Sabda Nabi Muahammad s.a.w :
Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak manfaatnya kepada manusia lain.
Menginsafi kepada hadis dan kata Rasulullah s.a.w. ini bahawa manusia dalam berbagai peringkat berkemungkinan berguna dalam salah satu golongan berikut :
1. Berguna hanya untuk dirinya sahaja. Jika tidak membuat sesuatu kebaikan kepada orang lain sedangkan dia ada kemampuan maka dia dianggap haiwan atau syaitan, tetapi jika tiada kemampuan maka dia dimaafkan.
2. Berguna untuk diri dan keluarganya
3. Berguna untuk diri, keluarga dan jirannya.
4. Berguna untuk diri, keluarga, jiran dan masyarakatnya.
5. Berguna untuk diri, keluarga, jiran , masyarakat dan negerinya.
6. Berguna untuk diri, keluarga, jiran, masyarakat, negeri dan negaranya.
7. Berguna untuk diri, keluarga, jiran, masyarakat, agama, negeri, negara dan alam sejagat. Inilah dia sifat Nabi Muhammad s.a.w.
Ada dua golongan tidak berguna dan rugi
1. Golongan tidak berguna untuk diri, berguna untuk orang lain. Hidup manusia jangan jadi ismi lilin.
2. Golongan tidak berguna untuk dirinya dan tidak berguna untuk orang lain.
3. Penagih dadah, penjenayah dan seumpanya.
Lihatlah kepada diri masing-masing, di manakah kita berada dan pada peringkat manakah kita?. Jika berada pada nombor 1, 2, 3 atau 4, boleh dianggap baik. Jika berada pada no 5 dan 6 dikira terbaik. Manakala pada peringkat nombor 7 itu ialah peringkat Rasulullah s.a.w. yang tidak mungkin 100% dapat kita laksanakan, kerana baginda adalah maksom sedangkan kita adalah manusia biasa yang tidak sunyi daripada kesalahan dan kesilapan. Apa yang penting kepada kita ialah mengambil panduan serta membantu kita membentuk diri dengan berquduwah(ikutan) daripada sunah Rasulullah s.a.w. sebanyak mungkin yang kita daya. Jangan sekali-kali berada di dalam golongan yang rugi.
PERINGATAN
Sebanyak mana kebaikan yang kita lakukan terhadap segala perintah Allah, maka darjat kita tidak akan sekali-kali sama dengan darjat Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun jika kita dianggap manusia yang termasuk dalam semua perkara, maka di akhirat nanti kita akan dapat bersama dengan baginda. Kita sekali-kali tidak serupa kebaikan dengan Rasulullah dari segi nilai atau perlaksanaan.
Garis panduan.
Orang terbaik dan cemerlang dalam kehidupan, terutamanya para pemimpin pemerintah tertinggi dan orang-orang yang bercita-cita jadi ketua atau jadi orang-orang politik terbaik (solihin). Mereka perlu memiliki akhlak mulia ( مكارم الأخلاق ) bukannya kerana banyak duit. Yang dimaksudkan dengan akhlak mulia ialah melakukan kebaikan terhadap Allah SWT dan juga melakukan kebaikan dengan manusia. Setiap orang yang ingin menjadi baik dengan terhadap Allah SWT dan juga terhadap manusia ia memerlukan sekurang kurangnya sifat-sifat berikut :-
CIRI-CIRI MENJADI BAIK TERHADAP ALLAH
1. Beriman kepada Allah.
2. Mendirikan sembahyang fardhu 5 waktu
3. Mengeluarkan zakat
4. Berpuasa pada bulan Ramadhan
5. Mengerjakan haji ke Baitullah hil haram apabila berkuasa
CIRI –CIRI MENJADI BAIK TERHADAP MANUSIA
1. Berilmu.
2. Pintar dan bijaksana.
3. Berlapang dada.
4. Tiada berkepentingan diri dan keluarganya.
5. Tegas, berani, bercakap benar.
6. Melahirkan sesuatu keputusan demi kepentingan orangramaisetelah dilakukan perbincangan terlebih dahulu.
7. Bekerja bersungguh-sungguh.
8. Amanah, ikhlas
9. Sahabat-sahabat pada semua peringkat hendaklah dirasakan sebagai kawan dan teman sepanjang zaman.
10. Merasa cemas dan susah hati apabila melakukan sesuatu jesalahan atau dosa.
11. Merasa tidak cukup kebaikkan yang dilakukan sekalipun sudah banyak ditaburkan.
12. Memaaf ketika ia berkuasa, jangan membalas dendam atau menghukum.
13. Memberi respon yang baik ketika ia menerima dan memerlukan pertolongan
14. Merasa gembira apabila ditegur kerana kesilapannya.
15. Merasa gembira apabila sahabat menerima kegembiraan dan merasa sedih jika berlaku di sebaliknya.
16. Menyambung silatu-rahim terhadap sahabat yang memutus hubungan dengannya.
17. Merasa kecewa kerana tidak dapat menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan.
18. Sentiasa bimbangkan takut-takut amalan kebajikan dan ibadatnya tidak ada nilai di akhirat nanti.
19. Amat-amat bimbang jika sampai ajalnya tanpa berakhir dengan ucapan-ucapan syahadah atu Husnul Khatimah.
20. Tidak sekali-kali memungkir janji
21. Tidak membohogi diri sendiri termasuk orang lain
No comments:
Post a Comment