PENDAHULUAN
Maklumat-maklumat yang dimuatkan dalam tajuk ini adalah dipetik dari buku “Kriteria-Kriteria Ajaran Sesat”. Buku tersebut adalah terbitan bersama negara anggota MABIMS iaitu Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia , Malaysia dan Republik Singapura.
Pemikiran bagi mewwujudkan kriteria ini telah timbul pada tahun 1991 dan melalui beberapa perbincangan tokoh-tokoh agamadan ulama negara anggota MABIMS telah meluluskan kriteria ini.
Oleh kerana wujudnya kesedaran yang mendalam di kalangan umat Islam di rantau ini maka kriteria bersama yang pada pemikiran awalnya sangat sukar untuk dicapai telah menjadi kenyataan yang positif, dan telah sedia untuk dilaksanakan secara bersama-sama.
Apa yang diharapkan dengan wujudnya kriteria bersama ini ialah kesungguhan dan rasa kesedaran serta tanggungjawab untuk memelihara keharmonian akidah umat Islam yang tidak hanya harus dilihat dalam konteks nasional, tetapi juga harus dilihat secara global dalam konteks serantau.
Sesungguhnya kekuatan umat Islam, selain daripada beberapa aspek lain, ia juga banyak bergantung sejauh mana keutuhan akidah mereka dalam menghadapi cabaran-cabaran yang sering melanda. Sejarah telah membuktikan bahawa umat yang lemah akidahnya akan mudah terjerumus ke jurang kehancuran.
Oleh yang demikian, salah satu alternatif untuk menuju ke arah kekuatan umat Islam ialah dengan jalan mengukuhkan keutuhan akidah mereka supaya lebih mantap dan tidak mudah digugat walau dengan apa cara sekalipun. Dan pengukuhan itu tidaklah harus semata-mata dalam lingkungan negara masing-masing sahaja tetapi juga harus menerbus keluar ke peringkat yang lebih luas dan secara bersama-sama.
TAKRIF AJARAN SESAT
MABIM bersetuju mentakrifkan ajaran sesat sebagai:
“Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, serta juga bertentangan dengan ajaran Ahlis Sunnah Wal Jamaah.”
MABIM bersetuju supaya kajian secara terperinci dan ilmiah dibuat terhadap sesuatu ajaran sebelum mengkategorikannya sebagai ajaran sesat.
KRITERIA AJARAN SESAT
Kriteria-kriteria berikut bolehlah dijadikan sebagai garis panduan dalam menghukum sesuatu ajaran itu sebagai ajaran sesat :
- Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara yang bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahlis Sunnah Wal Jamaah seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci al-Quran, mempercayai adanya kiblat lain selain daripada Kaabah dan seumpamanya.
- Mempertikaikan kebenaran al-Quran atau al-Hadits.
- Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa Alaihissalam, Imam al-Mahdi al-Muntadzar atau lain-lain istilah yang seumpamanya.
- Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama tersebar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.
- Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah Ahlis Sunnah Wal Jamaah seperti mempastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih daripada empat.
- Mengadakah bidaah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil qat'i dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadhan, menunaikan Fardhu Haji ke Makkah dan seumpamanya.
- Mentafsir dan menghuraikan al-Quran dan / atau al-Hadis mengikut sesuka hati.
LANGKAH PERLAKSANAAN
MABIM juga bersetuju supaya negara-negara anggota akan mengadakan langkah-langkah dan tindakan-tindakan berikut :
- Menyebarkan maklumat kepada orang ramai dengan sejelas-jelasnya mengenai sesuatu ajaran sesat melalui pendidikan formal dan tidak formal, media-media atau cara-cara yang sesuai seperti buku, majalah, kaset, pita video, risalah, khutbah, seminar, taklimat dan seumpamanya.
- Meningkatkan lagi kegiatan-kegiatan dakwah bagi menjamin keberkesanan penerangan kepada orang ramai mengenai akidah Ahlis Sunnah Wal Jamaah.
- Mengadakan langkah-langkah pengawalan yang berbentuk pentadbiran seperti , mengeluarkan fatwa dan kenyataan terhadap sesuatu ajaran sesat, menyediakan garis panduan bagi tugas dan kuasa guru-guru agama dan pendakwah, menapis dan mempastikan guru-guru agama atau pendakwah-pendakwah bukan warga negara yang lain, tidak terlibat dalam kumpulan ajaran sesat yang berkenaan, mengadakan langkah-langkah pemulihan kepada guru dan pengikut-pengikut ajaran sesat yang berkenaan.
- Mengenalpasti serta mengkaji khurafat-khurafat yang wujud di kalangan umat Islam di negara masing-masing, dan menyebarkan maklumat mengenainya kepada orang ramai melalui cara sebagaimana yang disebutkan dalam perkara (4) bagi membasmi khurafat-khurafat tersebut.
- Meningkatkan gerakan dakwah dan penerangan kepada Umat Islam di negara masing-masing berhubung dengan amalan-amalan yang tidak Islamik yang boleh menjejaskan kebersihan dan ketulenan akidah Umat Islam, seperti Hari Valentine, dan seumpamanya.
- Pengharaman pencetakan, penerbitan, pengedaran bahan-bahan bercetak yang mengandungi ajaran-ajaran sesat kepada orang ramai seperti buku, majalah, kaset, pita video dan seumpamanya.
- Pengharaman melalui undang-undang dan peraturan terhadap penyebaran dan pengalaman ajaran-ajaran yang telah dikenalpasti sebagai ajaran sesat, menurut cara atau langkah yang sesuai dengan situasi dan kondisi setiap buah Negara anggota.
- Sebarang orang atau pihak yang terlibat dalam bilangan (vi) dan (vii) di atas hendaklah diambil tindakan undang-undang yang sesuai dalam lingkungan undang-undang yang berjalan di negara masing-masing.
Kriteria-kriteria berikut bolehlah dijadikan sebagai garis panduan dalam menghukum sesuatu ajaran itu sebagai ajaran sesat :
(i) Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara yang bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahlis Sunnah Wal Jamaah seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci Al-Quran, mempercayai adanya kiblat lain selain dari kaabah dan seumpamanya.
Contoh bagi kumpulan yang memansuh atau merubah Al-Quran dan al-Hadis.
Bahai
Al-Bahaiyyah adalah satu kumpulan atau mazhab yang mendakwa nabi baru dengan kitabnya yang suci iaitu “Al-Bayan”, memansuhkan segala kitab samawiyyah seperti Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran.
Mirza Ali Muhammad mendakwa dia menjadi rasul dan menyangka syariatnya itu memansuhkan syariat Islam dan dia juga mereka hukum-hukum itu supaya dijalankan oleh pengikut-pengikutnya dan hukum-hukum itu menyalahi hukum Islam.
Mirza Ghulam Ahmad (Qadiani) telah mengubah dan meminda ayat-ayat Al-Quran, Penyelewengan ini meliputi maksud, makna dan lafaznya sekali.
Memansuhkan atau mengubah ayat-ayat Al-Quran dan al-Hadis sama ada maksud, makna dan lafaznya adalah dihukumkan kufur, seperti mengaku diri menjadi nabi itu, telah mendustakan Quran, Hadits dan Ijma adalah kufur. (Fatwa Mufti Bil:29 (34/89 M.S 121)
Dalam surah Al Maaidah ayat 48 Allah berfirman Ertinya : “Dan kami turunkan kepadamu (Ya Muhammad) kitab al-Quran dengan membawa kebenaran untuk mengsahkan benarnya kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya dan untuk memelihara serta mengawasinya maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran”.
Ertinya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”. (Al Maaidah ayat 47)
Contoh bagi kumpulan yang mempercayai adanya kiblat lain selain dari kaabah ialah Silat Lintau, Bahai dan Qadiani. Menurut ajaran Silat Lintau, kiblat dalam sembahyang pada hakikatnya ada 4 iaitu kiblat di Ka'bah, kiblat Tikar Sembahyang, kiblat dalam diri dan kiblat kepada Allah.
Al Baha (Mirza Hussien Ali) menjadikan sembahyang 9 rakaat sehari semalam. Dan kiblat orang Bahaiyyah dalam sembahyang bukanlah ke kaabah tetapi dengan menghadap di mana Al Baha itu berada.
Ibadah Haji itu berpindah ke Qadian, dakwaan pengikut Qadiani.
Pendapat-pendapat yang menyatakan kiblat selain kaabah adalah jelas bertentangan dengan ayat Al-Quran dalam surah Al Baqarah ayat 149, Allah berfirman Ertinya :
“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al Haram (Ka'bah) dan sesungguhnya perintah berkiblat ke ka'bah itu adalah benar dari Tuhanmu.
Mempertikaikan kebenaran Al-Quran dan atau al-Hadis
Beberapa ajaran di dalam aliran-aliran yang sesat dan menyeleweng yang mana bukan saja mempertikaikan kebenaran Al-Quran, malahan menafikan kebenaran (perintah) isi Al-Quran sebagai contoh :
· Kaum Bahaiyyah menyalahi dan menentang segala apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad dari perkara iktiqad dan hukum-hukum, mereka juga menentang Al-Quran dengan menafsirkan mengikut rekaan mereka sendiri.
· Mirza Ali Muhammad mendakwa menjadi rasul dan syariat Islam, dia juga mereka-reka hukum-hukum itu supaya dijalankan oleh pengikut-pengikutnya dan hukum-hukum itu adalah menyalahi hukum-hukum Allah.
Mempertikai kebenaran al-Hadis pula adalah merupakan pokok ajaran aliran Inkaru-Sunnah yang menyatakan bahawa rasul tidak bertugas memberikan keterangan yang akan menimbulkan pengertian hukum baru seperti yang dikenal dengan sebutan As Sunnah atau al-Hadis.
Menurut mereka, al-Hadis disusun berdasarkan ceritera dari mulut ke mulut dari orang-orang yang lebih tua yang dipandang mengerti agama. Jadi hadits adalah cerita tentang diri Nabi yang tidak diyakini kebenarannya.
Adapun kepercayaan yang tersebut di atas, adalah salah dan menyeleweng berdasarkan dalil-dalil di bawah ini : Firman Allah Ta'ala Yang Bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”.
- Surah al Israa ayat 88.
Firman Allah Ta'ala Yang Bermaksud :
“Dan adapun kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami (Al-Quran) serta mendustakan pertemuan hari akhirat, maka mereka akan tetap berada di dalam azab siksa selama-lamanya”.
Firman Allah Ta'alaYang Bermaksud :
“Dan apa yang didatangkan rasul kepada kamu maka hendaklah kamu ambil akan dia, dan apa yang ia tegahkan kamu daripadanya, maka hendaklah kamu berhenti”. - Surah al Hasyr ayat 7. Ertinya :
“Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab Allah dan Sunnah RasulNya” Ertinya :
“Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk sesudahku”.
- Riwayat Abu Daud dan Termizi.
(iii) Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa 'Alaihissalam, Imam Al Mahdi Al Muntadzar atau lain-lain istilah yang seumpamanya.
Sebagai contoh, beberapa ketua kumpulan atau fahaman atau ajaran telah mengaku atau mendakwa diri mereka sebagai nabi, rasul, Nabi Isa Al Masih dan Imam Al Mahdi. Di antaranya ialah Qadiani atau Ahmadiah, di mana gurunya Mirza Ghulam Ahmad telah mendakwa dirinya nabi dan rasul dan juga sebagai Nabi Isa Al Masih serta sebagai Imam Al Mahdi. Manakala dalam ajaran Bahai pula, gurunya Mirza Ali juga mendakwa dirinya Imam Mahdi Al Muntadzar dan sebagai seorang rasul, begitu juga Syeikh Makmun dari Tariqat Mufarridiah dan Sdr. Buki Syahidin masing-masing mengaku diri mereka Imam Al Mahdi Al Muntadzar.
Tidak sesiapa pun yang boleh mengaku, mendakwa atau mengiktiraf dirinya atau orang lain sebagai nabi terakhir selepas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana Allah Subhanahu Wataala sendiri telah menyatakan di dalam Al-Quran, Tafsirannya :
“Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan penyudah segala nabi-nabi”
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri ada bersabda
“Tidak ada nabi selepas ku”.
Sementara itu pula, para ulama juga telah sepakat mengatakan bahawa tiada ada sebarang nabi selepas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Sesiapa yang mendustakan Al-Quran, hadis-hadis Nabi serta ijma' ulama, maka ia adalah kafir. (Fatwa Mufti Bil : (29) dlm. MKB/PS/10/1988 m.s : 120-121)
Mengenai Imam Al Mahdi Al Muntadzar pula, hadits-hadits telah menyebutkan latar belakangnya, di antaranya; nama sebenar Imam Al Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah. Kunyah atau gelarannya ialah Abu Abdillah. Dia berketurunan daripada Saidina Hasan bin Ali bin Abi Thalib dan diperanakkan di Al Madinah Al Munawwarah dan besar di sana . Sebelum dia diangkat menjadi khalifah, berlaku satu peperangan di antara tentera As Sufyani dengan penduduk Madinah di suatu tempat dan penduduk Madinah menerima kekalahan, maka Al Mahdi lari ke Makkah dengan satu kumpulan, kemudian datang berbagai-bagai bangsa umat Islam mengangkat setia kepadanya di antara Hajar Al Aswad dan Maqam Ibrahim Alaihissalam dengan terpaksa ia menerima ikatan setia mereka. Dia akan diangkat menjadi khalifah ketika berumur 40 tahun. Dia juga yang akan menegakkan keadilan di muka bumi.
Di antara tanda besar akan keluarnya Imam Al Mahdi ialah berlakunya pergaduhan di antara orang-orang haji di Mina, Makkah sehingga berlaku pertumpahan darah di Jamratul 'Aqabah, maka selepas itu Al Mahdi terus keluar. (Fatwa Mufti Bil:(67) Tahun 1409H/1988M m.s:91-93).
Berdasarkan tanda-tanda atau pengenalan ringkas mengenai diri Al Imam Al Mahdi jelas sekali bahawa Imam Al Mahdi Al Muntadzar belumlah keluar pada masa ini, sebagaimana yang didakwa oleh beberapa kumpulan ajaran atau tariqat. Pengakuan yang mereka buat dan ada-adakan itu sebenarnya lebih banyak mengarah kepada maslahat persendirian atau kepentingan kumpulan atau ajaran kerana persoalan menentukan Al Imam Al Mahdi tidak boleh dipermainkan atau dipermudah-mudahkan sehingga sesiapa sahaja bebas menyatakan dirinya atau orang lain sebagai Al Mahdi kerana ianya adalah soal akidah, walaupun ianya bukan akidah pokok, namun mempercayai kemunculan Al Mahdi adalah termasuk di dalam perbahasan mengenai tanda-tanda berlakunya kiamat yang merupakan salah satu dari rukun iman.
(iv) Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.
Kumpulan yang mempercayai perkara di atas di antaranya ialah Al Bahaiyyah. Al Bahaiyyah mengajak pada kesatuan agama dunia yang satu iaitu agama Bahai. Agama Bahai menyatukan agama Yahudi, Nasrani dan Islam dengan alasan bahawa semuanya itu adalah agama yang datang dari Tuhan. Mereka mendakwa mempunyai nabi baru dengan kitabnya yang suci iaitu “al-Bayan”, memansuhkan segala kitab samawiyyah seperti Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran. Hanya Bahai satu-satunya yang berhak berdiri dipermukaan bumi ini, sementara lain-lain akidah dan syariah tidak boleh. Kerana itu mereka mengambil satu sikap mengadaian paksaan kepada orang ramai supaya mengikut ajaran ini. Jika terdapat tentangan oleh mana-mana orang, maka penganut-penganut Bahai adalah disuruh supaya membunuhnya.
Agama yang hanya diterima oleh Allah ialah agama Islam. Tidak ada agama bagi Allah yang lain dari agama Islam di atas muka bumi ini. Agama Islam itu membatal dan memansuhkan semua agama sebelumnya, dan bahwasanya tidak ada agama sama sekali memansuhkan agama Islam selepas datang agama Islam.
Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 19, Maksudnya
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) disisi Allah ialah Islam”.
Firman Allah lagi dalam Surah Ali Imran ayat 85, Maksudnya :
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”.
Oleh yang demikian nyatalah bahawa kepercayaan adanya agama lain selepas datangnya agama Islam itu adalah dusta dan bohong semata-mata.
(v) Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah Ahlis Sunnah WalJamaah seperti mempastikan dirinya atau gurunya ahli Syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih daripada empat.
Sebagai contoh, Syeikh Makmun dari Tariqat Mufarridiyah telah mendakwa nampak bagaimana azab dikenakan ke atas si mati, oleh itu orang yang ingin mendapat pembelaan ke atas keluarganya yang telah mati boleh membayar kepada Syeikh Makmun sekurang-kurangnya 26,000 rupiah bagi tiga malam.
Pengakuan seperti ini ternyata keterlaluan dan berlebih-lebihan, kerana Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dalam Al-Quran, Surah Al An'am ayat 164, Tafsirannya :
“Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seseorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)”.
Pendewaan diri atau pemimpin secara melampau-lampau boleh merosakkan akidah, malah boleh membawa kepada syirik dan kufur, sebagaimana dakwaan pemimpin Bahaiyyah yang mengaku sebagai tuhan. Pengakuan seperti ini jelas bertentangan dengan firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 163, Tafsirannya :
“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa, tiadalah tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) selain dari Allah, Yang Amat Pemurah, lagi Amat Mengasihani”.
Firman Allah dalam Surah An Nisaa ayat 116, Tafsirannya :
“Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua) maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya”.
Mengaku diri setaraf atau sama martabat dengan Allah adalah syirik. Dalam dasar i'tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah ada menyebutkan bahawa tiada ada sesuatu serupa dengan Allah, dan tiada ada lawan bagi Allah dan tiada ada sebaya bagi Allah Taala. Oleh yang demikian, pengakuan seumpama ini jelas bertentangan dengan i'tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah, syirik dan kufur. (Fatwa Mufti Bil:(58) m.s :29).
(vi) Mengadakan bid'ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil qat'i dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadhan. Menunaikan Fardhu Haji ke Makkah dan seumpamanya.
Adapun pengertian bid'ah dari segi nahu Arab (Lughawiyah) ialah tiap-tiap perkara yang dibuat tetapi perkara itu tiada pernah dibuat pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, sama ada perkara itu boleh dibuat atau tidak pada masa zaman Islam. (Fatwa Mufti Bil:(29) MBK/PS/10/1988)
Manakala daripada pengertian syara' pula sebagaimana dalam hadis, Ertinya :
“Tiap-tiap bid'ah itu sesat dan tiap-tiap sesat itu bertempat di Neraka.
Maka bid'ah syar'iah itu adalah perkara yang dibuat sekarang dan perkara itu tidak pernah dibuat pada zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam maka bid'ah syar'iah ini semata-mata haram tiada ada lain maknanya dari makna haram, mengikut kata Al Imam Ibnu Hajar.
Tersebut dalam hadis shahih, Ertinya:
“Daripada Jabir bin Abdullah, Adalah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda... sejahat-jahat perkara itu ialah perkara yang dibuat padahal ia tiada ada pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (bid'ah) dan tiap-tiap bid'ah itu adalah seat.
Berkata Al Imam Ibnu Hajar : Ahli bid'ah yang dikehendaki dalam hadits itu ialah mereka yang tiada berjalan atau tiada beriktiqad menurut iktiqad dan perjalanan ahli Sunnah Wal Jamaah, yang dimaksudkan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah itu ialah pengikut-pengikut Al Imam Abdul Hassan Al Ashari dan pengikut-pengikut Al Imam Manshor Al Maturidiah. Kedua-duanya pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu iktiqad kebanyakan umat Islam yang ada sekarang dari mazhab-mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali.
Setengah Ulama yang lain membahagikan bid'ah itu dua bahagian iaitu Bid'ah Hasanah (Baik) dan bid'ah tidak baik, sebagaimana yang telah dibahagikan bid'ah lughawiyah oleh Al Imam Ibnu Addissalam.
Adapun Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu ialah bidah syariah dan bukan bid'ah lughawiyah.
Maka hukum bid'ah ini secara kesimpulannya, setiap mereka yang melakukan bid'ah dalam akidah akan terkeluar dari golongan Ahli Sunnah, tetapi tidak semertinya terkeluar dari Islam, melainkan dalam perkara yang asas dalam akidah Islam.
Sebagia contoh :
1) Menghapuskan kewajipan berjihad yang terdapat dalam ajaran bid'ah Qadiani yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad. Bertentangan dengan ayat Al-Quran surah Al Haj, ayat 78, Tafsirnya:
2)
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya”.
Sedangkan ayat di atas tidak ada ayat yang memansuhkannya, maka jelas ajaran Qadiani ini bid'ah yang menyesatkan dan perintah jihad itu kekal dan berterusan.
2) Sembahyang Jumaat, dalam ajaran dan amalan tariqat Mufarridiyah oleh Syeikh Makmun yang berusaha menarik orang ramai dan menguatkan tariqatnya, telah sedaya upaya menunjukkan kebolehannya yang luar biasa. Yang mana Syeikh Makmun tidak pernah pergi Sembahyang Jumaat di Masjid kerana katanya beliau sembahyang di masjid Al Haram, Makkah. Tetapi sebetulnya beliau diwaktu itu menguncikan dirinya di dalam bilik.
Sedangkan tersebut dalam Al-Quran surah Al Jumu'ah ayat 9, yang menyeru supaya didirikan Sembahyang Jumaat, Tafsirannya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke Masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan Sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu). Yang sedemikian itu adalah lebih baik bagimu semua apabila kamu semua mengetahui”.
Daripada maksud ayat di atas jelas bertentangan dengan perbuatan Syeikh Makmun. Allah menyeru supaya didirikan Sembahyang Jumaat dan meninggalkan apa jua pekerjaan yang sedang dibuat tetapi Syeikh Makmun ini pula menguncikan dirinya di bilik dengan menyembunyikan perbuatannya itu dengan menipu orang ramai bahawa ia Sembahyang Jumaat di Masjid Al Haram.
3) Puasa bulan Ramadhan dalam ajaran Bahaiyah (Mirza Ali Muhammad) menjadikan puasa 19 hari, bermula dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari dan bukan dalam bulan Ramadhan tetapi dalam musim bunga dan jatuh hari raya mereka pada hari Niruz (hari Orang Parsi penyembah api sebelum Islam).
Bertentangan dengan hadits Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang mewajibkan puasa sebulan di bulan Ramadhan dan merupakan salah satu daripada rukun Islam :Terjemahannya : Daripada Abu Abdir Rahman Abdillah Ibni Umar bin Al Khattab Radiallahu anhuma katanya : Aku dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Didirikan Islam atas lima (rukun) : Syahadah (pengakuan) bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan.- Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Dalam ajaran Bahaiyah (Mirza Ali Muhammad) ini bahawa waktu puasa ialah dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari, sedangkan dalam Al-Quran waktunya ialah apabila telah nyata benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar sehinggalah waktu malam (maghrib).
Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 187, Tafsirnya :
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).
4) Menunaikan Fardu Haji ke Makkah. Dalam ajaran Qadiani (Mirza Ghulam Ahmad) telah memindahkan ibadat haji dari Makkah ke Qadian (nama salah satu tempat suci bagi Mirza Ghulam Ahmad). Sedangkan dalam Al-Quran Kaabah Baitullahil Haram wwujud di Makkah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan telah dimuliakan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam hinggalah Allah menjadikan Fardu Haji itu salah satu rukun Islam yang lima.
Firman Allah Taala dalam Surah Al Maaidah ayat 97, Tafsirnya :
Allah telah menjadaikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia.
Sedangkan ayat di atas tidak ada ayat lain yang memansuhkannya. Maka perkara itu tetap tidak berubah.
Semua contoh-contoh ini tadi merupakan bid'ah syar'iah yang sesat.
(vii) Mentafsir dan menghuraikan Al-Quran dan atau Al-Hadis mengikut sesuka hati.
Perkara ini pernah dilakukan oleh Mansyur SH dan MT Taufik di Indonesia telah memutarbelitkan isi al-Quran dengan menafsirkan ayat-ayat secara keliru seperti ayat 67 Surah al Ahzab yang bermaksud :
“Dan mereka berkata lagi : 'Wahai Tuhan kami! sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”.
Ketua-ketua dan orang-orang besar yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah pemimpin-pemimpin orang kafir itu sendiri. Akan tetapi Mansyor SH dan MT Taufik menafsirkan ketua-ketua dan orang-orang besar adalah para ulama.
Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ianya terpelihara dan tidak dapat berubah, tidak dipinda atau dihapuskan. Banyak usaha telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam malahan juga orang Islam yang terpengaruh oleh diayah-diayah dusta musuh-musuh Islam untuk mengubah atau meminda isi al-Quran atau susunan ayat atau surah al-Quran. Sehingga kini masih banyak usaha dilakukan untuk mengubah isi dan kandungan serta tafsiran al-Quran mengikut akal dan kemahuan mereka sendiri. Semuanya ini ada kepentingan peribadi yang hendak di rebut.
Maka perbuatan menafsirkan ayat al-Quran atau hadits dengan sesuka hati adalah dilarang dan berdosa besar. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 75 yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar kalam Allah (Taurat) kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (perbuatan itu salah)”.
3 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
MABIM juga bersetuju supaya negara-negara anggota akan mengadakan langkah-langkah dan tindakan-tindakan berikut :
(i) Menyebarkan maklumat kepada orang ramai dengan sejelas-jelasnya mengenai sesuatu ajaran sesat melalui pendidikan formal dan tidak formal, media-media atau cara-cara yang sesuai seperti buku, majalah kaset, pita video, risalah, khutbah, seminar, taklimat dan seumpamanya.
(ii) Meningkatkan lagi kegiatan-kegiatan dakwah bagi menjamin keberkesanan penerangan kepada orang ramai mengenai akidah Ahlis Sunnah Wal Jamaah.
(iii) Mengadakan langkah-langkah pengawalan yang berbentuk pentadbiran seperti :
a) Mengeluarkan fatwa dan kenyataan terhadap sesuatu ajaran sesat.
b) Menyediakan garis panduan bagi tugas dan kuasa guru-guru agama dan pendakwah.
c) Menapis dan mempastikan guru-guru agama atau pendakwah-pendakwah bukan warga negara yang ingin masuk ke sebuah negara anggota yang lain, tidak terlibat dalam kumpulan ajaran sesat berkenaan.
Ajaran Sesat Tarbiyah
Orang-orang Tarbiyah sesungguhnya hanya mengajarkan ilmu-ilmu sesat pada pengikutnya. Mereka tidak mengajarkan ilmu agama, mereka tidak mengajarkan nahwu sharaf, tidak mengajarkan balaqah, tidak mengajarkan muthalaah muhadasah, tidak mengajarkan mantiq, yang mereka ajarkan cuma fanatisme golongan, bagaimana membentuk orang-orang militan yang fanatik pada kelompoknya. Mereka menganggap diri mereka dan kelompok mereka adalah yang paling benar , yang paling melaksanakan Al Qur'an dan Al Hadis , makanya mereka menganggap diri paling kompeten dalam membuat tafsiran tafsiran agama , ataupun mempergunakan ayat-ayat al Qur'an maupun hadis seenak perutnya sendiri , bahkan termasuk untuk membuat fitnah , memaki-maki atau menjatuhkan orangpun . Bahkan untuk melakukan kejahatan seperti mencuri pun pakai ayat-ayat Al Qur'an untuk menutupinya sehingga seolah-olah perbuatan mereka itu benar dan dihalalkan agama. Kalau diskusi sama orang bisanya memberi tuduhan semacam kafir atau munafiq daripada argumentasi , karena memang mampunya cuma segitu , ilmu agama mereka rata-rata masih lebih rendah daripada anak-anak tsanawiyah , bahkan dibanding anak TKA/TPA sekalipun. Makanya mereka mengedepankan teror dan tuduhan secara keroyokan daripada argumentasi yang cerdas , karena mereka adalah orang-orang fanatik yang maniak , apa-apa yang diajarkan murabbi mereka dianggap sebagai sabda Nabi , sebagai kebenaran agama secara mutlak , mereka cuma bisa melihat secara hitam putih , apa yang datang dari kelompok mereka dianggap kebenaran mutlak , sedang orang atau golongan lain dianggap sesat dan ahli bid'ah. mereka lebih mengutamakan melihara jenggot seperti kambing atau menggulung celana seperti orang kebanjiran dan memaksa orang lain untuk melakukan hal yang sama daripada belajar dan memperdalam ilmu agama. Orang-orang PK ini bukan Islam yang sesungguhnya , mereka cuma orang fanatik yang menggunakan agama sebagai topeng , islam tidak menghalalkan segala cara seperti yang mereka biasa lakukan
SEJARAH
2. Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru, mulai bergerak secara senyap-senyap semasa Islam mula bertapak di Semenanjung pada abad ke 15 iaitu melalui konsep animisma(1) dinamisma(2) dan ajaran Hindu-Budha. Tetapi yang ketaranya adalah datang dari pengaruh Syiah melampau seperti Sabaiyyah(3) Kaysaniyyah(4) dan oleh Syiah Ismailiyyah Batiniyyah(5) juga aliran teosofi(6).
Menurut sejarah bahawa ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawah oleh Hj. Ahmad Matahari pada tahun 1870an di Kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain. Sementara di Kelantan wwujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud yang disebarkan dalam tahun 1950an dan ajaran Martabat Tujuh. Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup, bukan sahaja di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain. Hari demi hari ajaran sesat telah bertambah dan hingga akhir tahun 1999 jumlahnya menjangkau lebih dari 100 ajaran yang diadukan ke Jabatan Agama seluruh Malaysia.
Sehingga kini setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan secara senyap-senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan. Jumlah ajaran sesat telah bertambah dari masa ke semasa.
Beberapa peristiwa yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam belaku berikutan dari ajaran sesat umpamanya pada 19 Oktober 1974 seorang dari kumpulan ajaran sesat 4 Sahabat di Kg. Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah mati ditembak dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan.
Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh , Perak (Tn. Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab, 68 tahun). Pada 19 Ogos 1979 peristiwa di Kerling, Selangor telah mati terbunuh apabila mereka sedang melakukan pemecahan Kuil Hindu di Kerling, Selangor. Satu peristiwa besar di Batu Pahat telah berlaku pada 16 Oktober 1980 di mana 8 orang dari kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir b. Ismail (Kemboja) telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat dan mencederakan ramai anggota polis, kakitangan balai dan orang awam. Pada 1 Februari 1996, dua orang lelaki warga Indonesia cedera ditembak selepas mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah . Lelaki berkenaan menyebarkan ajaran sesat yang berpusat di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah . Pada 18 Mac 1996, pengikut ajaran Tabarani bertindak keterlaluan memukul Ketua Kampung, Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang, Sidek Mohamad kerana didakwa menghalang kegiatan mereka.
MENGENAL AJARAN SESAT DI MALAYSIA
TAKRIF AJARAN SESAT
1. Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Halaman 4, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama, kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.
FAKTOR-FAKTOR AJARAN SESAT
3. Hasil dari penelitian Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang berkembang hasil dari faktor-faktor berikut:-
i. Tasawuf Falsafah @ Teosofi
ii. Ajaran Batiniah;
iii. Ajaran Syiah;
iv. Khurafat, Amalan Bomoh dan Tradisi; dan v. Usaha menjauhkan Umat Islam dari al-Quran dan al-Sunnah.
FAKTOR PERTAMA:
TASAWUF FALSAFAH @ TEOSOFI @ WWUJUDIAH + MARTABAT TUJUH
4. Tasawuf Teosofi(7) menjadi punca utama kepada penyelewengan dalam ilmu tasawuf dan kepada muncul ajaran-ajaran sesat yang mana ia didapati dipengaruhi oleh pengaruh Greek, Parsi, Yahudi, Kristian dan Hindu – Buddha. Faktor ini mengandungi berbagai-bagai konsep yang bermula dengan konsep wahdatul wwujud dan seterusnya diserap kepada ajaran martabat tujuh dari karangan Syeikh Mohammad b. Fadhlullah Al-Burhanipuri, (W 1029H @ 1619M) melalui bukunya al-Tohfah Ila-Mursalah Ila Roh Al-Nabi, yang diterjemah ke bahasa Jawa tahun (1680M) kemudiannya pula disalurkan oleh beberapa tokoh Nusantara seperti Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani (W 1690M) yang mengarang buku Jauhar al-Haqaeq, Abdul Rauf Singkel dengan kitab Daqaiq al-Huruf beliau dikatakan menuntut di Makkah selama 19 tahun dan kembali ke Acheh tahun (1661M) dan Syeikh Hamzah Fansuri (W 1606M) dalam buku-bukunya di bidang tasawuf ketuhanan terutama buku Asrar al-Arifin, Syarb al-‘Asyikin dan al-Muntahi dan berkembang pula melalui kitab al-Durr al-Nafis oleh Syeikh Mohammad Nafis al-Banjari (W 1778M) yang ditulis tahun (1200H) yang dianggap pula oleh beberapa tokoh penyelidikan sebagai mewarisi kitab al-Tohfah al-Mursalah yang dikatakan telah ditemui di Ceribon tidak lewat dari tahun 1668M oleh Abdul Muhyi seorang wali dari Jawa, yang menjadi guru kepada Bagus Norjan dari Ceribon. Kitab ini juga tersebar di Sumatera pada abad ke-17 M. Buku ini dikatakan mempengaruhi kelanjoran buku Serat Wirid Hidayat Jati karangan Rengka Warsita (W 1873M). Pada asasnya faktor Tasawuf Teosofi ini telah banyak mempengaruhi ajaran-ajaran yang dibawa oleh guru-buru ajaran sesat ditambah pula oleha buku Kasyr Al-Asrar oleh Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah al-Mengkabu yang ditulis tahun 1922M.
Tasawuf Wahdatul Wwujud
5. Menurut Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim bahawa tasawuf wahdatul wwujud dalam Islam dapat dikesan sumbernya daripada Hindu dan Neoplatonisma atau seumpama kedua-duanya (lihat Ajaran Sesat 1994) DBP hal. 13). Menurut Haji Abdullah Fahim b. Hj. Ab. Rahman, pula bahawa buku Bahr al-Lahut iaitu kitab adunan antara kandungan al-Tohfah al-Mursalah dengan Serat Wirid dan kandungan Bahr Al-Lahut inilah yang terdapat dalam kitab Hidayah Anwar (Ajaran Taslim) dan Hakikat Insan (1985M) serta Tajalli Ahmad Laksamana (lihat Sejarah Kemunculan Ajaran Menyeleweng, hal. 55-56). Menurut Dr. Abdul Fatah Haron bahawa martabat tujuh juga bukan dari al-Quran dan Hadis Sahih, tetapi dari falsafah Neo Platonism yang dikenal dengan teori immanasi atau as-Sudur (Lihat Beberapa Masalah Utama Dalam Tasawuf (1993M) BAHEIS, KL H. 25). Dari Kitab al-Durr al-Nafis, Maktabah Wa Matbaah Darul Maarif Pulau Pinang terdapat huraian martabat tujuh ini dari halaman 21 – 23. Falaman Wahdatul Wwujud menganggap alam ini adalah penyataan Allah yang qadim Azali lagi abadi. Alam ini seperti ombak dan Tuhan seperti laut. Ombak itu kekal ada selagi laut itu kekal.
Ajaran Martabat Tujuh
6. Martabat Tujuh adalah satu perbincangan mengenai asal usul mula kejadian alam semesta ini. Ilmu ini termasuk dalam bidang iktiqad Tasawuf Falsafah Wahdatul Wwujud. Penjelasan maksudnya ialah bahawa Allah Yang Maha Esa Mentajalli (menampak) alam semesta daripada Dzatnya sendiri.
Pertama: Ahadiyah iaitu Martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabat tidak nyata. Ahadiyah iaitu seperti menilik cermin, wahdah seperti cermin, wahdiyah seperti rupa dalam cermin, martabat La Taayun belum nyata Tuhan dengan hamba.
Kedua: Wahidiyah – Martabat Aliah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh Qudsi yakni nyawa Muhammad, martabat Taayun Awwal iaitu nyata yang pertama, kelakuan dzat: Syuun, Martabat Muhammad. Ertinya nyawa Muhammad pada pihak pengetahuan Allah.
Ketiga: Wahdiyah, Martabat Taayun thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan Aayanthabitah namanya iaitu Kenyataannya telah ada bagi ilmu Allah bagi zat dan bagi sekalian yang mawujud iaitu jalan tafsil. Tajalli hak Allah kepada martabat ini dengan nama Ar-Rahman bersifat pemurah.
Keempat: Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam roh aayan kharijah ertinya kenyataan yang sudah terbit daripada ilmuNya dan roh itu daripada kehendak Allah Taala yang dibangsakan keadaannya dengan martabat terbit daripada suruhan Tuhan kita dengan berantara sesuatu daripada pergantung.
Kelima: Alam Mithal ialah kalbu sanubari bererti tempat hati. Inilah alam segala rupa namanyaa iaitu daripada kehendak Allah Taala yang rapat terus daripada segala suku yang halus dan tiada menerima suku ertinya tiadalah menerima akan tegahan dan tiadalah menerima berciri-ciri setengahnya daripada setengahnya dan tiadalah menerima akan tebusan dan tiada menerima zakat kerana halus.
Keenam: Alam Ajsam ialah alam syahadah, alam yang dipandang, alam segala martabat yang terus daripada anasir empat, air, tanah, udara dan api dan yang tersebut daripada itu lima perkara iaitu segala batu, tumbuhan, binatang dan segala jin yang tersusun dari segala unsur, nyata Allah taala itu dengan zahir dan Muhammad namanya Mazhar.
Ketujuh: Alam Insan disebut Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya martabat yang dihimpunkan segala martabat ini. (Bandingkan dengan buku dari Abdul Fatah Ajaran Sesat 1994 h. 20 – 25).
Nur Muhamad
7. Nur Muhamad ialah cahaya yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad (s.a.w). Dari segi istilah ialah ciptaan Allah yang pertama, sebelum Dia mencipta makhlukNya yang lain. Cahaya ini dicipta dari Nur Allah, pada asal kewwujudannya. Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi Muhammad s.a.w. Istilah yang lain dipakai juga oleh penggemarnya iaitu al-Aql al-Awwal, al-Insan al-Kamil, Qutub, Ghaus dan lain-lain. Kaitannya dengan Martabat Tujuh , ia terletak di martabat kedua. Pemikiran ini tidak ada dalam al-Quran dan hadis sahih, lebih-lebih lagi ia disifatkan sebagai qadim dan semua perkara yang ada dalam alam ini bersumber darinya. Bagi syiah, menggunakannya untuk meluluskan akidah mereka terhadap al-Imamah. Manakala kaum Sufi untuk meluluskan Konsep al-Wilayah atau Kewalian, yang ada persamaannya dengan al-Imamah dalam Syiah. Orang Islam yang awal membincangkan Konsep Nur Muhamad ialah Ibnu ‘Arabi (638H/240M) dan Abdul Karim al-Jili (832H). Ini disebutkan dalam kitab-kitab karya mereka seperti al-Futuhat al-Makiyyah, Fusus al-Hikam dan al-Insan al-Kamil fi Ma’arifah al-awa’il wa al-Awakhir.
Bagi Ibnu Arabi, Nur Muhamad merupakan asal usul kejadian semua makhluk yang hidup dan sumber yang terpancar daripada ilmu para Nabi dan wali atau dengan kata lain Nur Muhamad ialah roh yang nyata dengan rupa para Nabi dan wali sejak Nabi Adam a.s. diutus hingga Nabi Muhamad s.a.w. dan sejak wwujud Martabat al-Wilayah atau kenabian dalam pemikiran Sufi. Ilmu para nabi dan wali menurut Kaum Sufi adalah suatu pancaran dari Nur Muhamad yang merupakan induk kepada segala yang wwujud ini. (lihat Muhamad Ali al-Junid, Nazdariyyah, al-Imamah, al-Imamah, hal. 128) dan bandingkan dengan artikel Prof. Madya Dr. Abdul Hayei bin Abdul Shukor (UM) “Nur Muhamad: Satu Pencemaran Terhadap Akidah” (Utusan Zaman – 9 Jun 1996). Orang yang terlibat dengan kumpulan ini dipercayai banyak memalsukan hadis bagi meluluskan teori dan cita-cita ini. Sedangkan menurut pandangan ahli Sunnah Wal Jamaah, asal kejadian Nabi Muhamad s.a.w. adalah jelas seperti dinyatakan dalam ayat 110, surah al-Kahfi, yang bermaksud;
“Katakanlah (wahai Muhamad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah satu.”
Bagi ahli Sunnah, kepercayaan Nur Muhamad ini adalah khurafat dan tidak bersandarkan mana-man dalil yang layak menjadi sumber hukum. Tetapi setengah kaum Sufi yang keterlaluan mendakwa bahawa ilmu mereka kasyaf, kadang-kadang dikatakan diambil terus dari Allah atau Rasulullah.
Menurut Prof. Dr. Abdulfatah Haron bin Ibrahim, bahawa Nur Muhamad tidak lebih daripada lagenda. Ia tidak ada dalam ajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Asyariah, Maturidiah dan Salafiah, tetapi terdapat dalam Ajaran Tasawuf Wahdatul Wwujud). Dalam kitab al-Dur al-Nafis disebutkan sebuah hadis yang bermaksud: “Mula pertama Allah jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah jadikan Nur itu segala sesuatu dan engkau adalah daripada sesuati itu (halaman 22).” Hadis ini adalah hadis mauduk ( rekaan dan palsu) seperti disebut dalam Kitab al-Mawahib dalam Kasyaf al-Khifa Wa Mazil al-Albas, hal. 266).
FAKTOR KEDUA:
AJARAN BATINIAH
8. Ajaran ini juga dikenali dengan Tasawuf Batiniah iaitu kebatinan. Pada umumnya ajaran ini dibawa melalui buku Kasyaf Al-Asrar terjemahan dan susunan oleh Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah Al-mangkabau yang ditulis pada tahun (1344H/1922M) (tahun 1390 telah ulang cetak ke-22 di Singapura) dan kemudiannya disalurkan melalui buku Hidayah Al-Anwar oleh Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang pada tahun 1355H/1933M) dan mengembangkan Ajaran Taslim dari bapanya Hj. Mohd. Matahari, kemudian Hj. Ahmad laksamana bin Omar Kelantan pada tahun 1985, menulis buku Hakikat Insan (1985M) dan Ilmu Tajalli (belum terbit) dan mengembangkannya ke seluruh Malaysia . Unsur-unsur atau faktor ajaran Batiniah ini ialah berasal daripada Syiah Ismailiyah Batiniah iaitu satu gerakan yang pada mulanya dipropagandakan oleh Abdullah bin Maimon (W 165H/780M). Beliau ialah seorang bekas penganut agama Madaism (Al-Mazdakiyah) berbangsa Yahudi dari Al-Hawas, bapanya Maimon b. Dalsan al-Khaddah ialah hamba kepada Jaafar al-Sadiq iaitu salah seorang imam 12 Syiah. Al-Khaddahlah yang mendakwa Ismail bin Jaafar al-Sidiq yang telah meninggal dunia tahun 158H dianggap sebagai ghaib dan beliau adalah Imam Mahdi Abdullah bin Maimon juga terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7, 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 huruf Lailahaillahallah kemudiannya berjumlah 19. Teori ini akhirnya diambil oleh Ismailiyah Kisaniyah dan Qaromitah.
Di kalangan pengamal ilmu hakikat seperti Taslim wwujud satu amalan nikah batin, yang pda asalnya lahir dari konsep batin yang disebar oleh kumpulan Syiah Batiniah. Nikah batin adalah satu amalan misteri bagi golongan Taslim.ereka merahsiakan amalan ini dari sesiapa. Menurut Hj. Abdullah Fahim b. Abdul Rahman, nikah batin di Malaysia ia bukan sahaja diamalkan oleh kumpulan Taslim bahkan oleh individu lain. Menurutnya pada tahun 1986 seorang gadis berumur 19 tahun dari Kuala Lumpur membuat laporan ke Pusat Islam yang menyatakan kakaknya telah dinikah batin oleh guru yang mengubat mereka secara batin. Kakak yang tua telah melahirkan 4 orang anak dan yang muda telah dua kali menggugurkan kandungannya. Guru itu dan kakaknya telah dibicarakan di Mahkamah Syariah Gombak Timor , Selangor atas tuduhan berzina sehingga melahirkan anak. Mereka mengaku salah dan guru tersebut tidak sebut langsung hal ‘nikah batin’, ini berlaku pada 28 Mac 1986. (Lihat catitan kaki hal. 106: Abdullah Fahim b. Hj. Abd. Rahman: Satu Analisis Perbandingan Antara Doktrin-doktrin Dalam Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad Laksamana dan Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya, Tesis, Fakulti Pengajian Islam UKM, 1991).
Ajaran Batiniah ialah ajaran Tasawuf yang mengandungi 3 unsur iaitu: fahaman Hulul iaitu penyerapan Tuhan dengan hamba dan Wahdatul Wwujud dan semacam dengannya, faham Syariah Ismailiyah dan Batiniah dan yang semacam dengannya dan ilmu Kebatinan hasil sankratisma antara kepercayaan primitif, agama Hindu, Buddha, Tasawuf Wahdatul wwujud dan ajaran Syiah terutamanya yang terdapat di negara jiran.
Antara ajaran sesat yang mengandungi unsur Batiniah ialah ajaran Taslim, ajaran Tajalli Ahmad Laksamana Kelantan. Ada doktrin wwujudiah, batin, takwil, gnosis, emanasi dan kebatinan Jawa (A. Fahim Ibid. H. 193).
FAKTOR KETIGA:
AJARAN SYIAH
9. Yang dimaksudkan dengan ajaran Syiah di sini ialah Syiah Nusairiyah dan Nizariyyah serta Musta’liyah dan Druz . Syiah Ismailiyah berjaya menegakkan kerajaan Fatimi di Mesir tahun 358 Hijrah. Dalam tahun 487 Imam Kerajaan Fatimi bergelar al-Mustansirbillah meninggal dunia, lalu puak Ismailiyah berpecah dua, satu mengikut Nizar bergelar Nizariyah dan satu lagi mengikut adiknya al-Musta’li lalu digelar at-Musta’liyah. Ada lagi pecahan lain iaitu Druz dan Nasiriyah yang ada di Lubnan , Syria dan Palestin. Selain itu Syiah Dua Belas yang berakidah dengan dengan Imamah, Wasi, Ismah, Hulul Zahir – Batin. Ia mengandungi 4 konsep utama iaitu:
i. Ada zahir dan batin
ii. ii. Ada tanzil dan takwil
iii. iii. Ada takiyyah
iv. iv. Ada wasi
Di sepanjang sejarah Gerakan Syiah meninggalkan imej buruk yang penuh dengan ugutan, ancaman, pergaduhan dan kekerasan. Sikap kekerasan ini adalah warisan daripada saki baki gerakan syiah Ismailiyah yang berpusat di Aalamut yang diketuai oleh Al-Hasan al-Sabah di abad ke enam Hijrah, yang kadangkala menggunakan Hasyisy (ganja) atau seumpamanya.
FAKTOR KEEMPAT:
AMALAN KHURAFAT
10. Berpunca dari tiga unsur Sin Kritisma, Hindu-Buddha dan Animisma dan Dinisma. Ia dijelmakan dalam amalan-amalan perbomohan dan kesaktian.
FAKTOR KELIMA:
USAHA MENJAUHKAN UMAT ISLAM DARIPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
11. Ada pihak tertentu berusaha menyeleweng umat Islam agar tidak mengamalkan ajaran al-Quran dan As-Sunnah atau salah satu darinya. Mereka terdiri dari golongan munafikin dan zindik dengan usaha tertentu antaranya:
i. Pentafsiran batin oleh golongan kebatinan dan menyatakan al-Quran ada makna zahir dan makna batin dan mendakwa yang wajib diamalkan ialah yang batin sahaja.
ii. Pentafsiran dengan angka.
iii. Pentafsiran palsu ke atas surah Al-Muddathir ayat 30 dan 31 oleh Rashad Khalifa.
iv. Penetapan tarikh berlakunya kiamat.
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
Ciri-ciri yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malahsia adalah seperti berikut:-
(1) Mengaku diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.
(2) Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Al-Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Al-Mahdi dan sebagainya (Qadyani, Bahai, 4 Sahabat, Nasir, Mufarridiah).
(3) Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.
(4) Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.
(5) Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.
(6) Mempercayai bahaw agurunya boleh menebus dosa dengan wang.
(7) Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
(8) Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
(9) Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cicin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.
(10) Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh @ anak hakikat.
(11) Mengaku Allah menjelma di dalam diri.
(12) Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.
(13) Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah s.a.w. secara jaga (Yaqazah).
(14) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian di dakwa pasti masuk syurga.
(15) Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru @ menganggapkan bila sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.
(16) Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
(17) Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Makkah, tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat yang lain.
(18) Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maskudnya.
(19) Mengaku dan mempercayai bhawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan.
(20) Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya. Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan dant idak sampai kepada matlamat sebenar.
ANCAMAN KEPADA UMAH DAN NEGARA
13. Penyebar ajaran menyeleweng telah banyak mendatangkan keburukan kepada umat dan negara. Antaranya melalui:
i) Mencela Ulama dan Fuqaha
Kebanyakan penganjur ataupun ajaran sesat didapati mendakwa diri mereka masing-masing atau dianggap oleh murid-murid atau pengikutnya sebagai manusia yang mengethaui segala isi iaitu ilmu hakikat dan mereka telah sampai maqam tinggi lalu menolak syariat, pada umumnya mereka mempunyai motif untuk mencela ulama dan fuqaha. Dalam masa yang sama meletakkan taraf ulama kepada dua iaitu ulama zahir dan batin. Ulama zahir ialah ulama yang hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama yang ada hari ini, sedangkan bagi diri mereka diletakkan taraf yang lebih tinggi dan kedudukannya lebih mulia kerana mengetahui rahsia batin dan ilmu hakikat.
ii) Membuat Takwilan Dalam Agama
Guru ajaran sesat berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie. Mereka terpengaruh dengan ajaran Batiniah dan mengguna doktrin batin dan takwil dalam menghuraikan konsep wwujudiah yang dipegangnya. Hal ini boleh dilihat dalam bentuk takwil terhadap kalimah-kalimah atas lafaz-lafaz yang berkaitan dengan ibadah seperti pada angka dan pandangan huruf.
iii) Kepentingan Peribadi dan Sex
Ajaran-ajaran sesat kebanyakannya adalah mempunyai motif dan kepentingan peribadi guru-guru ajaran sesat itu. Ini termasuk kepentingan kepada kedudukan, pangkat kebendaan dan seks bebas umpamanya dengan mengamalkan Nikah Batin: yang dinikah itu namanya maknikam, maharnya ialah air mani, walinya Allah Taala, yang manikamnya Muhamad saksinya Kiraman-Katibin (dalam ajaran Tariqatul Islam). Nikah Batin ialah nikah yang dijalankan secara rahsia oleh guru atas muridnya. Ia boleh berlaku antara guru dengan murid atau murid dengan murid, tidak terikat dengan hukum syarak. Maksud maknikam ialah perempuan yang dinikah.
iv) Ingin Melemahkan Perpaduan dan Menghancurkan Agama Islam Melalui Gerakan Rahsia
Peri adanya golongan atau individu yang dengan sengaja tetapi secara halus, ingin merosakkan agama Islam memang wwujud, malah sejak zaman Rasulullah dan para sahabat lagi. Tetapi mereka telah mengalami kegagalan kerana Islam telah dapat dikawal dengan ketatnya pada masa itu. Tetapi perisai kawalan ini telah dapat ditembusi oleh seteru-teru Islam itu di zaman Khalifah Umaiyyah dan di zaman-zaman selepasnya. Mereka melakukan penyelewengan dalam berbagai-bagai segi sama ada di segi akidah atau syariah. Di dalam keadaan tertentu mereka menafikan kebenaran sumber-sumber Islam itu sendiri dan dalam keadaan lain pula mereka menyelewengkan hukum dan syariat Islam. Hal ini dapat dilihat juga di negara ini melalui:
i. Ajaran Crypto Mokhtar Hassan di hukum di Mahkamah Syariah (Kuang Selangor, 1978) ajaran ini menafikan Al-Quran, membatalkan ibadat sembahyang dan lain-lain. Ajaran ini tidak ada sambutan.
ii. Ajaran Taslim (difatwa oleh Jawatankuasa Kedah 1969) ajaran ini kadang-kadang mengurangkan pengerjaan ibadat sembahyang dan puasa.
iii. Ajaran Tajalli @ Hakikat Insan Ahmad Laksamana, Kelantan (dihukum di Kelantan tahun 1986). Ajaran ini memperkecilkan ulama syariat. Ia telah merebak ke serata negeri.
iv. Ajaran Mohd. Nasir Ismail Kemboja (Batu Pahat 1980) yang menafikan fardhu Jumaat serta menyalahkan orang lain, akhirnya telah menyerang Balai Polis Batu Pahat.
v. Kumpulan Anti Hadis (Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan mengharamkannya Januari 1986, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengharamkan November 1995).
v) Untuk memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Islam.
Syiah yang tumbuh tahun 36H, dan sekarang Syiah di Iran, Lubnan, Pakistan dan lain-lain telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia Islam. Di Malaysia kes Abu talib Haron @ Ahmad Habibullah Ahmad As-Salafi 34 tahun yang berkahwin dengan 10 orang (6 bermutaah) dituduh dengan 16 tuduhan berasingan (mulai dibicara bulan Julai 1994), di Johor Bahru telah menguji kewibawaan pihak berkuasa agama akhirnya beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua (2) tahun mulai Julai tahun 1995.
vi) Untuk Menguji Sejauhmana Kefahaman Dan Ketaatan Umat Islam Terhadap Agamanya
Apabila mereka berjaya dengan motif tersebut, maka senanglah agama dan umat Islam dihancurkan dan diganti dengan ideologi dan sistem asing.
Mangsa Ajaran Sesat
20. Golongan yang mudah terpengaruh menjadi mangsa ajaran sesat ialah terdiri daripada:
(i) mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. Dan mendapat dorongn kawan-kawan supaya berguru atau belajar melalui orang-orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit;
(ii) mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnan beragama terutama melalui unsur kerohanian dengan cara jalan dekat tanpa ikut sunnah; dan
(iii) golongan yang salah atau menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul; hal ini terjadi kerana mereka kurang kemantapan dalam usul syariyyah dan tunjangan serta pengetahuan mereka yang lemah dalam hal Shaddik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di makam tertinggi.
Dalam keadaan ini terdapat orang yang suka mengeksploitasikan kejahilan dan kedahagaan masyarakat kepada kesempurnaan kerohanian dan lalu digunakan untuk kepentingan tertentu, seperti untuk mendapat kekayaan, pangkat, kuasa dan sex bebas. Di samping itu terdapat golongan yang berpegang kepada konsep kebebasan intelektualisme. Golongan ini mengagungkan rasionalisme dan pendekatan apa yang dikatakan secara sainstifik dan emparical dalam soal agama. Golongan ini membawa fahaman modenisasi dalam Islam yang bertentangan dengan akidah dan fahaman yang diiktiraf dan diterima oleh masyarakat di negara ini. Mereka ini dengan fikiran-fikiran baru itu menggugat akidah orang yang kurang kukuh pegangannya. Dengan akhirnya menimbulkan ajaran-ajaran sesat yang membawa perpecahan dalam masyarakat.
IMPLIKASI TERHADAP KEMURNIAN AKIDAH DAN KESELAMATAN
14. Kumpulan ajaran sesat didapati sentiasa muncul dan merebak daripada satu negeri ke satu negeri yang lain atau ke seluruh negara, jika tindakan membenterasnya tidak diberikan tumpuan yang bersungguh-sungguh. Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa negeri terhadap kumpulan-kumpulan ajaran sesat tertentu tidak memberi kesan yang positif kerana ia akan berpindah ke negeri-negeri lain. Ini memerlukan tindakan bersepadu oleh semua pihak di bawah penyelarasan sebuah agensi pusat. Perancangan membanteras ajaran sesat memerlukan proses yang seragam bagi menunjukkan tindakannya berkesan dan hasilnya dapat dijangka dengan lebih tepat. Dengan demikian, JAKIM perlu diberi tugas menyelaraskan program tindakan ini.
Sudah nyata pada pandangan umum, bahawa ajaran-ajaran sesat ini telah membawa dan boleh membawa kepada beberapa akibat dan ancaman kepada agama dan keamanan. Antara akibat-akibat ancaman itu ialah;
(a) Meluasnya kesesatan di segi akidah dan penyelewngan di segi ibadat orang-orang Islam. Ini dapat digambarkan melalui ajaran-ajaran sesat yang disebutkan di atas.
(b) Meluasnya perpecahan dalam masyarakat Islam.
Tiap-tiap ajaran sesat mempunyai ‘Ketua Guru’ dan pengikutnya sendiri. Antara mereka mempunyai perhubungan yang rapat seolah-olah hubungan antara ‘saudara dengan saudaranya yang lain’. Melalui ajaran yang dianuti, mereka memupuk persefahaman hidup dan jika dapat, cuba mewwujudkan kumpulan atau masyarakat mereka sendiri. Dari sinilah wwujudnya apa yang boleh dipanggil:
i. ‘Masyarakat Orang Qadiani’ di Kg. Nakhoda, Selangor.
ii. ‘Masyarakat Orang Taslim’ di Yan, Kedah.
iii. ‘Masyarakat Ikhwan’ @ ‘Al-Mas’ di W. Persekutuan, Selangor dan Melaka.
Sebagaimana yang telah diketahui, ahli-ahli kumpulan masyarakat di atas antaranya tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan dari ahli masyarakat mereka, atas arahan dan hukum dari ajaran itu sendiri. Ini menimbulkan akibat yang buruk, bukan sahaja dari segi agama malah dari segi sosial.
(c) Timbulnya berbagai-bagai keganasan di dalam masyarakat.
Keganasan yang timbul bukan sahaja sekadar mencedera dan membunuh orang lain, malah boleh membunuh diri mereka sendiri. Hal ini boleh ditunjukkan dari beberapa kejadian berikut:-
i. Pembunuhan dan tembak menembak antara polis dengan Kumpulan Ajaran Empat Sahabat, Kg. Dedap Rantau Panjang, Kelantan pada 19 Oktober 1974. Dalam kejadian ini, seorang dari kumpulan 22 orang itu telah mati tertembak dan yang lain-lain cedera parah atau cedera. Dalam pertempuran dengan anggota polis dan Rela itu mereka telah cuba bertahan dan tidak mahu menyerah sehinggalah mereka tidak berdaya lagi dan terus ditangkap. Mereka kemudiannya didakwa dan dihukum salah oleh Mahkamah Kadi Besar Kelantan pada tahun 1974 atas kesalahan mengajar ajaran salah.
ii. Serangan dengan parang oleh seorang awam ke atas seorang pengikut Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya di Bukit Marak, Kelantan pada tahun 1976. Pengikut tersebut telah luka di bahu dan dimasukkan ke Hospital Besar Kota Bharu. Ini berlaku akibat dakwaan pengikut tarikt tersebut bahawa orang yang tidak memasuki tarikatnya adalah tidak betul, tidak selamat dan tidak terjamin masuk syurga.
iii. Serangan Tajul Ariffin yang mendakwa dirinya Imam Mahdi, ke atas Tuan Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab, di masjid Rapat Setia, Ipoh , Perak pada 5 Julai 1979. Ini berikutan keengganan orang lain mengiktiraf dirinya sebagai Imam Mahdi. Haji Damanhuri telah luka. Walau bagaimanapun, pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa Tajul Ariffin adalah kurang siuman dan pernah dimasukkan ke Hospital Tanjung Rambutan untuk rawatan sakit otak.
iv. Serangan pengikut-pengikut Haji Kamaruddin bin Ahmad Kajang, ke atas kuil-kuil Hindu di Selangor dan Wilayah Persekutuan dan akhirnya Kuil Hindu di Kerling, Selangor pada 19 Ogos 1979. Akibat dari serangan ini empat (4) orang dari mereka telah dicederakan hingga mati oleh penjaga-penjaga kuil tersebut.
v. Serangan kumpulan Mohd. Nasir bin Ismail (seramai 15) orang ke atas Balai Polis Batu Pahat pada pagi 16 Oktober 1980 dan mencederakan berbelas orang polis dan kakitangan Balai tersebut. Akibatnya 8 orang dari kumpulan ini, termasuk Nasir sendiri telah mati ditembak oleh Polis.
(iv) Berlakunya keretakan dalam keluarga.
Apabila terdapat seorang dari anggota keluarga itu, khususnya si suami yang memasuki satu-satu ajaran sesat, maka berlakulah keretakan dalam keluarganya, terutama apabila isteri tidak menyertai sama suaminya atau tidak menyokongnya. Hal ini berlaku apabila:
i. Si suami selalu menghabiskan masa siang dan malam bersama-sama guru dan pengikut yang lain dan apabila pulang ke rumah amalan-amalan di dalam ajaran tesebut diteruskan lagi dan kadang-kadang jelas pada pandangan isteri amalan dan iktikadnya sudah menyeleweng begitu juga sebaliknya.
ii. Banyak harta benda dan wang dicurah dan digunakan untuk kepentingan ajaran, guru dan pengikutnya. Hal ini berlaku kepada pengikut kumpulan al-Arqam dan lain-lain.
Hal yang sama berlaku pada pengikut-pengikut beberapa ajaran sesat.
iii. Si suami tidak lagi mahu mencampuri sahabat handai biasa yang bukan menjadi ahli ajaran yang diikutinya. Ini menyulitkan kehidupan biasa keluarga tersebut.
Dan terdapat berbagai-bagai akibat dan bencana lain lagi hasil wwujudnya ajaran-ajaran sesat ini.
PENUTUP
Mudah-mudahan dengan penjelasan mengenai ajaran sesat ini boleh memberi garis panduan dalam usaha pembanterasan ajaran sesat di negeri-negeri.
Disediakan oleh:
Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia . Kuala Lumpur Mei 2000
Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya
ISI AJARAN :
1. Tarikat ini didakwa kononnya diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad sebelum baginda menjadi Rasul. Melalui tarikat ini Allah menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muharnmad. Nur Muhammad ini diturunkan kepada salsilah-salsilah hingga kepada Prof. Kadirun Yahya sendiri.
2. Pengikut-pengikut ajaran ini dikehendaki menggambarkan/membayangkan wajah guru ajaran ini semasa beribadat supaya segera dikabul oleh Allah.
3. Sebelum pengikut-pengikut ajaran ini naik haji ke Makkah, maka terlebih dahulu datang bersuluk di Pancabudi di Medan . Kalau tidak mampu ke Makkah, cukuplah datang ke Medan sahaja.
4. Ahli tarikat ini tidak boleh menghisap rokok kerana sesiapa yang menghisap rokok tidak masuk syurga.
Tarikh muncul : 1970an - Rawang Selangor
Tempat berkembang / muncul : Gombak - Selangor Kota Bahru, Kelantan Kota Kinabalu, Sabah Kuching, Sarawak Alor Setar, Kedah Kemaman, Terengganu Jerantut, Pahang Seremban, Negeri Sembilan
Penyebar / Guru : Prof. Kadirun Yahya
Tindakan /Hukuman :
· Jawatankuasa Fatwa Majiis Kebangsaan Baqi Hal Ehwal Islam Malaysia pada 15 - 16 November 1981 di Bilik Gerakan Negeri Terengganu telah memutuskan bahawa tarikat ini adalah menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya dan mengamalkan ajaran ini adalah sesat maka hendaklah diharamkan. Majiis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia telah membuat keputusan yang sama pada 10 Oktober 1986.
· Negeri-negeri yang telah mengharamkan tarikat ini ialah Melaka pada 20 Oktober 1985, Selangor pada 3 Ogos 1985, Johor pada 17 Disember, Negeri Sembilan pada 4 Mac 1983 dan Kedah pada tahun 1985.
· Majiis Raja-raja dalam mesyuarat ke 139 pada 6 November 1986 (hari yang kedua) telah menerima syor Majiis Kebangsaan baqi Ha] Ehwal Islam Malaysia yang berbunyi:
· “Kesalahan dari segi akidah merupakan satu perkara besar di dalam Islam dan amat merbahaya kepada umat. Oleh itu mana- mana aspek yang salah yang terdapat di dalam Tarikat Naqsyabandiah yang di bawa oleh Kadirun Yahya ini mestilah diberi , penjelasan dan diperbetulkan mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penerangan mengenai perkara ini hendaklah diberi kepada masyarakat umum di Malaysia termasuk mereka yang terlibat dengan tarikat tersebut dan Majiis bersetuju supaya perkembangan tarikat tersebut sentiasa diawasi”.
Negeri-negeri yang telah mengeluarkan fatwa mengenainya ialah:
1. Selangor
· Tarikh Fatwa 3.8.1995· Tarikh Warta 14.9.1995 · No. Warta P.U.22
2. W. Persekutuan
· Tarikh Warta 26.5.1988 · No. Warta : PU (B)266
3. Kelantan
4. Kedah
5. Johor
6. N.Sembilan
'Silat Lintau' yang sesat sepertimana yang diperkatakan disini adalah bukan Silat Lintau yang sebenar. Mereka merupakan kumpulan ajaran sesat yang menggunakan nama Silat Lintau untuk melindungi daripada dikesan kegiatan mereka mengajarkan ajaran sesat tersebut. Sekian terima kasih.
ReplyDeletePertubuhan Seni Silat Lintau di Pasir Puteh, Kelantan telah diisytiharkan BERSIH dari ajaran sesat oleh MAIK. http://lintauartstudio.blogspot.com/2007/03/ajaran-sesat-lintau.html
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSingkat saja,
1. Prof DR Sheikh Abdul Halim Mahmud, REKTOR University AL AZHAR AL SYARIEF adalah salah satu pengamal serta turut serta membantu perkembangan Tariqah Mufarridiyyah hingga akhir hayatnya pada tahun 1978.
2. Menurut pengakuan yang sejujurnya dan penuh keiklasan dari penulis Buku “Tariqat Mufarridiah” Encik Abdullah Fahim pada tanggal 19 Januari 1987, Beliau mengatakan bahwa ‘buku tersebut ditulis berdasarkan punca-punca source kedua’. Sementara Datuk sendiri maklum, cerita, percakapan dan berita berupa lisan atau tulisan yang BUKAN berasal dari source pertama/yang asal adalah termasuk dalam kategori FITNAH.
3. Dari pengakuan Datuk DR Yusuf Noor (ketika itu Timbalan Menteri) pada tahun 1984 “ Amalan sebenarnya Thariqatul Mufarridiyyah (Seperti mana yang telah dijelaskan kepada nya) TIDAK ADA SALAHNYA’.
Pertanyaannya:
Apakah Datuk DR Yusuf Noor sesat juga? wahai Imam Klantan?
Maassalamah