Thursday, July 30, 2009

MENGENAL ISLAM SECARA MUDAH

RUKUN ISLAM

(5 PERKARA)

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya keISLAMan yang sempurna.

1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya" Dengan Syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yahg Maha Esa itu adalah Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-NYa.

2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM

Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepada-Nya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi s.a.w.

3. MENGELUARKAN ZAKAT

Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

4. BERPUASA PADA BULAN RAMADAN

Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH

Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

RUKUN IMAM

(6 PERKARA)

Ertinya bagi meningkatkan batas-batas keIMANan serta keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan.

1. PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T.

Dengan iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.

2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT.

Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan Allah.

3. PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB

Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL-QURAN.

4. PERCAYA KEPADA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL

Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.

5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT

Dengan iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat

penentuan kedudukan manusia samada di syurga atau neraka.

6. PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR

Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita mempercayai

bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan

kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala

sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

RUKUN SEMBAHYANG

(13 PERKARA)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Mereka itu adalah orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang. Dan mereka juga menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia (dunia dan akhiat)" –

Berkenaan sila lihat maksud surah al-Mukminun: Ayat 1-3

  1. NIAT - di dalam hati (Menentukan sama ada sembahyang
  1. fardhu, sunat dan semumpamanya.
  2. QIYAM - (Berdiri dengan betul bagi yang berkuasa).
  3. TAKBIRATUL IHRAM - (Wajib dilafazkan bagi yang berkuasa).
  4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH PADA SETIAP RAKAAT.
  5. RUKUK SERTA TOMAKNINAH.
  6. IKTIDAL
  7. SUJUD
  8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TOMAKNINAH
  9. TASYAHHUD/TAHIYYAT AKHIR
  10. DUDUK TASYAHHUD AKHIR
  11. SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W.
  12. SALAM PERTAMA
  13. TERTIB.

TERTINGGAL RUKUN.

Sesiapa yang tertinggal rukun sembahyang tidak boleh diganti dengan sujud sahwi, malahan jika dia teringat ketika sembahyang, wajib bersegera mengulangi sembahyang dari tempat yang tertinggal itu.

SUNAT SEMBAHYANG

SUNAT DALAM SEMBAHYANG TERBAHAGI KEPADA

2 BAHAGIAN IAITU:

(1) SUNAT HAI'AH - Sekiranya ditinggalkan, tidak dituntut melakukan apa-apa. Ianya pada 14 tempat iaitu:

  1. Mengangkat tangan.
  2. Ketika takbiratulihram
  3. Ketika rukuk
  4. Ketika iktidal
  5. Ketika bangun dari sujud.
  6. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri diantara dada dengan pusat dan memegangnya.
  7. Membaca doa iftitah
  8. Membaca A'uzubillah.
  9. Membaca Fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada rakaat yang pertama seperti pada sembahyang Maghrb, Isyak, Subuh, Jumaat, dua hari raya dan sebagainya.
  10. Membaca 'Amiin' selepas fatihah
  11. Membaca surah selepas fatihah
  12. Membaca takbir (Allahhu Akhbar) ketika rukuk dan membaca (Sami'allah huliman hamidah) ketika bangun dari iktidal.
  13. Membaca tasbih ketika rukuk
  14. Membaca tasbih ketika sujud
  15. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan semua anak jari semasa duduk antara dua sujud
  16. Duduk "Iftiraasyi' iaitu duduk di atas buku lali kiri dengan menegakkan tapak kaki kanan pada semua duduk
  17. Duduk `Tawarruk' iaitu duduk pada tahiyyat akhir dengan mengeluarkan kaki kiri ke sebelah kanan dan punggungnya diletakkan di atas lantai sedang kaki kanan menegak.
  18. Memberi salam yang kedua.

(2)- SUNAT AB'ADH - iaitu jika ditinggalkan, maka ia dituntut untuk melakukan sujud sahwi. Ianya ada pada 7 tempat iaitu:

  1. Duduk tahiyyat awal
  2. Membaca tahiyyat awal
  3. Selawat dalam tahiyyat awal
  4. Doa qunut Subuh dan juga pada solat witir 15 yang terakhir Ramadhan.
  5. Selawat dalam qunut
  6. Berdiri semasa berqunut
  7. Selawat ke atas keluarga nabi semasa tahiyyat akhir.

MAKRUH SEMBAHYANG

PERKARA YANG MENGURANGKAN PAHALA SEMBAHYANG

1. Meninggalkan yang sunat

2. Memaling muka ke kanan dan ke kiri

3. Memandang atau mengankat muka ke atas

4. Rukuk dan sujud yang dilakukan dengan tidak sempurna

5. Menyapu pasir atau tanah yang terdapat di tempat sujud ketika hendak sujud kecuali perbuatan itu dilakukan hanya sekali dalam keadaan terpaksa

6. Meludah ke kanan atau ke hadapan sebaliknya hendaklah meludah ke kiri atau ke bawah tapak kaki kirinya (jika solat berseorangan dan tidak dilakukan di dalam masjid).

7. Solat dengan meletakkan kedua-dua tangannya pada pinggang

8. Memberi isyarat tertentu dengan tangannya kecuali isyarat menjawab salam atau untuk menegur imam

9. Mengira atau membilang sesuatu.

10. Mengangkat tangan ke atas atau membalik-balikkannya ketika mengucapkan salam.

11. Membuka mulut ketika menguap. Rasulullah s.a.w. bersabda dari Abu Hurairah r.a. katanya, "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (daripada membuka mulut lebar-lebar). Riwayat Tarmizi & Muslim.

12. Solat dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil dan air besar atau menahan lapar.

13. Memandang kepada sesuatu yang melalaikan yang berada di hadapan seperti gambar, pakaian yang berwarna-warni dan sebagainya.

14. Menurunkan kain hingga mencecah ke lantai serta menutupi kedua-dua buku lali (bagi lelaki)

15. Solat dalam keadaan mengantuk.

16. Membunyikan ruas-ruas tangan (meletupkan anak-anak jari).

SYARAT WAJIB SEMBAHYANG

01. ISLAM

02. BALIGH

03. BERAKAL

SYARAT SAH SEMBAHYANG

MENGETAHUI TELAH MASUK WAKTU. JIKA ADA YANG BERSEMBAHYANG TANPA MEYAKINI MASUKNYA WAKTU MAKA SEMBAHYANG ITU TIDAK SAH SEKALIPUNTEPAT PADA WAKTUNYA.

MAKMUM MUAFIK & MAKMUM MASBUK

(MAKMUM MUAFIK)

MAKMUM MASBUK

Ialah makmum yang tidak dapat membaca fatihah dalam nasa imam berdirimaka tidak wajib atasnya menyempurnakan fatihahnya. Bacaannya hanya sekadar yang dapat dan dikehendaki rukuk bersama imam.

SEBAB-SEBAB MASBUK

PANDUAN UNTUK KHUSUK SEMBAHYANG

1. KHUTBAH WIDA' INI ADALAH KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W. DISAMPAIKAN PADA 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH. (Maksudnya)

KHUTBAH WIDA' INI ADALAH KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W. DISAMPAIKAN PADA 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH. (Maksudnya)

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam

rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.....

ASAL-USUL SEMBAHYANG SUBUH

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala ia keluar dari syurga lalu di hantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan ia berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat ke 1 : bersyukur ia kerana terlepas dari kegelapan malam

Rakaat ke 2 : bersyukur ia kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat ke 1: bersyukur bagi penebusan.

Rakaat ke 2: bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ke 3: bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat ke 4: bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibasy.

ASAR

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala ia dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun.

Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang waktu itu telah masuk Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana ia telah diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan iaitu.

Rakaat ke 1: kelam dengan kesalahan.

Rakaat ke 2: kelam dengan air laut.

Rakaat ke 3: kelam dengan malam.

Rakaat ke 4: kelam dengan perut Ikan Nun.e

MAGHRIB

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s. tatkala ia dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.

Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana di-selamatkan daripada kejahilan itu iaitu.

Rakaat ke 1: Untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Maha Esa.

Rakaat ke 2: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Maryam yang dituduh telah melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ke 3: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua tiada dua atau tiga.Ra

ISYAK

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Empat dukacitanya itu ialah.

Rakaat ke 1: Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat ke 2: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ke 3: Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat ke 4: Dukacita terhadap anak Firaun.


PANDUAN JENAZAH

RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH

PERKARA SUNAT YANG MESTI DILAKUKAN

TERHADAP JENAZAH

BARANG-BARANG KEPERLUAN JENAZAH

No comments:

Post a Comment