JUDUL ASAL: BUTLAN AKIDATU SYIAH
(YANG BERMAKSUD )KEPALSUAN SYIAH
Tulisan: Muhammad Abdul Satar at-Tunisawi
(Ketua Persatuan Ahli Sunnah Pakistan
Percetakan: Maktabah I’dadiah Babul Umrah
Jalan Masjid Haram Makkah
melakukan syirik terhadap Allah SWT
Muhamad Yaakub al-Kulaini ada menyebut dalam kitabnya yang bernama “Usul al-kafi” di bawah tanjuk: Bahawa bumi ini seluruhnya adalah kepunyaan Imam. Muhamad Yaakub al-Kulaini berkata:
Daripada Abi Abdillah a. s. katanya: Sesungguhnya dunia dan akhirat itu adalah kepunyaan Imam-imam(Syiah), mereka boleh meletakkan kedua-duanya di mana sahaja yang mereka sukai, mereka juga berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang mereka sukai. Ini merupakan salah satu anugerah Allah SWT kepada Imam-imam(Syiah). (Sila lihat kitab Usul-Kafi halaman 259 cetakan India )
Dengan ketegasan yang dinyatakan di atas ini sudah tentu setiap orang Islam yang insaf boleh mengambil kesimpulan tentang maksud dan tujuannya, sedangkan Allah SWT telah menegaskan dengan jelasnya dalam beberapa ayat suci al-Quran antara-nya:
Yang bermaksud: Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya. (Surah az-Zumar –69)
Yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi daripada orang yang rugi. (Surah az-Zumar –69)
Orang-orang Syiah pernah menulis dengan mengatakan bahawa Sayyidina `Ali r.a. telah berkata, maksudnya: Sayalah yang pertama, sayalah orang yang akhir sayalah orang yang zahir dan sayalah orang yang batin dan sayalah penguasa dunia ini. (Daripada Kitab Rijal Kasyi cetakan India ).
Akidah seperti ini juga boleh dianggap palsu sama seperti palsunya akidah yang sebelum ini tadi, kerana Sayyidina `Ali r.a tidak ada kena mengena langsung dengan dakwaan seperti itu. Dakwaan seperti itu adalah suatu pembohongan yang besar, Jauh sekali sadina Ali ra berkata sedemikian. Pada hal Allah berfirman:
Maksudnya: Dialah(Allah) Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dialah(Allah) Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah al-Hadid –3)
Yang bermaksud: Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). (Al-Hadid-10)
Tokoh besar Syiah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad telah mentafsirkan ayat al-Quran yang maksud sebenar ialah: Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya. (Surah az-Zumar –69)
Tetapi orang-orang Syiah mengatakan; bahawa Imam Jaafar al-Sodik berkata: Tuhan bumi ini adalah Imam, apabila sahaja Imam itu keluar, maka cukuplah Nur Imam itu menerangi bumi dan sebab itulah umat manusia tidak berhajat lagi kepada cahaya mata hari dan cahaya bulan.
Fikirkanlah! Bagaimana karutnya mereka, sehingga sanggup memandang dan menganggap Imam mereka sebagai Tuhan dalam pengertian "cahaya Tuhan itu" bahawa yang demikan cahaya itu adalah Imam, ulama tafsir Syiah ini juga telah mentafsirkan ayat daripada surah al-Zumar ayat 65 yang bermksud: Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi daripada orang yang rugi. "(Janganlah menyembah yang lain daripada Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi daripada orang-orang yang bersyukur." (Surah az-Zumar ayat 65 & 66)
Tetapi mengikut pengertian Syiah yang diriwayatkan oleh Jaafar al-Sodik ada tercatit di dalam kitabnya bertajuk: Al-Kafi. Bahawa yang dimaksudkan oleh ayat di atas ini ialah; jikalau kamu melakukan perbuatan syirik dengan menafikan hak Sayyidina `Ali untuk menjadi pengganti Nabi Muhammad s.a.w. maka perbuatan seperti itu akan mengakibatkan terbatalnya amal ibadat kamu. Kemudian di dalam ayat akhir dalam ayat ini ulama di atas telah mentafsirkan yang maksudnya: Beribadatlah kamu kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh ketaatan, dan bersyukurlah kamu kepada baginda kerana Kami telah melantik saudaramu dan juga sepupumu (Ali) sebagai pembela dan penggantimu .
Lihatlah bagaimana orang-orang Syiah ini telah melakukan pembohongan kepada Jaafar Al-Sodik di dalam mentafsirkan ayat ini, sedangkan ayat-ayat ini adalah memberi pengertian tentang dasar-dasar mentauhidkan Allah SWT dan menegaskan bahawa Allah SWT itu sebagai pencipta segala sesuatu, dan Allah sahajalah yang berhak diibadati. Lihatlah bagaimana mereka telah memesungkan ayat suci ini dengan melakukan perbuatan syirik yang sangat jelas. Ahli tafsir Syiah ini juga telah mentafsir ayat al-Quran yang bermaksud sebenar ialah: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.
Malangnya ulama tafsir Syiah berkata: Bahawa Jaafar Al-Sodik telah mentafsir ayat ini dengan mengambil daripada Sayyidina Husin r.a. Bahawa Allah telah mencipta Jin dan manusia itu dengan tujuan supaya mereka mengenal Allah, dengan mengenal Allah maka mereka akan beribadat kepada-Nya. Lalu salah seorang yang hadir bertanya apakah yang dimaksudkan dengan pengenalan atau makrifat itu? Dia menjawab maksudnya ialah bahawa umat manusia itu mestilah mengenal Imam dan peminpin yang memerintah mereka pada zaman itu.
Al-Kulaini telah menyebut dalam kitab (Usulul-Kafi) bahawa Imam Ahmad al-Baqir telah berkata: Kamilah wajah Allah. Kamilah mata Allah di dalam makhluk ini dalam kejadiannya, dan kamilah juga tangan Allah yang sentiasa terbuka untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya. Kamilah lisan Allah SWT Kamilah wajah Allah Taala, dan kamilah mata Allah Taala di dalam makhluk-makhluk-Nya
Daripada Abi Abdillah as. (Jaafar al-Sodik). Berkata amirul-mukminin (Imam-imam) Sayidina Ali alaihis Salam berkata: Sayalah yang dilantik oleh Allah sebagai penentu antara syurga dan neraka. Saya telah diberikan beberapa sifat keistimewaan yang tidak pernah diberi kepada orang lain. Saya telah diberikan Ilmu mengenai nikmat kesenangan juga mengenai mala-petaka dan keturunan serta kata pemutus di dalam segala masalah. Saya menegetahui semua kejadian yang telah berlaku dan tiada suatu pun kejadian yang ghaib itu terlepas daripada pengetahuan saya.
Lihatlah bagaimana mereka sanggup melakukan pembohongan demikian dengan meletakkan sifat-sifat ketuhanan itu kepada Sayyidina Ali,
Ahli Tafsir Syiah in juga ( Maqbul Ahmad ) telah mentafsirkan ayat dalam surah al-Qasas, yang Maksud sebenar ialah: "Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah"
Tetapi mereka mengatakan: Bahawa Jaafar al-Sodik telah mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan: Kamilah wajah zat Allah itu.
Lihatlah bagaimana mereka telah memandang Imam itu sebagai Tuhan yang tidak akan binasa selama-lamanya. Maha Suci Allah daripada mereka yang jahat dan zalim seperti ini.
Al-Kulaini pula telah menyebutkan dalam Bab bahawa Imam-imam itu mengetahui semua yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku dan tiada sesuatu pun yang terlepas daripada pengetahuan mereka seperti berikut:
Daripada Abi Abdilah a.s ia berkata: “Saya mengetahui semua isi kandungan langit dan bumi dan juga isi syurga dan isi neraka, juga mengetahui apa yang akan berlaku dan yang sudah berlaku”.
Dalam kitab Usul al-Kafi juga beliau telah menulis bahawa: Para Imam itu berhak menghalalkan sesuatu dan mengharamkan sesuatu dan mereka menghendaki sesuatu kejadian itu melainkan Allah juga mengehendakinya sedangkan Allah SWT telah menegur Nabi-Nya di dalam maksud ayat : Wahai Nabi! Kenapakah kamu mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah kepadamu?
Dalam ayat ini secara jelas Allah telah menegur Nabi-Nya kerana perbuatannya mengharam kan perkara yang halal itu, maka apahalnya pula kepada orang yang bukan Nabi. Al-Kulaini juga menyebut dalam bab "bahwa para Imam itu mengetahui bilakah mereka akan mati dan mereka tidak akan mati melainkan dengan pilihan mereka sendiri" bahawa Abu Abdillah as mengatakan; seseorang Imam yang tidak mengetahui apa yang akan menimpa dirinya dan apa yang akan terjadi kepada orang lain, maka Imam seperti itu tidak layak menjadi bukti Hujatullah di dalam makhluknya, sedangkan Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad). Tiada siapa di langit dan di bumi ini mengetahui perkara ghaib kecuali Allah.(Surah an-Naml-65)
Dalam ayat yang bermaksud: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja, .(Surah al-Anaam-59)
Tetapi orang-orang Syiah telah melantik Imam-imam mereka menjadi rakan kongsi Allah SWT dalam masalah mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
Al-Kulaini menyebut juga dalam bab: Bahawa sekiranya disembunyaikan apa-apa masalah kepada pengetahuan Imam, nescaya Imam-imam itu akan memberitahu setiap orang mengenai nasib baik dan nasib malang seseorang.
Abu Jaafar berkata: Kalau lidah kamu ada kegagapan nescaya aku boleh memberitahu setiap orang itu mengenai perbuatan baik dan perbuatan buruknya.
Al-Kulaini juga telah menyebut di dalam kitab Usul-Kafi: (sebuah kitab rujukan Syiah yang terpenting sekali), Di dalam bab "Imam itu mengetahui segala ilmu yang dikurniakan pada para malaikat dan Rasul a.s." Daripada Sumaah a.s. telah mengatakan bahawa: Allah SWT itu mempunyai dua jenis ilmu, satu ilmu Allah berikan kepada para malaikat dan Rasul-Nya. Ilmu yang diberikan kepada mereka kami tahu dan faham kesemuanya. Dan satu jenis ilmu lagi Tuhan simpan untuk diriNya sendiri, apabila Allah ingin memberitahu Ilmu yang Dia simpan itu nescaya Allah memberitahu kepada kami terlebih dahulu, dan Allah memberitahu juga kepada Imam-imam yang terdahulu daripada kami.
Lihatlah betapa sanggupnya mereka mendakwa yang Imam-imam mereka lebih banyak ilmunya daripada malaikat, nabi-nabi, dan para rasul, mereka mensetarafkan imam-imam mereka sebagai rakan kongsi dalam ilmu-ilmu Allah SWT, yang sudah pasti pegangan seperti ini adalah bohong, palsu dan kufur.
Sesungguhnya Kitab Usul-Kafi dan juga kitab-kitab lain karangan orang Syiah yang dijadikan Kitab rujukan mereka adalah penuh dengan dongeng-dongeng dan cerita-cerita karut. Apa yang kita sebut di sini ialah secebis sahaja. Selain daripada itu orang-orang Syiah mempunyai banyak lagu-lagu nyanyian yang tertulis dalam bahasa urdu yang penuh dengan perkara-perkara syirik kepada Allah SWT dan penuh dengan sifat fenatik yang berlebihan terhadap para Imam mereka, bahkan setengah daripada lagu-lagu itu ada menyebutkan bahawa seluruh nabi itu telah meminta pertolongan daripada Sayyidina `Ali r.a pada ketika menghadapi bencana dan bahaya; sebagai contohnya Nabi Noh meminta pertolongan daripada Sayyidina `Ali ketika menghadapi banjir besar, Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Hud dan Syith, semuanya meminta pertolongan daripada Sayyidina `Ali r.a. dan mereka semua telah diberikan pertolongan oleh Sayyidina Ali. Mereka menganggap dan percaya bahawa Sayyidina `Ali r.a itu sangat besar dan ajaib serta melebihi daripada segala sesuatu. (Nau-zubillah).
Apa yang di tuliskan di sini adalah segelintir sahaja daripada kandungan rujukan yang menjadi pegangan Syiah, dan para pembaca perlulah mengetahui bahawa kitab-kitab mereka itu penuh dengan akidah-akidah yang berunsur kesyirikan. Adakah seseorang itu masih layak lagi menjadi seorang muslim sesudah dia menganuti akidah-akidah yang karut dan palsu seperti ini, kerana Allah berfirman yang bermaksud: ........ dan Ia (Allah) tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukum-Nya. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Hidup Kekal, lagi terus menerus mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Tidak mengantuk dan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan sesungguhnya telah diwahikan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu : "Demi sesungguhnya, Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.(Surah az-Zumar-65)
Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mem-persekutukan-Nya dengan sesuatu), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. (Sura an-Nisa’-48)
Yang bermaksud: “... bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah mengharamkan kepadanya (masuk) Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka". (Surah al-Maaidah-72)
Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak ada sesuatu pun atas-Nya yang tersembunyi baik yang ada di bumi mau pun yang ada di langit.. (Surah al-Imraan-7)
Semua ayat ini telah memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya; bahawa Allah sahajalah pencipta segala sesuatu, pentadbir seluruh alam, seluruh langit dan bumi. Allah jualah yang Maha berkuasa atas sesuatu dan Yang Maha Mengetahui, sedangkan orang-orang Syiah telah meletakkan sifat-sifat ketuhanan itu kepada Imam-imam mereka. Bukankah perbuatan yang seperti ini merupakan perbuatan syirik?. Sesiapa sahaja yang beriktikad bahawa yang lain daripada Allah itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan bukankah ia seorang musyrik? Sudah pasti perbuatan yang seperti itu adalah perbuatan syirik mengenai sifat-sifat Allah SWT manakala orang-orang yang percaya kepada kepercayaan yang seperti itu tidak syak lagi mereka adalah musyrik sejati. (Nauzubillah)
ORANG Syiah MENAMBAH BAB DALAM ISLAM IAITU “al-Bida’”
Yang dimaksudakan dengan “Al-Bida’” ialah "jelas nyata sesudah tersembunyi dan samar-samar" seperti firman Allah dalam surah az-Zumar:
Yang bermaksud: Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan, dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.(Surah az-Zumar-48)
Yang bermaksud: Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.
Kedua-dua erti dalam perkataan al-Bida' di atas ini maka bagi orang Syiah mengatakan Allah tidak tahu sebelumnya, dan keadaan tahu selepas itu, kedua-dua pengertian itu adalah mustahil untuk dinisbahkan kepada Allah SWT kerana ilmu Allah SWT itu adalah ilmu yang azali dan abadi berdasarkan firman Allah berikut:
Yang bermaksud: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya melainkan Allah sahaja, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji (apa)pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. (Surah al-Anaam-59)
Sedangkan orang-orang Syiah berpegang teguh bahawa sifat al-Bida' itu adalah terbukti menjadi salah satu sifat Allah SWT yang hakiki berdasarkan sumber-sumber rujukan pegangan mereka seperti berikut:
Muhamad Yaakub al-Kulaini telah memperuntukkan satu bab yang khusus mengenai al-Bida' ini di dalam kitabnya yang bernama "Usul-Kafi" yang dinamakanya sebagai bab al-Bida', dia telah menyebutkan beberapa hadith yang kita sebutkan secebis sahaja daripadanya, daripada Zararah bin Ayun berkata bermaksud: "Tiada ibadat yang lebih besar terhadap Allah daripada al-Bida'." Dalam riwayat lain pula daripada Ibnu Abi Umair maksudnya: "Tiada suatu ibadat yang lebih besar nilainya seperti al-Bida'." hadith lain: Daripada Marazim bin Hakim berkata: yang bermaksud katanya aku dengar Aba Abdilah alaihi-salam berkata: "Tiada seorang pun Nabi itu layak menjadi Nabi sehingga dia berikrar bahawa Allah Taala itu mempunyai lima sifat iaitu al-Bida', al-masyiah, sujud, ubudiah dan Taat". Hadith lain lagi katanya: Aku mendengar al-Ridha as. berkata: Allah tidak mengutuskan seorang Nabi pun kecuali Nabi itu membawa hukum mengharamkan arak dan mengikrar Bida' itu kepada Allah Taala.
Al-Kulaini juga pernah telah menyalinkan (mencatatkan) perkataan seperti ini: Pada permulaannya Allah nampak Abi Muhammad, setelah Abi Jaafar, tetapi itu tidak tepat seperti juga Allah nampak Musa sesudah Ismail yang kemudianya terbukti berlainan daripadanya demikian juga Abu Muhammad anakku akan menjadi penggantiku, dia mempunyai alat kelengkapan sebagai Imam. (Usul kafi h. 40)
Di dalam hal ini banyak sekali mereka telah melakukan pembohongan terhadap Allah dan juga terhadap Imam-imam mereka sendiri dengan mengatakan perkara yang tidak benar. Mereka mendakwa bahawa pada mulanya Allah Taala mahukan Abu Jaafar menjadi Imam, tetapi dia mati sebelum menjadi Imam, maka nampak pula kepada Allah bahawa jawatan itu hedaklah disandang oleh Abu Muhammad, itulah yang berlaku, demikian juga ketika Allah mahu melantik Ismail menjadi Imam tetapi kemudian Allah nampak sesuatu yang lain, lalu dia melantik Musa al-Kazim menjadi Imam. Jelas sekali dengan perbuatan ini mereka telah berdusta kepada Allah dengan mengikut kehendak hawa nafsu mereka semata-mata.
Mereka lupa bahawa dengan melibatkan sifat seperti ini kepada Allah SWT maka Allah Taala itu akan terdedah kepada sifat jahil dan perbuatn ini asdalah satu perbuatan kufur yang nyata.
Al-Kulaini juga menyatakan daripada Abi Hamzah al-Syimali katanya: Saya dengar Aba Jaafar a.s berkata: Wahai Thabit, sesungguhnya Allah Taala telah menetapkan kejadian ini akan berlaku pada tahun 70 H, tetapi sesudah Sayyidina Husin a.s wafat (dibunuh), maka Allah amat murka terhadap kejadian ini lalu ditangguhkannnya sehingga ke tahun 140H, yakni Allah tidak mengetahui sebelumnya bahawa Sayyidina Husin akan mati, tetapi setelah Dia mengetahui beliau mati barulah Allah menangguhkan perkara itu dan kamu telah menghibahkan perkara ini dan membuka tirainya oleh sebab itulah Allah tidak membertikan waktunya lagi kepada kita.
Maksud ayat al-Quran: Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada "Ibu segala suratan". (Surah ar-‘Ad-39)
Abu Hamzah juga berkata Saya bertanya Aba Abdillah a.s mengenai cerita ini maka jawabnya memang benar begitu, (Usul-Kafi h. 232 cetakan India ). Yang dimaksudkan kejadian ini tadi ialah lahirnya Imam Mahdi, dengan demikian jelaslah bahawa dakawaan mereka itu palsu belaka kerana daripada akidah al-Bida’ itu pengertiannya bahawa Allah SWT tidak mengetahui tentang kejadian-kejadian yang berlaku sehinggalah kejadian itu berlaku baru Allah mengetahui. Ini memberikan pengertian bahawa pada asalnya Allah SWT mempunyai sesuatu pandangan yang tertentu, kemudian diubahnya kepada suatu pandangan yang baru pula sesuai dengan keadaan dan suasana semasa. Justeru, memberi kesimpulan bahawa Allah SWT bersifat jahil. Pegangan seperti ini adalah suatu kekufuran yang jelas dan nyata.
ORANG SYIAH YAKIN maksumnya Imam-imam MEREKA YANG 12
Muhammad Yaakub al-Kulaini telah menyebut dalam kitab Usul-Kafi seperti berikut:
Daripada Abdilah a.s katanya. Semua ajaran yang dibawa oleh Ali a.s hendaklah diterima sepenuhnya dan semua yang dilarang oleh Ali a.s hendaklah ditingalkan kesemuanya. Kelebihan Saidana Ali dari segi keutamanannya adalah serupa dengan kelebihan dan keutamaan yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w., dan Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai kelebihan dan keutamaan mengatasi seluruh makhluk Allah. Sesiapa yang meragui sesuatu hukumnya, samalah dengan orang ragu kepada hukum Allah dan kepada hukum Rasul-Nya, dan orang-orang yang menolak atau mengekeritiknya, baik dalam perkara yang sekecil manapun mahupun yang besar, bererti melakukan syirik kepada Allah SWT. Demikainlah juga kelebihan itu berlaku kepada seluruh Imamnya. Orang-orang Syiah yakin bahawa mereka adalah Imam yang membawa hidayah seorang demi seorang, yang telah diberikan kelebihan oleh Allah SWT sebagai tiang-tiang untuk melindungi semua penghuni di bumi, mereka juga menjadi bukti keagungan Allah melebihi seluruh penduduk dunia dan penduduk yang masih hidup dan yang telah mati dan amirul-Mukminin Salawatullah (Ali) acap kali menyebut: "Sayalah orang yang diberikan kuasa oleh Allah di antara syurga dan neraka. Sayalah juga hakim yang agung, sayalah tuan punya kekuasaan semua malaikat dan ruh serta para rasul telah mengiktiraf kelebihan saya sama seperti mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. dan saya diberi hak untuk mendapat keutamaan seperti yang didapati oleh Nabi Muhammad s.a.w., saya diberi hak menunggangi kenderaan yang sama dengan kenderaan Nabi Muhammad (kenderaan Tuhan)".
Al-Kulaini juga telah mengatakan seperti berikut:
Imam Jaafar al-Sodik telah menegaskan: Kamilah perbendaharaan Ilmu Allah Taala. Kamilah penterjemah perintah-perintah Allah, kami adalah satu kaum yang maksum, Allah Taala telah memerintah supaya kami ditaati dan Allah melarang menderhaka kepada kami, kamilah Hujjatu-Llah melebihi seluruh penduduk langit dan penghuni bumi.
Seterusnya al-Kulaini juga telah menyebutkan seperti berikut:
Saya telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata Imam-imam itu adalah setaraf dengan Rasulullah s.a.w. dan tidak halal untuk mereka berkahwin dengan wanita seperti yang dihalalkan Allah untuk Nabi Muhammad s.a.w. Adapun dalam perkara-perkara yang lain, maka mereka semua setaraf dengan Nabi Muihammad s.a.w.
Al-Kulaini juga telah menulis dalam bab mengenai nas Allah AWT dan Rasul-Nya tentang kelebihan Imam-imam a.s katanya; daripada Abi Jaafar mengenai tafsir firman Allah:
Yang bermaksud: Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain - menurut (hukum) Kitab Allah. (Surah al-Ahzab-6)
Berkata Ahli Tafsir Syiah. Ayat ini untuk siapa? Jawabnya ayat ini turun mengenai urusan pemerintahan. Ayat ini adalah berkaitan dengan anak cucu Sayyidina Husin a.s. Oleh yang demikian, maka kamilah yang paling berhak memegang tapuk pemeritahan, dan paling berhak mengenai apa-apa urusan Rasulullah s.a.w. dan kaum kerbatanya daripada kalangan orang-orang mukmin muhajirin dan ansar. Saya bertanya lagi adakah anak cucu Jaafar berhak seperti Ali? Dia menjawab, tidak! Katanya lagi adakah anak cucu Abbas ada bahagian? Jawabnya tidak, lalu saya bilang satu persatu anak cucu daripada salsilah Bani Abdulul-Mutalib. Dia menjawab tidak tahu, saya terlupa hendak bertanya anak cucu Sayyidina Hasan, maka saya pun masuk semula bertanya kepadanya adakah anak cucu Hasan dapat bahagian juga? Jawabnya demi Allah tidak wahai Ab.Rahim, tiada seorang pun pengikut Nabi Muhammad kecuali kami anak cucu Husin sahaja.
Dalam bab lain mengenai kewajipan taat kepada Imam-imam adalah seperti berikut: Daripada Abi as-Sabah katanya: Saya naik saksi bahawa saya mendengar Abi Abdillah a.s berkata: Aku naik saksi bahawa Ali itu adalah seorang Imam yang Allah wajibkan supaya ditaati dan Hasan pun juga seorang Imam yang wajib ditaati, dan bahawa Husin adalah wajib ditaati, demikian juga Ali bin Husin adalah seorang Imam yang wajib ditaati dan Muhammad bin Ali Imam yang dieprtintah oleh Allah supaya ditaati.
Seterusnya Al-Kulaini juga telah mencatitkan seperti berikut:
Imam Muhammad al-Bakir mengatakan perintah mengenai hak keturunan Ali diturunkan oleh Allah pada malam Lailatul-Qadar kepada Nabi dan juga kepada orang-orang yang diwasiatkan sebagai penggantinya (para Imamnya), mereka itu telah diajar bagaiman hendak menjalan tugas memerintah.
Sesungghnya orang-orang Syiah telah mereka-reka pengertian imamah itu mengikut selera dan cita-rasa mereka, iaitu mereka telah meletakkan imam-imam itu bertaraf maksum (tidak terkena dosa) sama seperti nabi-nabi Allah, dan mereka juga memandang Imam-imam itu mengetahui perkara ghaib, dan untuk menyokong tujuan jahat itu mereka telah membuat berbagai cerita rekaan dalam bentuk hadith palsu, sedangkan yang sebenarnya pengertian umum perkataan “Imam” itu boleh juga diletakkan kepada orang-orang Islam yang beriman atau kepada orang-orang yang bukan Islam. Sila lihat maksud ayat-ayat berikut untuk memahami konsep Imam.
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) daripada keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang yang zalim." (Surah al-Baqarah-124)
Yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami, berila kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah al-Furqan-74)
Maksudnya: ... maka perangilah Imam-imam (ketua-ketua atau pemimpin-pemimpin) kaum yang kafir itu,...(Surah at-Taubah-12)
Maksudnya: Dan Kami jadikan mereka Imam-imam (ketua-ketua dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), (Surah al-Qosas-41)
Perkataan Imam dalam ayat-ayat di atas ini tidak mengandungi perkataan maksum dan tidak juga mereka mengetahui perkara ghaib, juga tidak berhak melakukan keputusan sendiri kerana mereka itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang hujah yang berlandaskan hukum syarak yang membolehkan bahawa sifat-sifat itu boleh diletakkan kepada Imam. Memeng benar al-Quran telah memperakui empat mertabat kelebihan seperti yang tesebut dalam firman Allah:
Yang bermaksud: Dan sesiapa yang menta'ati Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan ni'mat oleh Allah kepada mereka, iaitu para Nabi, para Siddiqiin, para Syuhada’, dan orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang ta'at). (Surah an-Nisa’-69)
Dan tidak terkandung dalam martabat ini jawatan Imam yang direka-cipta oleh orang-orang Syiah yang mereka jadikan sebagai dasar pegangan mereka sedangkan Sayyidina Ali sendiri tidak mengiktiraf serta menolak dengan sekeras-kerasnya fahaman yang mengatakan Imam-imam itu wajib ditaati atau maksum. Sebagai bukti; ketika orang ramai ingin memberi baiah (pengakuan taat setia) kepada beliau (Sayyidina Ali) sesudah gugurnya(mati) Sayyidina Osman sebagai syahid, mereka berkata kepadanya hulurlah tangan anda supaya kami melantik anda menjadi Khalifah, maka Sayyidina Ali menjawab: Biarkan saya bebas, carilah orang lain! Jika kalian biarkan saya maka saya serupa dengan kalian, kiranya kalaian melantik saya menjadi Khalifah maka saya akan dengar dan taat keputusan kalian. Saya menjadi seorang pembantu yang baik, lebih saya sukai daripada menjadi seorang pemerintah.
Perkataan seperti ini disalin dari Kitab Nahjul-Balaghah yang merupakan salah satu Kitab rujukan penting kepada pegangan Syiah itu sendiri.
Jikalau benarlah beliau telah dilantik oleh Allah menjadi Imam seperti yang diada-adakan oleh orang-orang Syiah itu, sudah tentu beliau tidak menolak tawaran tersebut, kerana jawatan yang dilantilk melalui nas daripada Allah wajib ditaati oleh Imam itu sendiri dan juga oleh rakyat jelata. Demikanlah juga halnya Sayyidina Hasan, telah menyerahkan jawatan pimpinan kepada Muawiyah dan telah memberi baiah kepada Muawiah. Jikalau benar Sayyidina Hasan dan Husin itu adalah Imam-imam berdasarkan nas daripada Allah SWT sudah pasti mereka tidak memberi baiah dan menyerah kuasa kepada Muawiyah.
Makmun al-Rasyid telah memberi tawaran kepada Ali Rida dengan mengatakan: Saya bercadang untuk melepaskan jawatan sebagai Khalifah dan memberi baiah kepada anda bagi memegang jawatan itu. Tetapi Ali Rida menjawab; saya tidak akan menerima dan patuh kepada keputusan itu selama-lamanya.
Keadaan ini juga telah memeberi bukti bahawa Ali Rida tidak menerima jawatan itu kerana ia bukanlah termasuk dalam nas yang diperintah oleh Allah yang menjadi sebab utama orang Syiah menghukum kafir semua sahabat Rasulullah seperti yang akan dihurai di dalam risalah ini akan datang Insyaalah. Adapun sifat-sifat yang kita pegang dan meyakini menjadi sifat Rasulullah itu maka memang sifat-sifat itu terbukti melalui nas-nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.. Al-Quran telah menegaskan seperti berikut:
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.(Surah al-Anbia’-107)
Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (Surah Saba ’-28)
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya.(Surah al-A’raaf-158)
Yang bermaksud: Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Surah al-Mulk-1)
Maksudnya: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah an-Nisa’-65)
Yang bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya.(Surah al-Hasyr-2)
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jikalau benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.(Surah al-Imraan-31)
Yang bermaksud: Sesiapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya ia taat kepada Allah. (Surah an-Nisa’-80)
Yang bermaksud: Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah jelas kebenaran petunjuk baginya, dan ia pula mengikut jalan yang lain daripada jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah an-Nisa’-115)
Sesungguhnya semua Imam-imam kaum muslimin telah sepakat(sekata) mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah seorang makhluk Allah yang paling mulia dan mempunyai taraf kedudukan yang paling tinggi yang tiada seorang pun dapat menadinginnya. Baginda adalah maksum, wajib ditaati dan penutup segala nabi-nabi, manakala penggantinya pula iaitu Khlifah-khlifahnya sentiasa mengikuti jejak langkahnya dan menjadikannya sebagai panduan dalam segenap urusan baik yang kecil mahupun yang besar.
Para sahabat itu adalah orang-orang yang warak dan mempunyai keutamaan dan keagungan. Namun begitu mereka tidak dapat menyamai taraf Nabi, baik dalam sifat maksum dan sifat-sifat keutaman dan kesempurnaan yang lain seperti yang didakwa oleh orang-orang Syiah terhadap imam-imam mereka.
ORANG SYIAH PERCAYA BAHAWA Al-Quran sekarang
sudah diseleweng dan dipinda.
Sesungguhnya orang-orang Syiah tidak mengakui benarnya al-Quran yang ada pada tangan umat Muslimin sekarang ini kerana beberapa sebab.
Pertama: Orang-orang Syiah beriktikad bahawa para sahabat Nabi itu pendusta belaka. Mereka beriktikad bahawa berdusta adalah sebahagian daripada ibadat. Mereka juga beriktikad bahawa Imam-imam Syiah itu adalah pendusta-pendusta dan mengamalkan perinsip taqiyah. Seluruh Imam Syiah memegang kepercayaan yang sama; iaitu berdusta adalah suatu ibadat.
Oleh itu, dari segi lojiknya apabila semua sahabat Nabi dan Imam-imam Ahl-Bait (Ahli keluarga Rasululah s.a.w.) itu berdusta, maka siapa lagi yang mampu menyampaikan kepada mereka al-Quran yang sebenar dan yang tulen daripada Rasululah s.a.w..
Kedua: Mengikut akidah orang-orang Syiah semua sahabat itu adalah pendusta, sedangkan para sahabat itulah orang-orang yang menyampaikan dan meriwayatkan al-Quranul-Karim. Demikian juga Imam-imam Ahl-Bait tidak boleh dipercayai dan tidak dipandang benar oleh orang-orang Syiah, dengan demikian bagaimana boleh diterima lojik bahawa orang-orang Syiah berpegang tentang kesahihan dan kesempurnaan al-Quran yang wujud dalam kalangan kaum muslimnin sekarang ini.
Ketiga: Hadis-hadis orang-orang Syiah yang diriwayatkan dalam kitab-kitab mereka, yang mereka pegang iaitulah riwayat yang lebih daripada dua ribu riwayat yang dipandang mutawatir di sisi mereka. Semua hadis itu dengan terangnya menyatakan bahawa al-Quran yang ada di tengah-tengah masyarakat Muslimin sekarang ini telah dipinda dan ditukar-ganti dengan cara dikurangkan atau ditokok tambah dan tidak ada suatu pun hadis sahih dalam kitab-kitab Syiah itu yang menyatkan bahawa al-Quran yang ada di tengah-tengah masyarakat Islam sekarang ini lengkap dan sempurna tanpa dipinda dan ditukar, seolah-olah taraf al-Quran yang ada sekarang ini dari segi kesahihannya labih lemah daripada hadis sahih orang-orang Syiah.
Adapun hujah-hujah yang dipegang oleh orang-orang Syiah berpandukan pendapat empat orang tokoh ulama mereka iaitu:
1. AL-MURTADHA
2. ABU JAAFR
3. ABU ALI AT-TABARI
4. AL SYIEKH ASADUQI
Semua Mazhab Islam telah meyakini bahawa al-Quran yang ada sekarang ini adalah sah dan benarnya tanpa ada pembaikian dan sebagainya. Maka hujah mereka(orang Syiah) berpandukan empat orang ulama itu adalah suatu hujah yang palsu kerana sumber asal pegangan orang-orang Syiah adalah pendapat atau pengajaran imam-imam mereka yang maksum dan juga ulama-ulama hadis mereka yang lebih daripada dua ribu hadis lagi yang mengesahkan bahawa memang berlaku pindaan al-Quran itu. Oleh yang demikian apakah nilainya penafian empat orang ulama itu berhadapan dengan pendapat dan pengajaran imam-imam mereka yang maksum, dan ulama hadis mereka, tambahan pula pendapat empat orang ulama itu tidak lain dan tidak bukan hanya suatu perbuatan taqiyah(berpura-pura) semata-mata kerana sebab-sebab dan suasana hidup yang mereka hadapai pada zaman mereka, apatahlagi apabila kita ketahui bahawa amalam taqiyah itu adalah suatu amalan yang dipandang tinggi dan sangat bernilai di sisi mereka itu.
Kitab “Faslul Khitab” yang menjadi rujukan orang syiah muka surat 33 ada menyebut nasnya sperti berikut:
Mejoriti ulama hadis Syiah beriktikad bahwa al-Quran yang ada di tangan Muslimin itu telah dipinda seperti yang disebut oleh al-Husin bin Muhammad Taqu-Nawawi al-Tabrasi juga dalam kitab “Faslul Khitab” muka surat 32 yang mengatakan pegangan bahawa al-Quran itu telah dipinda adalah pegangan mejoriti atau jumhur hadis-hadis melalui kitab-kitab mereka yang kami jumpai. Sukacita kami mengemukakan secebis riwayat hadis mereka yang membuktikan pandangan mereka mengenai pindaan al-Quran itu seperti berikut:
Dari sumber yang sahih daripada buku-buku pegangan orang-orang Syiah, Muhammad bin Yaakub al-Kulaini dalam kitab “Usul-Kafi” dalam bab: Bahawa tidak mengumpulkan seluruh al-Quran itu malainkan Iman-imam Syiah dan bahawa imam-imam Syiah itu sahajalah yang mengetahui al-Quran yang asli katanya; daripada Jabir katanya, saya mendengar Jaafar a.s berkata: Tidak akan mendakwa akan sesorang manusia pun bahawa al-Quran itu telah dihimpunnya sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kesemuanya kecuali dusta semata-mata. Tiada orang lain yang mengumpul dan menghafaz al-Quran yang tulen itu melainkan Ali bin Abi Talib dan Imam-iman sesudahnya, al-Kulaini telah menyebutkan lagi dalam kitab “Usul-Kafi” halaman 67 cetakan India kita petik seperti berikut:
Daripada Salim bin Salmat saya mendengar ada seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan Abi Abdillah a.s dengan menambah beberapa perkataan yang lain daripada apa yang dibaca oleh orang ramai, maka kata Abi Abdillah, berhentilah membaca seperti ini, bacalah seperti yang dibaca oleh orang ramai sehingga bangkit Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi bangkit kelak barulah al-Quran itu dibaca dengan betul, lalu Abu Abdillah mengeluarkan al-Quran yang ditulis oleh Sayyidina Ali a.s, apabila dia sudah menulis maka diapun memberitahu orang ramai; inilah kitab Allah Aza-Wajalla seperti yang dirturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang telah saya kumpulkan daripada dua buah buku catitan saya, tetapi orang ramai menolaknya dengan menjawab; ini dia al-Quran sejati kami, tidak perlu lagi kepada al-Quran anda. Ali berkata lagi: Demi Allah kamu tidak akan dapat melihat yang asli ini lagi, kerana memang sudah lepas kewajipanku, dan aku telahpun memberitahu kamu semua sewaktu aku mengumpulkannya dengan tujuan supaya kamu membacanya.
Al-Kulaini juga menyebut dalam Kitab “Usul-al-Kafi” halaman 67 cetakan India katanya: Daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr katanya, saya telah diserahkan al-Quran oleh Ali a.s katanya; tak usahlah melihat isi al-Quran ini, tetapi saya membukanya juga dan saya baca ayat dalam surah “Lam Yakuni”: maka saya dapati dalam surah ini ada senarai lengkap nama orang-orang kafir termasuk bapa-bapa mereka seramai 70 orang daripada kalangan orang Quraisy.
Al-Kulaini menyebut dalam kitab “Usul al-Kafi” halaman 263 bab yang menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang ini mengandungi kecacatan dan pembuangan ayat-ayat yang berkaitan dengan hak masalah Al-Wilayah katanya: Daripada Abi Abdillah as yang bererti: Kami telah berpesan kepada Nabi Adam semenjak dulu lagi beberapa kalimah perkataan mengenai Nabi Muhammad, kedududkan Sayyidina `Ali ra kedudukan Fatimah, Hasan, Husin dan Imam-imam dan keturunan zuriat mereka tetapi dia terlupa demikanlah bunyinya, demi Allah dirturunkan kepada Nabi Muhammad.
Al-Kulaini pula mengutip satu ayat di dalam kitab “Usul al-Kafi” muka surat 264 dengan riwayat sepeti berikut:
Daripada Abi Abdillah katanya: “Wahai orang-orang yang diberikan Kitab! Berimanlah kamu kepada ayat yang kami turunkan mengenai kelebihan Sayyidina `Ali r.a sebagai Nur yang nyata”.
Sebahagian besar daripada orang-orang Syiah mengatakan bahawa Sayyidina Othman telah membakar mashaf al-Quran dan telah memusnahkan surah-surah yang ada menyebut mengenai kelebihan Sayyidina `Ali r.a dan kaum keluarga Sayyidina `Ali r.a kesemuanya. Di antara ayat-ayat yang kononya ada dalam surat itu ialah ayat yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beiman! Berimanlah kamu kepada dua nur yang telah kami turunkan kitab kepada mereka (al-Quran) iaitulah kedua-dua nur yang membaca ayat-ayat Aku yang memberi amaran kepada kamu tentang azab hari kiamat iaitu dua nur yang Sayyidina `Ali r.a lengkap melengkapi dan Akulah Tuhan yang Maha benar lagi Maha Mengetahui”.
Al-Mulla Hasan telah menyebut dalam kitab “Al-Safi” katanya dari Abi Jaafar a.s katanya kalaulah bukan kerana kitab Allah itu telah ditambah dan dikurangkan nescaya tidak terjejas sedikitpun hak kita (Syiah ).
Ahmad bin Abi Talib al-Tabrasi telah menyebut dalam kitab “Al-Ihtijaj” katanya bahawa abi Zar al-Ghifari telah berkata: "Sesudah wafat Rasululah s.a.w. maka Sayyidina `Ali r.a mengumpulkan isi kandungan al-Quran lalu dibawanya berjumpa tokoh Muhajirin dan Ansar dan mengemukakan al-Quran yang dikumpulkan itu, kerana beliau diamanahkan oleh Rasululah s.a.w. untuk berbuat demikian. Sebaik sahaja Abu-Bakar membuka isi al-Quran itu maka didapati di dalamnya ada ayat-ayat yang mendedahkan kejahatan sahabat-sahabat Nabi lalu melompatlah Sayyidina Omar r.a sambil berkata; wahai `Ali! Ambillah naskhah al-Quran ini kerana kami tidak berhajat kepadanya, lalu Sayyidina `Ali r.a pun mengambil naskhah al-Quran itu dan Sayyidina `Ali pulang ke rumahnya, kemdian dipanggil pula Zaid bin Thabit (beliau ini adalah seorang yang mahir dengan al-Quran) maka Sayyidina Omar r a berkata kepada Zaid, wahai Zaid! Sesungguhnya Sayyidina `Ali r.a telah membawa satu naskhah al-Quran kepada kami tetapi bahagian al-Quran itu mengandungi ayat yang mendedahkan keburukan orang-orang Muhajirin dan Ansar, oleh sebab itulah kami telah berpakat untuk menyusun semula al-Quran yang ada sekarang ini, sambil kita dapat menggugrkan ayat-ayat yang menyebut keburukan orang-orang Ansar dan Muhajirin, lalu Zaid pun sanggup menunaikan tugas itu. Kemudian dia bertanya pula apahalnya jikalau sesudah saya selesai menyusun semula al-Quran seperti yang tuan kehendaki itu, tiba-tiba Sayyidina `Ali r.a pula datang mengemukakan kepada orang ramai al-Quran yang telah dia susun itu, tidakkah ini boleh menimbulkan kelam kabut atau dianggap palsu? Maka Sayyidina Omar r.a pun menjawab, kalau demikian apakah jalan keluarnya? Maka Zaid menjawab tuan lebih tahu daripada saya mengenai jalan keluar itu. Maka Sayyidina Omar r.a pun berkata: Jalan keluarnya ialah kita bunuh sahaja `Ali dan dengan cara yang sedemikian, tentu kita akan terlepas daripada gangguannya, lalu Sayyidina Omar r.a pun terus menjalankan rancangan jahat untuk membunuh Sayyidina `Ali r.a dengan memberi tugas kepada Khalid bin Al-Walid untuk melakukakknnya. Tetapi ternyata Khalid tidak mampu menjalankan tugas tersebut. Kemudian setelah Sayyidina Omar r.a mejadi Khalifah maka sahabat-sahabat Nabi meminta Sayyidina `Ali r.a supaya menyerahkan al-Quran yang disusun olehnya (Ali) kepada mereka untuk mereka pinda mengikuit selerea mereka. Maka Sayyidina Omar r.a pun memujuk Sayyidina `Ali r.a dengan mengatakan; wahai Abu al-Hasan tolonglah bawakan al-Quran yang telah anda bawa kepada Abu-Bakar dahulu supaya kita perbincangkan, tetapi permintaan itu telah ditolak oleh Sayyidina `Ali r.a dengan mengatakan: Permintaan itu saya tidak boleh tunaikan sama sekali kerana seberanya saya membawa al-Quran itu kepada Abu-Bakar dengan tujuan supaya tuan-tuan tidak boleh memberi alasan lagi dihari kiamat kelak tentang tugas saya telah selesai”, sebagaimana ayat al-Quran (yang ada pada orang Syiah):
Sesunguyhnya kami terleka (tidak sedar) seperti ini. Tuan-tuan menjawab kepada Tuhan: Kamu tidak membawa al-Quran asli itu? Sesunguhnya al-Quran yang ada di tangan saya ini tidak dapat disentuh melainkan orang-orang yang suci dan juga penerima zuriat daripada keturnannku sahaja. Sayyidina Omar r.a pun bertanya adakah dapat diketahui bilakah al-Quran yang sebenar itu akan dihebah kepada orang ramai? Jawab Sayyidina `Ali r.a memang akan tiba masanya; iaitu apabila bangkit Imam Mahdi daripada kalangan anak cucuku yang akan mendedahkan al-Quran yang sebenar, dan mengajak umat manusia untuk mengikutnya.
Al-Nuri at-Tabari(ulama Syiah) menulis dalam kitab “Faslul-Khitab” katanya Amirulimikminin (Sayyidina `Ali r.a) ada mempunyai sebuah al-Quran yang istimewa yang beliau kumpulkan sendiri setelah wafat Nabi Muhammad s.a.w. dan dia kemukakan kepada sahabat-sahabat Nabi tetapi mereka tidak menerimanya. Oleh sebab itulah beliau tidak mahu lagi mengemukakan al-Quran itu kepada mereka, bahkan tidak menyebut-menyebut hal itu di hadapan mereka lagi. Al-Quran yang beliau kumpulkan itu sentiasa berada dalam simpanan anak cucunya yang terus dipusakai turun temurun daripada seorang Imam kepada seorang imam lain sebagai simpanan pusaka dan sebagai khazanah kenabian sehingga akan dilahirkan semula oleh imam Mahdi yang diharapkan akan muncul tak berapa lama lagi. Imam Mahdilah yang akan melahirkan al-Quran itu sesudah kebangkitannya. Beliaulahlah yang akan memerintah orang ramai untuk membacanya. Al-Quran itu adalah berlainan dengan al-Quran yang ada sekarang baik dari sudut susunan ayatnya, susunan surahnya, bahkan susunan kalimat-kalimatnya, dan dari segi ayat-ayat yang dikurangkan serta yang ditambah, oleh kerana kebenaran itu adalah kepunyan Sayyidina `Ali r.a dan Sayyidina `Ali r.a itu selama-lamanya yang benar maka jelas sejelasnya al-Quran yang ada di seluruh dunia ini terlibat dengan tokok-tambah dan al-Quran asal inilah yang dicari-cari. Inilah tulisan dan perkataan yang dilakukan oleh Nuri... (Semoga dibinasakan Allah atas dakwaan yang dusta ini).
Ahmad bin Abi-Talib telah menulis di dalam Kitab “Ihtijaj” katanya: Kemudian orang-orang Syiah ini terpaksalah membuat-buat masalah untuk mengumpul dan menulis sendiri al-Quran yang mereka dakwa itu sambil menambahkan perkara yang boleh menampakan lagi kepalsuan mereka yang Sayyidina `Ali r.a terang dalam kitab yang dibuat oleh mereka itu ialah menganai perkara perancangan buruk terhadap Nabi Muhammad s.a.w. daripada golongan orang-orang Mulhid dan oleh sebab itulah mereka mengatakan perkataan yang munkar dan palsu.
Husin al-Nawawi al-Tabrasi menulis lagi dalam kitab “Faslul-Khitab” yang diriwayatkan daripada ulama Syiah vetran: Ramai yang mengatakan al-Quran yang ada pada kita sekarang ini bukanlah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. bahkan ia telah diubah, dipinda, ditambah, dan dikurangkan. Al-Mullah Hasan telah mengutip perkatan Abi-Jaafar. Abi-Jaafar mengatakan bahwa al-Quran ini telah banyak dibuang dan digugurkan ayat-ayatnya tetapi beberapa huruf sahaja yang ditambah dan berkata lagi kesimpulan yang diambil daripada kumpulan berita yang dari sumber Ahl-bait ini ialah; bahawa al-Quran yang ada di tengah masyarakat sekarang ini bukanlah lengkap sempurna seperti yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dulu, bahkan ada di dalam al-Quran sekarang ini yang berlawanan dengan yang telah diturunkan oleh Allah iaitulah yang diubah, dipinda dan telah dibuang banyak perkara di antara yang dibuang itu ialah nama Sayyidina `Ali r.a yang banyak disebut dalam al-Quran asal tetapi tiada satu pun disebut dalam al-Quran sekarang ini demikian juga perkataan keluarga Nabi Muahammd yang telah disebut banyak kali ataupun tidak dicatat dalam al-Quran demikian juga nama-nama orang munafiqin tidak disebut dalam al-Quran sekarang ini, juga tidak disusun mengikut tertib yang diredai oleh Allah dan Nabi Muahammd s.a.w..
Al-Kulaini juga telah menyebut katanya: Daripada Abi Abdillah a.s katanya: Sesungguhnya al-Quran yang telah disampaikan oleh Jibril kepada Nabi ada mengandungi 17 ribu ayat sedangkan al-Quran yang ada di tangan masyarakat sekarang hanya 6666 ayat dan seolah-olah dua pertiga ayat itu telah dibuang dan yang tinggal hanya 1/3 sahaja. Pengarang kitab “Miraatu-`Uqul” telah menulis untuk mengulas hadis yang diriwayat oleh al-Kulaini ini dengan katanya hadis ini satu hadis sahih dan tidak sunyi lagi bahawa hadis ini dan banyak lagi hadis-hadis yang sahih telah menyebut dengan terang dan nyata mengenai kekurangan al-Quran, saya berpegang bahawa semua hadis mengenai pindaan al-Quran ini adalah mutawatir semuanya dan kalaulah menolak semua hadis itu bermakna kita menolak semua hadis yang berkaitan dengan masalah Imamah juga.
Al-Mulla Khalil al-Qazwini iaitulah pengarang kitab yang mensyarahkan al-Kafi mengenai hadis yang tersebut di atas kitab itu berbahasa Farsi dan deterjemahkan ke dalam bahasa Arab, dengan mengatakan; yang dikehedaki dengan keterangan tadi bahawa banyak ayat-ayat yang dibuang daripada al-Quran dan tidak ada di dalam keterangan-keterangan yang berkenaan dengannya dalam mashaaf yang masyhur yang diketahui sekarang dan juga dalam hadis-hadis sahih secara umum atau khususnya adalah menjadi bukti tentang berlakunya pengguguran ayat al-Quran dan hadis-hadis itu memang banyak sekali yang boleh dipandang dusta semuanya dan juga dakwaan yang mengatakan al-Quran yang sebenar ialah al-Quran yang ada (mashaf) uthmani sekarang ini tidak terlepas juga daripada kemusykilan dan juga dalil yang mengatakan bahawa sahabat-sahabat Nabi dan ulama-ulama Islam Kemudiannya sangat mengambil berat tentang kemurnian al-Quran itu adalah satu bukti yang lemah sesudah diperhati dan ditiliti amalan-amalan Abu-Bakar, Umar, dan Osman. Demikian jugalah hujah mengambil dalil dengan menggunakan ayat:
Yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.(Surah al-Hijr-9)
Adalah juga satu hujah yang lemah kerana ayat yang berkenaan turun dalam bentuk perbuatan yang telah lampau ditambah pula dalam ayat berkenaan termasuk dalam surah Makkiah dan juga telah turun lain-lain yang banyak selepas surah-surah ini di samping banyak lagi surah-surah diturunkan di Madinah selaepas itu dengan demikian ayat itu tidaklah boleh dijadikan dalil bahawa isi kandungan al-Quran itu terpelihara daripada pindaan dan penyelewengan. Lagipun perkataan memelihara Quran di sini pun tidaklah boleh menjadi dalil untuk difahamkan bahawa al-Quran itu terpelihara di sisi orang awam kerana boleh juga difahamkan ianya terpelihara di sisi Imam Mahdi dan para pengikutya yang menjadi orang-orang kepercayaannya.
Kemudian al-Husin al-Nawawi al-Tabrasi telah menulis dalam kitab “Faslul-Kitab” seprti beikut:
Hadis-hadis yang diriwayatkan melalui beberapa riwayat khusus mengenai al-Quran yang menunjukkan ada berlaku beberapa kalimah ayat-ayat dan surah-surah al-Quran mengikut cara yang tersebut itu memang banyak, sehingga berkatalah al-Syaid Ni’matul-Lah al-Jazairi dalam beberpa buah buku karangannya telah mengesahkan bahawa hadis-hadis yang membuktikan penyelewengan seperti itu lebih daripada 2 ribu hadis dan hal ini telah ditegaskan oleh satu kumpulan agama( Syiah) seperti: Al-Mufid, al-Muhaqiq al-Dama’, al-Alamah al-Majlisi, dan lain-lain. Al-Syaikh sendiri telah menegaskan dalam kitab al-Tibian tentang banyaknya hadis-hadis seperti itu, bahkan suatu jamaah ulama pula membuat pengakuan tentang berlakunya penyelewengan itu melalui hadis yang sahih dan mutawatir.
Al-Nuri al-Tabrasi menulis lagi, berkata al-Syed al-Muhadith al-Jazairi telah menegaskan dalam kitab al-Anuar: Bahawa sahabat-sahabat kita telah sepakat tentang sahihnya haids-hadis yang banyak jumlahnya bahkan mutawatir pula yang menyatakan dengan tegasnya ada berlaku penyelewengan dalam al-Quran baik dari segi perkataan mahupun ayat-ayat dan kaedah 'ikrab bahasa Arab pun At-Tabrsi mengatakan lagi: Hadis-hadis sahih yang muktabar yang mengesahkan berlakunya pengguguran dan pengurangan dalam al-Quran menjadi bukti yang lebih jelas lagi atas apa yang telah disebut dalil-dalil tadi. Memang pengguguran dan pengurangan itu adalah sedikit jumlanya jika dibandingkan dengan ayat-ayat yang sebenarnya turun ke dalam hati penghulu manusia dan jin (Nabi Muhammad s.a.w.) tanpa menyebutkan ayat-ayat dalam surah tertentu tetapi benda itu memang tersebar dalam beberapa buah kitab yang muktabar yang menjadi panduan dan contoh tauladan para ulama kita (Syiah). Al-Nuri menegaskan lagi: Ketahuilah bahawa perkhabaran dan hadis tentang penyelewengan al-Quran itu memang dapat menjadi pegangan alim ulama kita dalam menentukan hukum-hukum syarak dan hadis-hadis Nabi.
Ulama Syiah juga telah menyebut dan mengatakan banyak riwayat hadis yang membuktikan berlakunya penyelewengan al-Quran secara terperinci dan al-alamah Muhamad al-Baqir al-Majlisi sendiri telah mengemukakan satu dalil yang berpandukan lojik akli mengenai berlakunya penyelwengan al-Quran itu iaitu beliau mengatakan: Memang termasuk lojik akal untuk menyatakan bahawa apabila kandunagan al-Quran itu terpecah-pecah berselerakan di merata tempat di kalangan orang ramai dan baru diusahakan oleh orang yang tidak maksum maka tentulah pada adatnya usaha mengumpulkannya secara sempurna tidak dapat dilakukan. Namun demikan tidak syak lagi tetapi tidak diragugan bahawa umat manusia memang ditugaskan untuk beramal berpandukan al-Quran yang masih ada dan membaca isi kandungan itu sehinggalah bangkit imam Mahdi kelak. Ini sudah termaklum dan diketahui umum melalui hadis yang diriwayatkan melalui ulama Ahl-Bait a.s dan kebanyakan hadis Ahl-Bait itu membuktikan berlakunya pengurangan dan pindaan. Huraian yang berkaitan dengannya akan dilakukan dalam bab-bab yang akan datang terutama dalam bab mengenai kelebihan al-Quran yang akan kita berikan secara panjang lebar mengenainya insya-Allah.
Sesudah kami megemukan beberapa riwayat hadis yang telah dituliskan oleh ulama Syiah dalam beberapa kitab mereka dan sokongan kuat yang diberikan oleh tokoh-tokoh Syiah sebagai hadis mutawatir dan sahih tentang berlakunya penyelewengan mengenai pengumpulan al-Quran ini, sukacitalah kami hendak menyatakan, dan mendedahkan pula mengenai akidah mereka bahawa al-Quran yang ada sekarang ini telah dipinda, maka kami kemukan huraian pengarang kitab tafsir al-Safi.
Adapun iktikad yang dipegang oleh tuan-tuan guru kami dalam masalah ini, maka yang lelas ialah pegangan Muhammmad Yaakub al-Kulaini: Bahawa dia beriktikad memang berlaku pindaan dan pengurangan dalam al-Quran kerana dia sendiri telah meriwayatkan banyak hadis yang memberi pengertian seperti ini dalam kitab al-Kafi dan dia tidak menerima sebarang bantahan mengenai hal ini daripada para ulama yang lain sedangkan dia sendiri telah menyebutkan dalam kitab awal-awal lagi bahawa dia percaya penuh akan kesahihan hadis yang diriwayatkannya itu. Demikian juga gurunya, iaitu Ali bin Ibrahim kerana kitab tafsir karangannya juga penuh dengan huraian berkenaan dengan masalah berlakunya pindaan al-Quran itu. Samalah juga dengan al-Shaikh Ahmad bin Abi Talib al-Tabrasi yang juga telah mengikut jejak kedua tokoh ulama berkalibar itu dalam kitabnya yang bernama “Al-Ihtijaj”.
Dan sesungguhnya ramai ulama-ulama ahli hadis Syiah yang telah menulis beberapa kitab yang berasingan mengenai masalah ini, mereka menguatkan sokongan bahawa al-Quran itu memang diseleweng dan dipinda seperti yang telah disebutkan oleh al-Husin bin Muhammad Taquu al-Nuri al-Tabrasi di dalam kitabnya yang terkenal yang bernama “Faslul-Khitab” Dalam mukadimah kitab tersebut beliau telah menyatakan seperti berikut:
Inilah sebuah kitab yang boleh dianggap kumpulan tulisan yang sangat bernilai dan yang berpotensi, sengaja saya karang untuk membuktikan berlakunya penyelewengan al-Quran dan untuk mendedahkan kelakuan jahat orang-orang zalim dan penjenayah yang kami namakan kitab itu ialah: Kata pemutus tentang berlakunya peneyelewingan kitab Allah SWT
Beliau telah menyenaraikan nama-nama kitab yang telah dikarang oleh orang lain mengenai masalah ini dalam halaman 29 kitab yang berkenaan ialah:
1 Kitab yang berkaitan dengan berlakunya penyelewengan al-Quran
2. Kitab mengenai bagaimana ayat-ayat diturunkan dan bagaimana pindaan itu berlaku.
3. Kitab bagaimana al-Quran diturunkan dan pindaan-pindaan terhadapnya.
4. Kitab yang berkaitan dengan penyelewengan dan pindaan.
5. Kitab yang berkaitan kaedah turunya al-Quran dan penyelewengan.
Ulasan Penulis
Kitab-kitab yang tercatat di atas ini secara jelas memberi gambaran dan panduan kepada kita bahawa akidah yang berkaitan dengan berlakunya penyelewingan dan pindaan al-Quran itu adalah menjadi salah satu perkara pokok ajaran agama Syiah iaitu memang sungguh banyak mereka mengarang kitab-kitab yang berkaitan dengan akidah seperti ini. Adapun dalih yang dikemukan oleh sesetengah golongan Syiah dengan mengatakan hadis-hadis yang berkaitan dengan penyelewengan dan pindaan itu adalah hadis-hadis daif semata-mata. Maka kita katakan; bahawa dalih atau helah itu adalah dalih yang terlalu jelas sekali kepalsuannya kerana hadis-hadis yang berkenaan sesungguhnya telah diriwayatkan oleh mejoriti ulama hadis Syiah yang terkemuka dan dipandang muktabar di sisi mereka, oleh sebab itulah tidak ada seorang pun di antara ulama hadis Syiah yang terkemuka itu yang meriwayatkan hadis-hadis yang bertentangan dengan hadis-hadis yang membuktikan (mensabitkan) berlakunya penyelewingan pindaan al-Quran itu dan kalaulah benar-benar para ulama Syiah itu serius dan jujur dalam dakwaan mereka tentang al-Quran yang berada di tengah-tengah masyarakat Islam sekarang ini benar-benar masih tulen tanpa terlibat sebarang pindaan dan penyelewingan maka secara jujur pula kita menuntut mereka agar:
1. Menunjukkan satu sahaja hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam mereka yang mereka dakwa sebagai maksum itu yang juga ada tercatat dalam salah sebuah kitab-kitab yang menjadi pegangan mereka hadis itu juga hendaklah menjadi dalil bahawa al-Quran itu masih terpelihara, masih sempurna, masih murni, masih tulen dan tidak pernah diselewengkan. Kita yakin bahawa mereka tidak akan mampu mengemukan hadis-hadis seperti itu sampai kiamat pun.
2. Mereka hendaklah dengan tegasnya menghukum kafir sesiapa sahaja yang menyatakan bahawa al-Quran itu telah dipinda dan diselewengkan. Mereka juga perlu mengisytiharkan akidah seperti ini secara besar besaran dan megluas sama ada melalui surat khabar atau majalah mereka. Mereka juga wajib berhenti daripada melakukan kegiatan memfitnah; bahawa al-Quran itu telah diseleweng dan dipinda di dalam majlis-majlis perjumpaan dan pengajian mereka. Mereka juga perlu mengisytiharkan secara terbuka; bahawa mereka tiada sebarang kaitan dan hubungan sama sekali dengan orang-orang yang menganut fahaman tentang penyelewengan dan pindaan al-Quran itu. Mereka juga hendaklah mengisytiharkan bahawa semua kitab yang mengandungi ajaran-ajaran tentang penyelewengan al-Quran itu sebagai kitab-kitab yang karut dan tida betul seperti kitab al-Kafi dan lain-lain lagi.
Demikanlah kami telah mendedahkan melalui beberapa lembaran buku ini mengenai kepalsuan akidah orang-orang Syiah mengenai berlakunya penyelewengan al-Quran. Pendedahan ini tidak kami lakukan secara sembarangan, malah kami lakukan dengan penuh bukti dan tanggungjawab yang kami kutip daripada kitab-kitab mereka baik yang berbentuk hadis-hadis sahih dan mutawatir di sisi mereka mahupun dengan huraian-huraian ulama-ulama hadis, ulama-ulama tafsir dan tokoh-tokoh ulama mereka. Dengan demikan kami percaya tidak ada saorang pun daripada kalangan pendokong ajaran Syiah yang berani menafikan apa yang telah kami dedahkan ini kerana pendedahan ini tidak sayak lagi membuka topeng yang menutup muka mereka selama ini, dan juga membuktikan akidah mereka yang palsu dan tidak bertanggungjawab tentang kemurnian al-Quran yang tidak terlibat dalam sebarang kebatilan pun baik dari depan maupun belakangnya.
Al-Quran itu adalah kitab suci yang diturunkan daripada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Terpuji.
Firman Allah tentang kemurnian al-Quran:
Yang bermaksud: Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w. ini, bagi mereka yang berfikir tidak ada sebarang syak di dalamnya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah al-Baqarah-2)
Yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.(Surah al-Hijr-9)
Yang bermaksud: Janganlah engkau (wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (Kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).(Surah al-Qiamah-16-19)
Yang bermaksud: Dan jikalau kamu ada menaruh sebarang syak tentang apa yang Kami turunkan (aI-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah sahaja yang sebanding dengan al-Quran itu, serta ajaklah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah, jikalau betul kamu orang-orang yang benar. (Surah al-Baqarah-23)
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu, sesama sendiri". (Surah al-Isra’-88)
SEPAKAT
Seluruh umat Islam telah yakin dan sepakat (seiya sekata, sebulat suara) berpegang kepada kebenaran bahawa kitab suci al-Quran yang ada di dalam masyarakat kaum Muslimin seluruh dunia sekarang ini yang bermula daripada surah al-Faatihah aehingga ke akhir surah an-Nas adalah Kalam Allah SWT `Azawajala dan wahyu-Nya yang sebenar yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Sesiapa sahaja yang tidak percaya dan menolak sebarang huruf sahaja pun daripada kandungan al-Quran ini maka kafirlah dia (walayazubillah).
Adapun hujah yang dipegang oleh sesetengah golongan pengikut Syiah yang jahil ketika mereka masih enggan untuk mengakui bahawa al-Quran yang ada sekarang ini masih terpelihara dan sempurna dengan mengemukan bahawa tidak ada kecacatan pun hadis-hadis sahih kami orang-orang Syiah itu kerana al-Quran yang kalian pegang pun ada juga menyebut maslah hukum naskh dan nasakh tilawah dan ada berlakunya perbezaan dari segi qiraat maka kita jawab alasan ini suatu alasan yang sangat lemah. Alasan yang digunakan oleh orang-orang yang lemas yang bergantung dengan sehelai daun reput, kerana masalah naskh tilawah ini memang wujud melalui nas yang terang demikian juga masalah perbezaan qiraat. Hujah-hujah mereka amat jauh daripada kebenaran sejauh langit dengan bumi. Si bodoh itu juga perlu menunjukkan kepada kita satu sahaja pendapat daripada kalangan Sunnah yang mengatakan ada berlaku pindaan al-Quran itu. Memang mustahil ada orang seperti itu daripada kalangan Muslimin sejati kerana memang seluruh penganut Ahli-Sunnah memegang iktikad yang bulat tidak berbelah bagi bahawa setiap orang yang berani mengatakan al-Quran itu diseleweng dan dipinda maka orang itu jatuh kafir dan terkeluar daripada agama Islam .
“KELEBIHAN taqiyyah”
Apakah yang dimaksudkan dengan taqiyah itu? Pengertian taqiyah mengikut pendokong Syiah ialah:
Berdusta, bermuka-muka dan bersifat munafiq sama ada secara terang atau sebaliknya, itulah pengertiannya mengikut pengertian hadis-hadis sahih mereka. Kita kemukkan kepada anda beberapa riwayat hadis yang sahih mengenai akidah orang-orang Syiah tentang fadilat taqiyah bersumberkan Kitab-kitab rujukan mereka yang muktabar(yang diguna-pakai).
Al-Kulaini telah meriwayatkan beberapa hadis seperti berikut:
1. Dari Ibnu Amir al-Akjami telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Aba-Umar! Sesungguhnya sembilan persepuluh agama Islam itu terletak dalam amalan taqiyyah dan tiada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah. At-taqiyyah itu hendaklah dilakukan dalam semua urusan kecuali di dalam dua hukum sahaja iaitu hukum arak dan menyapu kedua Khuf.
2. Al-Kulaini mengatakan lagi bahawa Abu-Jaafar (a.s) telah berkata: At-Taqiyyah itu adalah sebahagian daripada agamaku, agama nenek moyangku dan tiada iman bagi orang yang tiada at-Taqiyyah baginya.
3. Al-Kulaini mengatakan: Dari Abi Abdillah (a.s) katanya: Peliharalah agama kamu dan lindungilah agama kamu dengan mengamalkan at-taqiyyah kerana sesungguhnya tiada iman bagi orang yang tidak ada taqiyah.
Al-Kulaini mengatakan lagi: Dari Abi Abdillah (a.s) dalam mentafsir ayat:
Maksud sebenar ayat ini ialah: Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, tetapi mengikut kata Abi Abdillah; yang dikamsudkan dengan “al-Hasanah” itu ialah: At-taqiyah dan yang dimaksudakan dengan “Sayyiaah” itu ialah: memberi penjelasan yang jelas.
Al-Kulaini mengatakan lagi: Dari Darsat al-Wasiti katanya, berkata Abu-Abdillah (a.s) tiada siapapun yang mengamalkan taqiyyah yang lebih baik nilainya daripada taqiyyah yang dilakukan oleh ashabulkahfi walaupun mereka itu menyaksikan perayaan-perayaan dan mengikat tali pinggang mereka dalam perayaan itu dengan mengikut selera pemerintah yang zalim, tetapi mereka telah diberi ganjaran dua kali pahala. Demikianlah riwayat hadis dalam usul-Kafi dalam bab Taqiyyah.
Amalan at-Taqiyyah dalam menghadapi setiap keadaan cemas.
1. Al-Kulaini berkata: Dari Abi-Jaafar (a.s) katanya amalan at-Taqiyyah itu hendaklah dilakukan dalam setiap keadaan cemas dan darurat. Empunya diri masing-masinglah yang paling mengetahui ketika manakah at-Taqiyyah itu patut dilakukan.
2. Al-Kulaini berkata lagi: Dari Muhammad Muslim katanya: Saya telah masuk ke majlis Abi-Abdillah (a.s), dalam majlis tersebut ada imam Abu-Hanifah, lalu saya berkata kepada Abi-Abdillah saya telah dijadikan Allah untuk pembila tuan-hamba. Saya ingin menyampaikan berita kepada tuan-hamba bahawa saya telah mendapat satu mimpi yang sangat pelik, lalu Abdillah berkata: Wahai Ibnu Muslim ceritakanlah mimpimu itu kepada orang alim ini, kerana ia memang sangat pintar membuat takbiran mimpi sambil memberi isyarat kepada Abu-Hanifah. Saya pun berkata: Saya bermimpi seolah-olah saya masuk ke dalam rumah tiba-tiba isteri saya keluar lalu memecahkan pundi-pundi wang dan menaburkannya kepada saya, saya pun merasa pelik dengan mimpi ini, maka berkata Abu-Hanifah: Anda adalah seorang yang suka dan selalu berkelahi tentang harta pusaka isterimu dan selepas daripada penat lelah insya-Allah akan dapat hajat itu maka Abu-Abdillah (a.s) berkata: Tepat sekali takbir tuan-hamba itu wahai Abu-Hanifah. Kemudian setelah Abu-Hanifah keluar saya pun berkata kepada Abi-Abdillah saya dijadikan untuk membela tuan-hamba, sesungghuhnya saya tidak suka kepada takbir mimpi yang dibuat oleh orang celaka itu. Maka jawab Abi-Abdillah jangan tuan-hamba merasa salah sangka menerima takbir seperti itu sebab takbir sebenar bukan lah seperti itu, lalu saya menjawab; inilah yang saya harap-harapkan, jawapan tuan adalah benar sekali dan saya minta tuan-hamba bersumpah mengutuk Abu-Hanifah kerana dia telah membuat takbirtan yang salah. Jawab Abu-Abdillah (a.s) memang saya bersumpah mengutuknya kerana dia memang membuat kesalahan.
Dari Abi-Abdillah katanya: Ayah saya telah berkata: Tiada suatu perkara pun yang lebih mengembirakan hati saya daripada at-Taqiyyah. Sesungguhnya at-Taqiyyah itu adalah perisai perlindungan orang-orang beriman.
Al-Kulaini berkata lagi: Orang menceritakan kepada Abu-Abdillah (a.s) bahawa orang ramai telah melihat Ali (a.s) berucap di atas mimbar Masjid Kufah katanya: Wahai seluruh manusia Sesungguhnya kamu sekalian dikerah untuk mencaci saya maka cacilah saya, kemudian kamu akan diajak untuk memutuskan hubongan dengan saya tetapi kamu janganlah putuskan hubongan dengan saya, maka berkata Abi-Abdillah: Sesungguhnya besar sekali pembohongan yang dilakukan terhadap Ali (a.s) sebenarnya Ali telah berkata begini: Kamu semua akan diajak untuk mencaci saya maka cacilah saya, kemudian kamu diajak untuk memutuskan hubungan dengan saya, tetapi sesungguhnya saya memegang agama Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya. Tidak sekali-kali ia mengatakan: Jangan sekali-kali putus hubungan dengan saya.
Ulasan Penulis
Sesungguhnya Imam-imam itu dari segi pandanga orang-orang Syiah adalah maksum (tidak dikenakan dosa sama seperti nabi-nabi) dan mereka juga adalah pemerintah yang dilantik oleh Allah dan wajib ditaati dalam semua urusan baik kecil mahupun besar, dengan demikian jikalaulah taqiyyah ini merupaka salah satu dasar dan tonggak ajaran mereka maka tidakkah boleh dianggap bahawa setiap perkataan atau perbuatan Imam-imam itu adalah dibuat atas dasar taqiyyah? Yang manakah salah satu daripada perkataan dan perbuatan itu boleh dipandang taqiyyah dan mana satukah pula dipandang tidak taqiyyah, dan daripada manakah dapat diketahui pula agaknya semua perkataan dan semua riwayat yang ada di dalam Kitab Syiah itu semuanya berdasarkan taqiyyah yang benar-benar boleh dipakai, jikalau demikianlah jadinya maka semua perkataan dan amalan mereka itu adalah mengandungi taqiyyah maka pastilah tiada suatu pun perintah atau suruhan mereka wajib dilakukan sebab semuanya itu ada mengandungi unsur-unsur taqiyyah belaka.
“Al-Kitman” (MENEYEMBUNYIKAN)
Al-Kulaini berkata daripada Sulaiman Khalid berkata: Berkata Abu-Abdillah (a.s): Anda semua berada dalam satu agama yang barangsiapa menyembunyikan agama nescaya anda dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menghibah agama akan dihina oleh Allah.
Ulasan Pengarang
Ketahuilah saudara, bahawa segala keterangan yang telah diberikan mengenai akidah dan hadis-hadis yang dilahirkan melalui riwayat Syiah yang telah dijelas ini, semuanya bertentangan dengan al-Quran:
Yang bermaksud: Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu, dan jikalau kamu tidak melakukannya (apa yang diperintahkan itu), maka berma'na kamu tidak menyampaikan risalah-Nya.(Surah al-Maaidah-67)
Yang bermaksud: (Allah yang menyatakan kebenaran itu) Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah pertunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan mengingkarinya atas segala bawaan agama yang lain. (Surah assaf-9)
Yang bermaksud: Dan baca serta turutlah apa yang diwahikan kepadamu dari Kitab Tuhanmu; (Surah al-Kahfi-27)
Yang bermaksud: Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu
Yang bermaksud: Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa (untuk memesongkan kamu) daripada agama kamu. Sebab itu maka janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya takut dan gentarlah kepada-Ku.(Surah al-Maaidaah-3)
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.(Surah at-Taubah-119)
Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, setelah Kami menerangkan kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dila'nat oleh Allah dan dila'nat oleh sekalian makhluk (Surah al-Baqarah-159)
HUKUM SEBENAR “AT-TAQIYAH” DALAM ISLAM
Sesungguhnya di dalam pandangan Islam melakukan sesuatu perbuatan berdasarkan prinsip At-Taqiyah adalah haram hukumnya, lebih berat dan lebih besar dosanya daripada hukum makan daging babi; kerana daging babi itu halal dimakan oleh seseorang yang benar-benar di dalam keadaan darurat dan terpaksa. At-Taqiyah pun boleh juga diamalkan di dalam keadaan darurat dan terpaksa. Walau bagaimanapun jika seseorang itu tidak mahu makan daging babi di dalam keadaan darurat dan sebagai akibatnya dia mati sebab kelaparan akibat daripada sikapnya itu, maka dia dipandang berdosa di sisi Allah. Berlainan halnya dengan At-Taqiyah, kerana jika sesaorang itu tidak mahu mengamalkan prinsip At-Taqiyah di dalam keadaan darurat lalu dia mati kerana tidak mengamalkan At-Taqiah maka dia akan beroleh ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa rukhsah atau kebenaran untuk makan daging babi itu bertukar tarafnya, menjadi 'Azimah atau keazaman untuk terus memegang pendirian, tetapi rukhsah mengamalkan At-Taqiyah tetap tidak naik ke taraf 'Azimah. Justeru, seseorang yang sanggup mati untuk mempertahankan kesucian agama Allah dan tidak mahu menyelamatkan dirinya dengan mengamalkan At-Taqiyah maka dia akan mendapat ganjaran pahala besar. Dengan demikian maka tegas memegang pendirian itu lebih afdal daripada mengamalkan At-Taqiyah. Sejarah Islam telah mencatatkan betapa tegas dan teguhnya pendirian Rasulullah s.a.w. sendiri menanggung penderitaan akibat gangguan dan tindakan ganas kaum Quraisy terhadap dirinya. Demikian juga penderitaan yang ditanggung oleh Sayidina Abu Bakar al Siddiq, Sayidina Bilal dan tokoh-tokoh Islam yang lain.
Sejarah juga telah mencatatkan bagaimana Sumayah, bonda kepada Yasir, dan juga Khabbab dan beberapa tokoh lain yang telah memilih untuk gugur Syahid di dalam mempertahankan aqidah Islam, dan juga beberapa banyak perisiwa mengenai ketegasan pendirian yang membawa kepada pengorbanan yang Iuar biasa sepanjang perjalanan sejarah umat Islam yang panjang itu adalah menjadi bukti tentang betapa sikap ‘azimah dan teguh memegang pendirian mengenai aqidah itu adalah suatu prisnip asli yang lebih tinggi nilai dan lebih mulia murtabatnya.
Pedangan Syiah mengenai Hidup sebelum kiamat (Ar-Raj’ah)
Sheikh Abbas al-Qummi telah menyebut di dalam kitab yang bernama: “MUNTAHA” yang berbahasa Farsi adalah seperti berikut:
Imam Jaafar Al-Sadik (a.s) telah berkata; tidak daripada gulongan kami orang yang tidak beriman bahawa kami akan hidup kembali sebelum datangnya kiamat dan tidak mengiktiraf halalnya nikah mutaah.(sila lihat kitab tersebut muka surat 341 penggal ke-2)
Al-‘Allamah Muhammad al-Baqir al-Majlisi telah menulis dalam kitab “HAQQUL-YAQIN” muka surat 347 juga dalam bahasa Farsi seperti berikut:
Ibnu Babawaih telah meriwayatkan mengenai ilat-ilat syarak daripada Iman Muhammad al-Baqir (a.s), bahawa Imam yang berkenaan telah berkata: “Apabila lahir Imam Mahdi maka beliau akan menghidupkan semula siti Aisyah dan akan melakukan hukuman hudud ke atasnya”.
Maqbul Ahmad As-Syii dalam buku terjemahan al-Quran berbahsa Urdu telah menulis: Diriwayatkan daripada Imam Muhammad al-Baqir (a.s). di dalam kitab tafsir karanga al-Qummi dan juga kitab karangaan al-Iyasyi bahawa yang dimaksudkan dengan Rajaah itu ialah: Bahawa Rasululah s.a.w. dan para Imam (a.s). iaitu golongan istimewa daripada orang Islam dan istimewa daripada orang kafir akan hidup semula ke dunia sebelum berlakunya kiamat untuk menegakkan kebaikan dan keimanan yang menghapuskan kekufuran dan kemksiatan.
Al-Mala Muhammad al-Baqir al-Majlisi telah menulis di dalam kitab bernama: “Haqqul-Yaqin” suatu hurian yang panjang lebar berbahasa Farsi yang memberi kesimpulan bahawa apabila Imam Mahdi muncul ke dunia (sebelum berlakunya kiamat) maka dia akan memecahkan dinding kubur Rasulullah s.a.w. dan membawa keluar jenazah Abu-Bakar dan Omar dari kubur mereka, lalu menghidupkan semula mereka berdua dan meyalibkan mereka berdua. Kemudian pengarang yang sama juga telah menyebut mengenai Imam Mahdi lagi. Dalam karangannya yang berbahasa Farsi adalah seperti berikut:
Kemudian Imam Mahdi memerintahkan orang ramai supaya berkumpul. Sesudah orang ramai berkumpul beliau berkata: “Maka seluruh perbuatan zalim dan kufur yang berlaku di dunia ini dari awal kejadian dunia sehinggalah ke akhirnya diletakkan menjadi tanggungjawab mereka berdua (Abu-Bakar dan Omar)”. Dan semua pembunuhan dan penumpahan darah bagi keluarga Nabi Muhammad s.a.w. pada setiap zaman dan juga semua pembunuhan dan pertumpahan darah yang telah berlaku dengan cara yang tidak betul, semua persetubuhan haram yang telah berlaku, dan semua harta riba atau harta haram yang telah dimakan orang, juga semua perbuatan dosa dan kezaliman yang telah berlaku sebelum kelahiran Mahdi itu, maka semua perbuatan itu akan dimasukkan ke dalam amalan dan kejahatan mereka berdua. (Sila lihat kitab Haqul-Yakin muka surat 360)
Al-Alamah Muhammad al-Baqir al-Majlisi telah menulis lagi kemudiannya seperti berikut:
Al-Nukmani telah meriwayatkan daripada al-Imam Muhammad al-Baqir (a.s) katanya : Apabila Imam Mahdi muncul, maka orang pertama yang memberi baiah ikat setia kepadanya ialah : Nabi Muhammad s.a.w., kemudian Ali as. Imam Mahdi telah diberi bantuan oleh Allah dengan ramai para Malaikat yang akan patuh kepada semua suruhannya. Diriwayatkan oleh al-Syaikh Al-Tusi dan al-Nikmani daripada Imam al-Ridha (a.s.) katanya: Bahawa di antara alamat kelahiran Imam Mahdi itu ialah bahawa dia akan muncul secara bertelanjang di depan matahari dan dia akan menyeru orang ramai dengan mengatakan: Bahawa inilah Amirul-Mukminin telah kembali semula ke dunia dengan tujuan menghapuskan orang-orang zalim (Sila lihat muka surat 347 kitab “Haqqul-Yaqin)
ULASAN
Dakwaan ini merupakan salah satu daripada pembohongan kaum Syiah yang paling besar dan bercanggah dengan asas-asas agama Islam, bahkan seluruh agama samawi kerana Islam dan agama samawi telah beriman dan mengakui secara ijmaknya bahawa manusia itu beramal di dunia ini kemudian dia akan mati seterusnya dia akan dibangkitkan semula di hadapan Allah pada harti kiamat nanti. Di sanalah setiap manusia akan dihisab oleh Allah SWT mengenai amal perbuatannya. Orang Syiah sengaja melakukan pembohongan dan pendustaan dengan cara melantik Imam Mahdi di tempat Allah SWT sebagai Tuhan yang berkuasa menghitung amalan makhluk. Riwayat hadis Syiah ini di samping karut dan palsu juga ia merupakan penghinaan besar kepada diri Nabi Muahammad s.a.w. dan juga Sayyidina Ali bin Abi Talib, kerana orang Syiah menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dan Sayyidina Ali (r.a) akan berbaiah taat setia kepada Mahdi yang akan lahir daripada zuriat mereka itu. Bertambah dongeng lagi mereka mengatakan: bahawa imam Mahdi akan muncul dalam keadaan bertelanjang tanpa sehelai kain pun. Adapun hal yang mengenai dua orang tokoh yang paling berjasa iaitu: Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Omar (r.a) mengenai cerita-cerita bohong yang direka oleh orang-orang Syiah terhadap mereka berdua yang penuh dengan kebencian dan dendam kesumat itu tidak perlu diberi sebarang ulasan lagi, kerana perkara itu adalah berlawanan dengan nas-nas agama dan bertentangan dengan lojik fikiran. Mustahil boleh diterima akal yang seseorang itu dipaksa menanggung dosa orang yang sebelumnya kerana sesungguhnya bukanlah mata yang buta bahkan yang buta itu ialah hati yang terletak di dalam dada.
Pegangan orang Syiah tentang “At-Tinah” atau “Ehwal Tanah”
Muhammad Yaakub Al-Kulaini telah menulis dalam kitab “Usul-al-Kafi” di dalam bab “Tanah mukmin dan tanah kafir”. Ia telah menyebut di dalamnya bebarapa riwayat yang kita sebut sebahagian daripanya sebagai berikut:
Daripada Abdullah bin Kisan: Daripada Abi Abdillah (a.s.) katanya: Saya telah berkata kepadanya: Saya telah dijadikan oleh Allah untuk membela tuan. Saya adalah hamba tuan yang beranama Abdullah bin Kisan, maka jawabnya. Adapun keturunan itu memang aku kenal, tetapi anda saya tidak kenal. maka jawab Abdullah bin Kisan kepadanya: Saya telah dilahirkan digunung dan saya besar dinegeri Farsi. Saya juga telah bercampur gaul dengan orang ramai di dalam urusan perniagaan dan lain-lainya. Saya ada bergaul dengan seorang lelaki, saya lihat orang itu segak rupa parsnya dan baik budi pekertinya, maka saya pun memeriksa mengenainya lalu saya dapati dia memusuhi tuanhamba. Lepas itu saya bergaul pula dengan seorang lagi, tiba-tiba saya dapati dia orang yang berakhlak buruk, kurang amanah, dan tidak bermoral, kemudian saya selidiki mengenai dirinya, lalu saya dapati ia seorang yang berwalikan tuanhamba. Bagaimana boleh terjadi hal seperti ini? Jawab Imam kepada saya: Tidakkah anda mengetahui wahai Abdullah bin Kisan, bahawa Allah Azza-wa-Jalla telah mengambil seketul tanah dari neraka dan seketul tanah dari Syurga maka dicampur kedua jenis tanah itu kemudian Allah menarik tanah ini dengan cara mengasingkannya di antara satu sama lain. Apa yang anda lihat daripada sifat amanah yang baik itu adalah bahagian dari tanah syurga, dan sifat itu akan juga balik ke Syurga, dan adapun yang anda lihat tentang yang kurang amanah dan jahat perangainya itu adalah dripada bahagian tanah Neraka, walau bagaimanapun bahagian itu akan kembali juga kepada yang asalnya.
Demikian juga ada satu riwayat lain pula mengatakan: daripada Ibrahim, daripada Abi Abdullah (a.s.) katanya: Bahawa Allah Azza-Wajalla ketika hendak menciptakan Adam telah mengutuskan Jibril as, ketika awal saat permulaan hari Jumaat lalu Jibril pun menggenggam segenggam tanah dengan tangannya yang bermula daripada langit yang ketujuh hingga ke langit dunia dan Dia mengambil daripada setiap langit itu tanah masing-masing kemudian Dia menggenggam lagi bermula daripada bumi ketujuh yang paling tinggi hingga bumi ketujuh yang paling rendah. Allah pun mengeluarkan perintah-Nya dan Allah pun memegang tanah genggaman Jibril di sebelah kanan-Nya dan di sebelah tangan lagi dengan tangan kiri-Nya, tanah itu terbahagi dua, lalu terbahagilah tanah daripada bumi itu satu bahagian dan tanah langit satu bahagian, Allah pun berfirman kepada tanah yang di kanan-Nya: Daripada kamulah akan lahir para Rasul, Nabi-nabi Imam-imam yang menerima wasiat orang sidiqin, orang beriman, para syuhada dan salihin yang Aku hendak memuliakannya maka berlakulah dengan pastinya seperti firman Allah itu, kemudian Allah berfirman pula melalui tanagan kiri-Nya: Daripada golongan kamulah akan lahir golongan penjahat, orang kafir, segala taghut dan orang yang aku kehedaki menjadi hina dan derhaka, lalu berlakulah apa yang diperintahkan oleh Allah Taala. Sesudah itu kedua jenis tanah itu dicampurkan bersama sebab itulah Allah berfirman:
Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian. (al-Anaam-95).
Mereka berkata; yang dimaksudkan “Al-Hab” itu, tanah orang mukmin yang Allah campakkan kasih sayang kepada mereka dan “Annawa” itu ialah tanah yang menjadi bahan kejadian orang-orang kafir yang sangat jauh daripada segala kebaikan dan tanah ini dinamakan “Annawa” ialah kerana dia jauh daripada segala kebaikan. dan firman Allah lagi:
Yang bermaksud: Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (al-Anaam-95). Mereka mengatakan bahawa; yang dimaksudkan al-hayyi itu ialah orang beriman yang tanah asalnya terkeluar daripada tanah kafir dan al-Mayyit itu ialah tanah kafir yang terkeluar daripada tanah mukmin. Demikianlah juga maksud ayat Allah:
Yang bermaksud: Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk). (Surah al-Baqarah-122), mereka berkata; yang dimaksudkan maut itu ialah bercampur kejadiannya dengan tanah orang kafir, jadi “dia” yang dikatakan hidup itu ialah ketika Allah SWT memisahkan melalui perintah-Nya iaitu Allah Azza wa Jalla mengeluarkan orang-orang yang beriman pada hari lahirnya itu daripada kegelapan yang telah dimasukinya sebelum itu kepada cahaya. Demikian juga maksud ayat:
Yang bermaksud: Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. (Surah Yaasin-70)
Daripada riwayat hadis Syiah yang tersebut di atas jelaslah bahawa akidah Syiah yang palsu dan karut itu menganggap bahawa segala amal baik yang dilakukan oleh orang kafir dan orang-orang yang dipandang setaraf dengan orang-orang kafir iaitulah Ahli Sunnah wal-Jamaah atau semua orang yang bukan Syiah akan diberikan kepada penganut Syiah dan pula bahawasanya segala dosa yang dilakukan oleh orang Syiah itu akan dipikul oleh orang-orang kafir dan orang-orang yang setaraf dengannya seperti Ahli Sunnah wal-Jamaah dan lain-lainnya. Pegangan ini jelas bertentangan dengan sifat keadilan yang menjadi salah satu sifat Allah SWT dan ditolak oleh akal yang sempurna. Allah Taala berfirman:
Yang bermaksud: Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya, dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul (dan melibatkan)dosa perbuatan orang lain. (al-Anaam-164)
Yang bermaksud: Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,(Al-Muddathir-38)
Yang bermaksud: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya); Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). (Al-Zalzalah-8&9)
Yang bermaksud: ... dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan diaaniaya sedikitpun. (An-Nahl-111)
Dan lain-lain ayat lagi yang masih banyak memberi pengertian seperti itu bagi menolak dan menengkis akidah yang palsu dan bertetangan dengan nas agama, dan logik fikiran serta keadilan yang sejati.
ORANG-ORANG SYIAH melaung, mengoyak baju, memukul pipi
ketika memperingati kematian Sayyidina Husin”.
Akidah yang seperti ini adalah bertentangan dengan asas akidah Islam yang menggalakkan sifat sabar dalam menghadapi mala petaka.
Orang-orang Syiah terus menerus mengadakan majlis keraian dan perjumpaan-perjumpaan untuk meratapi kematian Sayyidina Husin dengan cara menunjuk perasaan secara besar-besaran, sama ada di jalan-jalan raya dan di tanah-tanah lapang dengan penuh perhatian dan keramaian iaitu pada hari pertama hingga 10 haribulan bulan Muharam pada setiap tahun sambil memgang iktikad bahawa berbuatan itu salah satu amal ibadat yang besar pahalanya. Dalam perhimpunan itu orang-orang Syiah meratap, menjerit melolong-melolong sambil menampar pipi mereka sendiri. Masing-masing menumbuk dada dan belakang mereka, mengoyak saku baju bahkan pakain mereka sambil menangis meratap dengan memanggil wahai Husin! Wahai Husin! Kemuncak sambutan acara mereka ialah pada hari yang ke 10 pada setiap bulan Muharam iaitu mereka berkumpul dengan riuh rendah dan keluar beramai-ramai sambil berpegangan tangan dan berbaris-baris dengan mengusung replika kubah masjid al-Husin yang dibuat daripada kayu dan sebagainya dan juga sambil memandu kuda-kuda yang dihiasi dengan berbagai-bagai anika hiasan untuk menunjukkan keadaan Sayyidina Husin di padang Karbala dengan kuda-kuda bersama-sama pengikut-pengikutnya. Mereka juga mengupah dan memberi gaji seberapa ramai orang untuk menyertai upacara mereka, mereka membayar upah yang mahal untuk bersama-sama berpekik, berteriak sambil memaki hamun para sahabat Rasululah s.a.w.. Perbuatan seperti ini telah mengakibatkan berlakunya kejadian-kejadian yang menyamai orang-orang jahiliah pada zaman dahulu, dan kerapkali juga berlaku permusuhan dangan kumpulan Ahli Sunnah wal-Jamaah ketika mereka mencela, memaki hamun sahabat-sahabt Nabi dan menyatakan kutukan mereka kepada khlifah Abu-Bakar, Omar, Othman yang tidak kurang juga berakhirnya dengan tumpahnya darah orang-orang yang tidak berdosa. Dalam menyambut upacara mengingati kematian Sayyidina Husin ini juga orang-orang Syiah mebelanjakan wang yang banyak kerana mereka beriktikad bahawa upacara itu merupakan salah satu dasar agama dan salah satu syiar agama yang terbesar. Mereka juga telah melatih anak-anak mereka sejak kecil lagi untuk menangis dan meratap dalam majlis yang seumpama ini dengan tujuan supaya apabila mereka besar nanti mereka suka dan dapat meratap pada bila-bila masa sahaja mereka kehendaki. Dengan demikian tangisan dan ratapan itu adalah suatu perbuatan yang diada-adakan dan duka nistapa itu juga suatu perbuatan yang direka-reka sedangkan syariat Islam yang maha suci begitu tegas melarang untuk meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan menampar muka seperti itu. Al-Quran sendiri telah memberi wasiat kepada seluruh umat manusia supaya bersabar dan rida menerima qoda dan qadar daripada Allah SWT
Yang bermaksud: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk mengahadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah-153)
Yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, (kepada musuh) lapar, kekurangan harta benda, jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (laitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah (kesusahan), mereka mengucapkan: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itulah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk hidayah-Nya .(Al-Baqarah-155 hingga 157)
Yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(al-‘Asr-3)
Yang bermaksud: Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. (al-Balad-17)
Yang bermaksud: ... dan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kemelaratan, dan juga dalam masa bertempur bagi perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (al-Baqarah-177)
Orang-orang Syiah menganggap para Imam atau pemimpin mereka sebagai maksum yang tidak boleh dibantah dan wajib ditaati secara mutlak pada setiap masa, hukum seperti ini telah ditetapkan dalam ajaran mereka. Telah tersebut di dalam Kitab “Nahjul-Balaghah”: Bahawa Sadina Ali telah berkata setelah wafatnya Nabi sambil menghala cakapan itu kepada baginda Rasululah s.a.w.. Jikalaulah bukan kerana tuanhamba melarang kami berdukacita dan meratap dan tuanhamba menyuruh kami bersbar nescaya pada hari ini kami menumpahkan seluruh air mata meratapi tuanhamba. Dan tersebut di dalam Kitab itu juga: Bahawa Sadina Ali telah berkata: Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya kerana meratapi musibat, maka tinggalkan dia kerana sesungguhnya telah batallah amal perbuatannya. Sayyidina Husin telah berpesan kepada adik perempuannya Zainab di Karbala seperti ditulis oleh Sahibu Muntahal-Amal dalam bahasa Farsi:
Wahai adikku, aku bersumpah dengan nama Allah dan meminta anda memilhara sumpah ini iaitu seandainya aku terbunuh dalam pertempuran ini janganlah anda mengoyak-ngoyak baju anda dan jangan mencakar muka dengan kukumu dan jangan melaung-laung suatu perkataan yang menunjukkan dukacita dan nestapa atas kematianku sebagai seorang syahid. (Sila lihat kitab; Muntahal-Amal muka surat 348 jilid pertama)
Abu Jaffar al-Qummi telah meriwayatkan bahawa Amirul-Mukminin telah memberi panduan kepada para pengikutnya dengan mengatakan: Jangan kalian memakai pakain yang berwarna hitam kerana pakain tersebut adalah pakain Firaun (Sila lihat kitab “AL-FAQIH” halaman 51 karangan Abi Jaafar Muhammad bin BAbuih al-Qummi). Dan telah tersebut dalam Tafsir “AL-SOFI” di hujung ayat ada tercatit: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berbaiah kepada kaum wanita agar tidak memakai pakain hitam dan tidak mengoyak-ngoyak pakain dan tidak melolong-melolong ketika menangis. Tersebut lagi dalam Kitab Furul-Kafi karangan Al-Kulaini. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. berwasiat kepada anaknya Siti Fatimah al-Zahara dengan katanya: “Apabila ayahnda wafat maka janganlah anaknda mencakar muka, janganlah melaung-melolong dan jangan mengucapkan ucapan kenastapaan atas kematian ayahnda”. Pendekata banyak lagi riwayat hadis dalam kitab Syiah yang menjelaskan terlarangnya perbuatan menagis melolong dan sebaginya dari perbuatan yang melahirkan kenestapaan ketika musibah dan menjukkan tidak sabar menghadapi dugaan. Apa yang saya sebut di sini hanya beberapa contoh sahaja daripada hadis mereka itu dan kepada sesiapa yang ingin kepada huraian yang terperinci masalah ini sila rujuk kitab karangan saya yang bernama “HAQIQAT” dalam kitab itu saya telah membuat hurian secara panjang di samping menyebut hadis orang Syiah sendiri yang menetang perbuatan karut itu dan melarang mengadakan majlis perhimpunan yang bertentangan dengan akidah sabar dalam Islam .
Ini sahaja huraian yang sempat saya lakukan tergesa-gesa untuk mengemukakan beberapa akidah palsu Syiah mazhab imam dua-belas Jaafariah yang juga telah saya sebutkan beberapa contoh dari buku mereka untuk tatapan hamba Allah yang beriman. Sesiapa yang ingin krepada huraian lanjut maka perlulah ia membuat rujukan sedndiri kepada sumber dari Syiah sendiri yang penuh melimpah huraiannya yang lebih dahsyat dan lebih gawat lagi.
Saya juga pohon kepada Allah untuk memelihara kaum muslim dengan limpah kurnia-Nya dari terjebak oleh pembohongan dan penyesatan orang-orang Syiah, Sesungguhnya akidah Syiah seperti itu boleh membatalkan perbuatan baik yang telah kita lakukan, dan boleh mencabut iman mukmin serta aterkeluar daripada agama Islam. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita jalan yang lurus dan menetapkan kita atas kebenaran yang nyata dan mengukuhkan pendirian kita berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah iaitu satu puak yang terselamat dan dapat pertolongan Allah dan tegak atas kebenaran yang nyata. Kita pohon juga kepada Allah agar memberi taufiq untuk memegang agama yang diredai-Nya baik yang berbentuk perkataan, perbuatan, niat dan hidayah. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa atas sesuatu.
No comments:
Post a Comment