Thursday, July 30, 2009

AL QURAN MENGENAI AURAT

ûÓÍ_t6»t tPy#uä ôs% $uZø9tRr& ö/ä3øn=tæ $U$t7Ï9 ͺuqã öNä3Ï?ºuäöqy $W±Íur (â¨$t7Ï9ur 3uqø)­G9$# y7Ïs ×öyz 4 Ïs ô`ÏB ÏM»t#uä «!$# óOßg¯=yès9 tbrã©.¤t ÇËÏÈ

Yang Bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah al-Araaf ayat 26)

@è%ur ÏM»uZÏB÷sßJù=Ïj9 z`ôÒàÒøót ô`ÏB £`ÏdÌ»|Áö/r& z`ôàxÿøtsur £`ßgy_rãèù wur úïÏö7ã £`ßgtFt^Î wÎ) $tB tygsß $yg÷YÏB ( tûøóÎôØuø9ur £`ÏdÌßJè¿2 4n?tã £`ÍkÍ5qãã_ ( wur úïÏö7ã £`ßgtFt^Î wÎ) ÆÎgÏFs9qãèç7Ï9 ÷rr& ÆÎgͬ!$t/#uä ÷rr& Ïä!$t/#uä ÆÎgÏGs9qãèç/ ÷rr& ÆÎgͬ!$oYö/r& ÷rr& Ïä!$oYö/r& ÆÎgÏGs9qãèç/ ÷rr& £`ÎgÏuq÷zÎ) ÷rr& ûÓÍ_t/ ÆÎgÏuq÷zÎ) ÷rr& ûÓÍ_t/ £`ÎgÏ?ºuqyzr& ÷rr& £`Îgͬ!$|¡ÎS ÷rr& $tB ôMs3n=tB £`ßgãyJ÷r& Írr& úüÏèÎ7»­F9$# Îöxî Í<'ré& Ïpt/öM}$# z`ÏB ÉA%y`Ìh9$# Írr& È@øÿÏeÜ9$# úïÏ%©!$# óOs9 (#rãygôàt 4n?tã ÏNºuöqtã Ïä!$|¡ÏiY9$# ( wur tûøóÎôØo £`ÎgÎ=ã_ör'Î/ zNn=÷èãÏ9 $tB tûüÏÿøä `ÏB £`ÎgÏFt^Î 4 (#þqç/qè?ur n<Î) «!$# $·èÏHsd tmr& cqãZÏB÷sßJø9$# ÷/ä3ª=yès9 cqßsÎ=øÿè? ÇÌÊÈ

Yang Bermaksud: Dan katakanlah kepada mereka perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka*; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur ayat 31)

HURAIAN

Perempuan-perempuan Islam bukan sahaja diperintahkan supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan menjaga kehormatannya daripada melakukan zina dan lain-lainnya, tetapi juga diharamkan mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya, kecuali anggota tubuhnya yang zahir - yakni bulatan muka dan kedua tapak tangan.

Kata Ibnu Kathir: ialah yang tidak dapat disembunyikan.

Ibnu Mas’ud menyatakan: Perhiasan ada dua jenis: Pertama yang tidak boleh dilihat oleh orang lain kecuali oleh suami sahaja, iaitu seperti gelang tangan dan cincin; dan kedua: yang dapat dilihat oleh orang luar, iaitu seperti jenis pakaian biasa dan tidak boleh ditutup) (Mukhtasar Ibni Kathir:2/600); kecuali yang zahir daripadanya.

Ada pendapat ulama yang menyatakan; yang lahir itu ialah yang boleh dibuka ketika bersembahyang, iaitu muka dan tapak tangan, kerana seluruh anggota badan wanita itu adalah aurat semuanya yang tidak halal dipandang oleh orang-orang lain daripada suami, kecuali di dalam keadaan darurat seperti mendapat rawatan perubatan atau menjadi saksi); dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, (termasuk orang-orang bodoh dan tidak siuman) atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Ayat 31 an­-Nur)

Ibnu Abbas menyatakan: Yang tidak haram melihat perhiasan badan seorang wanita Islam daripada kalangan sesama wanita ialah; sesama wanita Islam sahaja, dan haram dilihat oleh wanita-wanita beragama lain seperti wanita-wanita Yahudi atau Nasrani dan lainnyia (Mukhtasar Ibni Kathir:2/601. Ini pendapat ulama Salaf. Manakala Fakhrurrazi pula menyatakan: Yang dimaksudkan dengan wanita itu ialah semua kaum wanita, tidak mengira agama, boleh melihat antara sesama wanita, manakala pandangan ulama Salaf itu dikatakan sebagai sikap yang lebih disukai (istihbab) bagi menjaga kesucian kehormatan kaum wanita.

$pkr'¯»t ÓÉ<¨Z9$# @è% y7Å_ºurøX{ y7Ï?$uZt/ur Ïä!$|¡ÎSur tûüÏZÏB÷sßJø9$# úüÏRôã £`Íkön=tã `ÏB £`ÎgÎ6Î6»n=y_ 4 y7Ïs #oT÷r& br& z`øùt÷èã xsù tûøïs÷sã 3 c%x.ur ª!$# #Yqàÿxî $VJÏm§ ÇÎÒÈ

Yang Bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah al-Ahzab ayat 59)

1

No comments:

Post a Comment