rahsiakan dahulu sehingga kamu menyeledikinya. Jangan hebohkan berita tersebut kepada tenteramu. Hendaklah bersiap sedia
  8. Banyakkanlah pemeriksaan mengejut terhadap perajuritmu siang dan malam.
  9. Berilah semangat bila bertemu dengan tenteramu. Janganlah kamu pengecut nescaya yang lain akan menjadi pengecut:

Pimpinan guru terhadap muridnya

seperti yang disebutkan oleh A1-Imam Ghazali

  1. Kasihan dan bertimbangrasa terhadap muridnya supaya terselamat daripada malapetaka.
  2. Memandu muridnya ke jalan yang diredai syara'
  3. Tidak membiarkan muridnya menerima sebarang nasihat yang tidak baik dari orang lain.
  4. Mengingatkan dengan baik kepada muridnya mengenai bahaya akhlak yang tidak baik.
  5. Mengingatkan muridnya jangan merendah-rendahkan ilmu yang lain yang tidak dipelajarinya.
  6. Menyampaikan ilmu mengikut kadar kemampuan murid.
  7. Kepada murid yang tercicir berilah kepadanya penjelasan yang sesuai sehingga jangan menimbulkan kebosanan belajar kepadanya.
  8. Hendaklah guru beramal dengan ilmunya. Jangan lain apa yang dibuat daripada apa yang dikata.

Kesimpulan

Dari contoh yang ditunjukkan di atas dapatlah disimpulkan sebagas berikut:

  1. "Konsep pimpinan dalam Islam" merangkumi semua tingkatan hidup bermula daripada negara membawa kepada masyarakat, dan rumahtangga.
  2. Pimpinan di dalam Islam mengajak manusia kepada yang maaruf dan menegah yang mungkar.
  3. Sumber pimpinan Islam ialah Al-quran dan Al-Sunnah
  4. Ajaran Islam hendaklah diresapkan bermula daripada ,individu seterusnya ke dalam keluarga seterusnya negara.
  5. Pimpinan Islam pada setiap masa dan tempat hendaklah memahami dan mengetahui dasar ajaran Islam dan mengamalkannya terlehih dahulu.
  6. Makna pimpinan melibatkan semua pihak daripada ketua negara yang memerintah membawa kepada menteri-menteri; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai. kanan, ulama-ulama, guru-guru, suami-isteri, ketua pertubuhan, penghulu dan lain-lain.
  7. Timbulnya krisis, keruntuhan masyarakat, rasuah, dadah, kezaliman, pengelapan harta benda, penipuan dan lain keburukan adalah disebabkan manusia lari dari pimpinan Ilahi lalu mengambil pimpinan selainnya.

Penutup

".........Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah. Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "

(Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.)

Pemimpin dan kedaulatan

MAKNA KEPIMPINAN

Kepimpinan merupakan sebagai satu proses perhubungan di antara dua atau lebih manusia iaitu seseorang individu itu cuba mempengaruhi individu yang lain ke arah pencapaian sesuatu matlamat atau tujuan. Dalam proses mempengaruhi yang lain inilah seseorang pemimpin itu memerlukan sifat-sifat yang mulia lagi terpuji serta berbagai kemahiran supaya apa yang dirancangkan dan dihajatinya itu dapat dilaksanakan oleh orang-orang yang dipengaruhinya dengan penuh kerelaan, keikhlasan, kejujuran dan keamanahan.

Adalah jelas bahawa pemimpin adalah sebagai pemegang amanah dan ianya mesti ditunaikan dalam apa jua keadaan. Perkataan yang penting di dalam tafsiran di atas ialah pengaruh kedaulatan

Seseorang pemimpin itu mesti mempunyai pengaruh atau kedaulatan. Tanpa pengaruh, pemimpin itu tidak mempunyai kemampuan untuk mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk bertindak. Mempunyai pengaruh dan bagaimana beliau menggunakan pengaruh adalah faktor penentu kejayaannya sebagai pemimpin.

MAKNA KEDAULATAN

Daulat ertinya yang teratas atau yang lebih tinggi daripada semua yang lain. Ia mempunyai atau memegang posisi sebagai pemerintah.

Apa yang hendak dibincangkan di sini ialah; bukan semua orang mampu untuk menjadi pemimpin yang berdaulat. Semenangnya semua orang mahukan jawatan tinggi, pangkat yang besar, dan kuasa yang ditakuti, tetapi bukan semuanya mampu menjadi pemimpin yang terbaik dan mempunyai pengaruh.

Ada orang yang yang menjadi pemimpin, tetapi tidak ada pengaruh. Pemimpin yang sebegini mempunyai kuasa, tetapi mereka bukannya orang yang disegani, tetapi hanya orang yang ditakuti. Golongan pengikut hanya bermuka-muka atau berpura-pura menyokong sang pemimpin di hadapan tetapi menyumpah dan memakinya apabila berada di belakang. Inilah barangkali sebabnya kenapa rejim Saddam Hussein jatuh tanpa diduga apabila tentera bersekutu memasuki Baghdad tanpa sebarang halangan dan pertempuran besar seperti mana yang dijangka umum pada awalnya.

Pada hakikatnya kita semua adalah pemimpin sama ada pada peringkat keluarga, masyarakat, agensi, negeri atau negara. Namun begitu harus diingat bahawa yang cemerlang sahaja yang mampu menjadi pemimpin terbaik dan menjadi sebutan di lidah orang yang datang selepasnya. Ketahuilah bahawa negara kita ini tidak mungkin mencapai ke tahap yang ada pada hari ini jika pemimpin yang ada tidak mempunyai kedaulatan.

Kriteria pemimpin yang berdaulat ialah:

1. Tidak gagal membuat keputusan.

Pemimpin sebegini sering menjadi punca penyelesaian kepada semua masalah. Mereka dapat membezakan antara mesyuarat untuk membuat keputusan yang baik atau mesyuarat untuk menghabiskan kuih-muih sahaja. Pemimpin seperti ini tidak akan menjadikan masa, tenaga dan segala sumber dengan sia-sia, disebabkan dia berani membuat keputusan. Kebiasaannya pemimpin sebegini mempunyai tahap keyakinan diri yang amat tinggi.

2. Membuat keputusan yang tepat.

Pemimpin jenis ini juga tidak akan membuatkan urusan kerja menjadi bercelaru dan punah ranah. Pemimpin sebegini tidak akan menyalahkan orang lain apabila berlaku kegagalan kepada sesuatu perkara yang telah diputuskannya. Ia dapat melihat kesilapan diri sendiri, dan pemimpin sebegini mudah membuat keputusan tanpa merujuk kepada pihak lain. Ia tidak ada kepentingan diri dan lebih mengutamakan kepentingan organisasi yang dipimpinnya.

3. Mempunyai matlamat yang jelas.

Ia datang ke pejabat bukan hanya sekadar mahu memanaskan kerusi sahaja. Pemimpin sebegini amat peka dengan apa yang ada dan apa yang berlaku di sekelilingnya. Mereka ini bukan sahaja mempunyai banyak perancangan, tetapi juga bekerja keras untuk melaksanakannya. Pemimpin sebegini tidak mudah kecewa setelah sesuatu hasratnya ditolak oleh pihak yang lebih atas atau orang yang dipimpinnya.

4. Mempunyai kesedaran bahawa dirinya adalah pemimpin.

Kesedaran ini amat penting. Jika tidak ia menjadi seperti lalang ditiup angin dan akan mengikut sahaja apa cakap orang lain. Akhirnya tanpa disedari ia meletakkan dirinya sebagai pengikut bukannya sebagai pemimpin. Apabila ini berlaku, maka pemimpin sedemikian adalah golongan yang benar-benar mensia-siakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya, dan akhirnya organisasi yang dipimpinnya itu akan lingkup kerana akan wujud pelbagai pasukan yang mahu mempergunakan pemimpin sebegini. Pasukan-pasukan ini akan berlumba-lumba untuk mempergunakan pemimpin sebegini. Akhirnya gajah yang besar akan rebah kerana pelanduk bertembung sesama sendiri. Pemimpin jenis ini, biasanya akan 'sain buta' sahaja sesuatu dokumen tanpa bertanya sepatah dua atau memandang sebaris dua kepada ayat yang terkandung di dalam dokumen tersebut.

5. Berkebolehan untuk berfikir.

Pemimpin sebegini pastinya memperuntukkan masa untuk membaca, bukan sahaja membaca buku, bahkan membaca perangai orang bawahannya. Dengan sendirinya tidak memberi peluang kepada pekerja-pekerja bawahan mencuri tulang orang lain bagi kepentingan dirinya. Biasanya pemimpin jenis ini pendiam dan nampak serius. Ia sentiasa bergerak dari satu meja ke satu meja untuk bersembang dengan anak buah atau bersembang untuk mencari kebaikan. Keadaan ini adalah faedah untuk orang yang dipimpinnya, malah menguntungkan organisasi. Percayalah bahawa pemimpin yang tidak ada kebolehan berfikir dan malas berfikir meletakkan dirinya setaraf dengan orang yang dipimpin. Mereka ini tidak boleh membuat analisa terhadap kerja orang bawahan dan akhirnya seorang pekerja yang pemalas akan mendapat markah yang sama dengan seorang pekerja yang rajin. Yang lebih malang lagi dalam pejabatnya tak ubah seperti pasar borong yang berselerak di sana sini.

6. Tertib dalam tindakan.

Pemimpin yang sebegini mempunyai prosedur kerja. Baginya kerja mesti selesai dengan sempurna. Proses kerja yang teratur amat penting baginya. Ada masanya pemimpin sebegini akan membuat kerjanya dan pada masa yang sama membuat kerja orang lain tetapi dalam suasana yang teratur dan tertib. Pemimpin sebegini bijak memberikan sebarang kerja kepada orang yang dipimpinnya. Suasana kerja yang teratur ini mengelakkan peluang pekerja yang pemalas untuk mengambil kesempatan mencuri tulang. Pemimpin jenis ini boleh dijadikan ikutan oleh para pengikutnya. Mereka ini mempunyai pendirian yang kuat dan ketegasan. Mereka tidak akan buat-buat sibuk ke hulu ke hilir mengbelek fail tanpa tujuan.

7. Tidak meletakkan jurang terlalu jauh dengan orang yang dipimpin.

Pemimpin sebegini tidak mudah lupa diri dan sedar bahawa tanpa pengikut tiadalah pemimpin. Pemimpin jenis ini bukan mahu diampu dan dipuji. Bagi mereka pekerjanya bukanlah khadam yang boleh diarah begitu dan begini dan diberi gaji untuk berkhidmat kepadanya bukannya kepada kepada organisasi yang dipimpinnya. Jawatan dan pangkat tidak dijadikan alasan untuk bermegah tidak bertempat. Sekiranya ia bergelar Tan Sri ia tidak akan marah jika orang bawahan terlupa memanggilnya Tan Sri. Sekiranya ia seorang haji tidak ia akan masam mencuka jika orang bawahannya tidak memanggilnya "Tuan Haji". Kuasa yang ada tidak digunakannya untuk menekan orang lain atau untuk memandang serong kepada orang lain. Mereka sentiasa turun padang bersama-sama orang bawahan. Ia tidak hanya sibuk dengan memberi arahan sahaja.

PENUTUP

Seseorang pemimpin harus sedar bahawa kesilapan pertama yang dilakukakannya apabila dilihat kali pertama oleh orang yang pertama kali bertemu dengannya merupakan satu kesalahan yang besar. Sebagai contoh seorang pekerja yang baru datang melapor diri di hadapan seorang bakal ketua unitnya akan hilang penghormatan buat selama-lamanya jika ia mendapati bakal ketua unit sedang bermain permainan komputer atau baru sahaja meletakkan gagang telefon dengan perasaan yang marah-marah atau terlihat seekor lipas yang sudah lama mati di dalam cawan yang ada di bilik bakal ketuanya. Oleh itu setiap pemimpin tidak harus menjadikan kesilapan yang dilakukan buat kali pertama sebagai satu punca untuk menghilangkan penghormatan orang yang dipimpin.

Untuk melahirkan pemimpin yang berdaulat bukanlah senang. Melahirkan pemimpin yang berkuasa mungkin mudah tetapi melahirkan pemimpin yang berpengaruh dan berdaulat memerlukan kesedaran tinggi pemimpin yang berkenaan. Pemimpin yang berdaulat katanya-katanya dipatuhi dan tidak dianggap satu arahan tetapi satu kesanggupan untuk diikuti kerana rasa segan dan malu orang bawahannya.

Sekian. Terima kasih

Oleh:

Firqah Rabbaniah

1

No comments:

Post a Comment