Thursday, July 30, 2009

COP IBU JARI MANUSIA TIDAK SAMA

CAP IBU JARI MANUSIA TIDAK SAMA ANTARA SATU SAMA LAIN

Ü=|¡øtsr& ß|¡RM}$# `©9r& yìyJøgªU ¼çmtB$sàÏã ÇÌÈ 4n?t/ tûïÍÏ»s% #n?tã br& yÈhq|¡S ¼çmtR$uZt/ ÇÍÈ

Maksudnya: Apakah manusia mengira, bahwa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Bukan demikian, Sebenarnya kami Kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. (Maksud ayat 3 surah al-Qiamah)

Patutkah manusia itu menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya, dan menghidupkannya semula? (KEFAHAMAN AYAT (3) AL-QIAMAH)

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang jarinya, tulang yang lebih halus daripada yang lain. Kalau yang kecil-kecil pun Kami mampu kumpul dan satukan semula, maka apa lagi tulang-tulang yang besar. (KEFAHAMAN AYAT (4) AL-QIAMAH)

Ahli tafsir menyatakan bahawa ayat ini turun mengenai seorang kafir Quraisy yang bernama ‘Adyu bin Rabi’ah yang telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. sambil mengatakan: Wahai Muhammad, coba beritahu kepadaku bagaiamanakah keadaan hari Kiamat itu? Maka Rasulullah s.a.w. pun memberi penjelasan yang secukupnya kepada beliau mengenai soalannya itu, tetapi ‘Adyu berdegil sambil menjawab: “Aku tidak percaya kepada hari Kiamat kerana aku belum menyaksikannya dengan mata kepalaku sendiri, dan aku tidak beriman kepadamu. Bagaimana Allah boleh mengumpulkan semula tulang-tulang dan jari temari yang telah hancur itu? Maka turunlah ayat ini. (Tafsir al-Kabiir:30/217).

Ayat ini menjadi dalil tentang urat ibu jari manusia tidak sama antara satu manusia lain bermula daripada Nabi Adam a.s bapa seluruh manusia hinggalah ke hari Kiamat kelak.


No comments:

Post a Comment