Al-Imam Bukhari Rahimakumullah menyatakan; Aku telah menemui lebih daripada seribu ulamak mereka semua bersepakat menyatakan bahawa: Iman dan Akidah adalah tidak boleh dipisahkan daripada tingkahlaku dan keperibadian hidup seseorang, ianya sentiasa berubah-ubah kadang-kadang bertambah kadang-kadang berkurangan (surut). Lantaran itu keperibadian as dan amalan hasil daripada tingkah laku seseorang boleh dikira sebagai bukti kekuatan Iman dan kekuatan akidah kepada Allah Subhanahuwataala.
Kekuatan iman dan akidah adalah terletak kepada kesempurnaan kerja dan akhlak manusia. Semua usaha dan aktiviti hidup seseorang bermula daripada hari mukalaf atau baligh dan disepanjang hayat adalah sebagai pelengkap kepada iman yang tersemat dihatinya. Bagi menerangkan csop iman yang luas ini baginda Rasulullah s.a.w menyatakan dalam hadisnya :-
"ليس الإيمان بالتمني ولا بالتحلي ، ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل"
Maksudnya: Bukanlah Iman itu hanya dengan angan-angan atau khayalan dan bukan juga dengan perhiasan, tetapi iman itu apa yang dalam lubok hati dan diterjemahkan kebenarannya dengan amalan. (Riwayat Bukhari & Muslim).
Hadis muslim dalam riwayat yang lain Rasullulah bersabda:-
وسلم (الإيمان بضع وسبعون شعبة أعلاها قول لا اله إلا الله وأدناها إماطة الأذى عن الطريق والحياء شعبة من الإيمان)
Maksudnya: Iman itu mempunyai lebih daripada tujuh puluh cabang. Yang paling tinggi ialah menyebut kalimah “Lailahaillah”. Dan yang paling rendah ialah buang sampah di tepi jalan. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Iman ada yang berhubung kait dengan hati, lidah dan anggota tubuh badan (pancaindera manusia) bahagian-bahagian (sifat-sifat) yang ada kaitan dengan hati ialah perkara yang terlibat dengan perkara-perkara keyakinan akidah (hati-perasaan). Perkara tersebut adalah seperti berikut :-
1) Beriman dengan kewujudan Allah dan Keesaannya.
2) Beriman dengan para malaikat
3) Beriman dengan seluruh kitab yang diturunkan Allah SWT
4) Beriman dengan para Rasul
5) Beriman dengan hari akhirat
6) Beriman dengan Qadha dan Qadar baik dan buruk daripada Allah
Termasuk seterusnya :-
7) Beriman kepada alam kubur
8) Beriman kepada hari bangkit semula dari kubur
9) Beriman kepada Mahsyar
10) Beriman kepada bagkit ke alam akhirat
11) Beriman kepada hisab amalan
12) Beriman kepada timbang dosa pahala
13) Beriman kepada sirath ( titian)
14) Beriman kepada syurga
15) Beriman kepada neraka
16) Berkasihan dan marah semata-mata kerana Allah.
17) Mencintai Allah
18) Kasih sayang kepada Nabi.
19) Ikhlas kerana Allah
20) Tidak riak
21) Tidak munafik
22) Bertaubat
23) Takut kepada Allah
24) Berharap kepada Allah
25) Melahirkan sifat syukur
26) Menunaikan Janji
27) Sabar
28) Redha dengan Qadar dan Qadar
29) Tawakkal
30) Prihatin (kasihan) terhadap manusia, binatang dan alam sekitar
31) Rendah hati
32) Manghormati orang tua
33) Sayang dan kasihan kepada si kecil
34) Tidak Takbur
35) Tidak bangga diri
36) Tidak dengki ( Hasad )
37) Tidak busuk hati
38) Tidak mudah marah
39) Tidak Tamak & Membazir
SIFAT YANG TERLIBAT DENGAN LIDAH
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Baca Al-Quran
3) Belajar Ilmu bagi kepentingan dunia mahupun akhirat
4) Mengajar segala ilmu yang bermanfaat
5) Berzikir sama ada zikir Qauli(perkataan), Fi’li(perbuatan) dan Qalbi(hati)
6) Berdoa
7) Jaga lidah menjauhi perkara yang melalaikan
Sifat-sifat atau kelakuan terlibat dengan tubuh badan atau anggota pencaindera seperti :-
1) Jauh daripada perkara najis
2) Menutup aurat
3) Sembahyang Fardhu dan sunat
4) Mengeluarkan zakat
5) Berbuat baik
6) Memberi makan / menjamu makan kepada fakir miskin
7) Memuliakan tetamu
8) Memerdekakan hamba
9) Puasa Ramadhan dan puasa sunat
10) Menunaikan haji dan umrah
11) Iktikaf
12) Berusaha mendapatkan fadhilat malam lailatul Qadar
13) Jauh daripada amalan berhutang
14) Berpindah (hijrah) daripada negeri-negeri yang bermusuhan
15) Menunaikan nazar seperti nazar yang dijanjikan
16) Menunaikan kaffarah yang diwajibkan
17) Suci nurani bersama suami isteri
18) Menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga
19) Jauh daripada melakukan penderhakaan kepada ibu bapa
20) Berbuat baik kpeda ibu bapa
21) Mendidik anak-anak
22) Mengekalkan silaturrahim
23) Memerintah dengan adil
24) Sentiasa bersama orang ramai ( dalam jama’ah)
25) Setia kepada pemimpin
26) Berbaik-baik dengan semua orang
27) Memerangi Khawarih dan penderhakaan
28) Tolong menolong membuat kebaikan
29) Menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat
30) Menegak kebenaran perintah Allah
31) Berjihad dan bersatu dalam menjalankan perintah Allah
32) Menunaikan amanah dan janji dalam perniagaan
33) Menghormati jiran
34) Pergaulan yang harmoni
35) Mencari harta pada jalan yang halal
36) Belanja harta di tempat yang halal
37) Tidak membazir
38) Menjawab salam
39) Ucap doa terhadap perkara yang baik
40) Jangan berdoa kepada kemudaratan orang Islam lain
41) Tidak menyakiti hati orang lain
42) Menjauhi daripada unsur-unsur yang melalaikan
43) Membuang sampah di tengah jalan
Hanya Iman yang dipenuhi dengan ciri-ciri dan sifat-sifat di atas itu sahaja yang boleh dianggap sebagai iman yang sesuai, penuh dan padat, kerana ia dipenuhi dengan akidah, ibadat, akhlak, adab dan semua perkara yang berkaitan dengan kelakuan menusia.
No comments:
Post a Comment